Walaupun pada fasa PKP 2.0 sekarang kerajaan membenarkan kita melakukan aktiviti larian di kawasan terbuka, namun nasihat MASKULIN usahlah lakukannya dengan kerap. Kita harus ingat, semakin lama kita terdedah di luar dengan orang ramai lebih tinggi risiko untuk dijangkiti COVID-19.
Bukanlah tidak boleh, tetapi janganlah selalu sangat. Apatah lagi lokasi tempat anda ingin lakukan larian itu merupakan tumpuan ramai yang boleh mewujudan situasi sesak.
Buat anda yang tinggal di kondominium atau apartmen sebenarnya anda cara bagaimana anda boleh melakukan senaman tanpa sebarang gangguan. Tidak perlu berlari tetapi cukup hanya berjalan menaiki tangga.
Sebagai contoh jika anda tinggal di tingkat 10. Lakukan turun naik sebanyak dua kali pun sudah memadai untuk senaman harian. Atau jika tiada masa, cuba kurangkan penggunaan lif apabila ingin pulang ke rumah.
Ia sebenarnya salah satu bentuk senaman mudah yang membakar banyak kalori. Ingin tahu kelebihan lain naik turun tangga? Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
BAKAR KALORI
Kajian menunjukkan mereka yang naik tangga tubuhnya akan membakar lebih banyak kalori per minit berbanding anda jogging bersungguh-sungguh. Naik tangga juga boleh membakar kalori anda 9 kali lebih tinggi berbanding ada sedang duduk dan 7 kali lebih tinggi berbanding anda menaiki lif atau eskalator.
MERENDAHKAN RISIKO STROK
Salah satu manfaat naik tangga adalah boleh menurunkan risiko strok dalam tubuh anda. Caranya, biasakan diri untuk naik tangga 3 hingga 5 kali seminggu.
BANTU KESIHATAN JANTUNG
Pelbagai penelitian telah dibuat untuk membuktikan aktiviti naik tangga sememangny bermanfaat untuk kesihatan jantung. Ini kerana ia dapat meningkatkan kesihatan organ jantung dan paru-paru sehingga melancarkan aliran darah yang membawa oksigen ke jantung.
KUATKAN OTOT
Pada saat anda naik tangga, sistem tulang dan otot di seluruh tubuh anda juga akan ikut bergerak aktif. Mulai dari otot kaki, otot lengan sehinggalah otot punggung. Semakin banyak pergerakan tulang dan otot, maka ini akan bermanfaat untuk menurunkan risiko pengeroposan tulang atau osteoporosis.
MAMPU LAWAN RASA MALAS
Memasuki zaman serba praktikal, situasi hari ini membuatkan ramai orang menjadi malas untuk gerak. Oleh sebab itulah mengapa ramai orang dewasa termasuk anak-anak mudah terkena obesiti dan perasaan malas.
Subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI