Dalam masyarakat hari ini, lelaki sering dianggap sebagai pencari nafkah utama dalam keluarga.
Namun, keadaan ekonomi yang semakin moden telah mengubah peranan dalam rumah tangga, di mana tidak sedikit isteri yang memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada suami.
Situasi ini kadang-kala menimbulkan perasaan insecure dalam kalangan lelaki kerana takut dipandang rendah atau kehilangan autoriti sebagai ketua keluarga.
Tetapi, adakah jumlah pendapatan benar-benar menentukan nilai seorang suami?
@maskulinmyDalam dunia sekarang, masih ada lelaki yang “insecure” bila isteri lebih berjaya dari segi kewangan. Ada juga yang takut dipandang rendah kalau gaji mereka lebih kecil. Tapi, adakah rezeki jadi ukuran nilai seorang suami? Bagi Hun Haqeem, hubungan bukan tentang siapa yang lebih banyak gaji, tapi bagaimana pasangan saling menyokong. #Maskulin #GayaHidup #HunHaqeem♬ original sound – Maskulin
Menurut pelakon terkenal, Hun Haqeem, beliau tidak melihat pendapatan sebagai satu ukuran utama dalam menentukan peranan seorang suami.
Baginya, jika isteri memperoleh gaji yang lebih tinggi, ia bukan sesuatu yang perlu dijadikan isu kerana rezeki adalah kurniaan Tuhan kepada sesiapa sahaja yang berusaha.
“Siapalah kita untuk menghalang rezeki sesiapa. Itu kurniaan Tuhan, tetapi tidak bermaksud lelaki tidak boleh menyumbang dalam cara lain,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa perkahwinan bukanlah satu bentuk persaingan, tetapi lebih kepada kerjasama antara suami dan isteri dalam membina kehidupan bersama.
Ada lelaki yang merasakan diri mereka kurang bernilai jika tidak menjadi penyumbang utama dalam kewangan keluarga.
Namun, hakikatnya peranan seorang suami tidak terhad kepada aspek kewangan semata-mata.
Bagi Hun Haqeem, seorang suami masih boleh memainkan peranan yang penting dalam rumah tangga walaupun pendapatan isteri lebih tinggi.
Katanya, seorang suami masih boleh menyumbang dengan membantu menjaga anak-anak, mengurus rumah tangga dan memastikan ia dalam keadaan baik, memberikan sokongan moral dan emosi kepada isteri dan memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga.
Menurutnya, ada lelaki yang merasakan wang adalah segalanya, tetapi hakikatnya kudrat dan keikhlasan lebih bermakna dalam perkahwinan.
BACA LAGI : Mengapa Lelaki Muda Semakin Tertarik kepada Wanita Lebih Berusia?
Ketakutan atau rasa rendah diri kerana gaji lebih kecil hanya akan memberi tekanan dalam hubungan suami isteri jika tidak dikawal dengan baik.
Sebaliknya, komunikasi yang terbuka dan rasa saling menghargai boleh membantu membina rumah tangga yang lebih bahagia.
Dalam Islam sendiri, tanggungjawab suami bukan hanya memberi nafkah tetapi juga menjadi pemimpin yang bijak dalam rumah tangga.
Jika seorang isteri mampu membantu dari sudut kewangan, seorang suami pula boleh menyumbang dalam aspek lain seperti keamanan emosi, bimbingan spiritual dan kestabilan dalam rumah tangga.
Yang paling utama, kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada jumlah pendapatan, tetapi pada cara pasangan saling melengkapi dan menghargai satu sama lain.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.