Dalam masyarakat hari ini, lelaki sering dianggap sebagai pencari nafkah utama dalam keluarga.
Namun, keadaan ekonomi yang semakin moden telah mengubah peranan dalam rumah tangga, di mana tidak sedikit isteri yang memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada suami.
Situasi ini kadang-kala menimbulkan perasaan insecure dalam kalangan lelaki kerana takut dipandang rendah atau kehilangan autoriti sebagai ketua keluarga.
Tetapi, adakah jumlah pendapatan benar-benar menentukan nilai seorang suami?
@maskulinmyDalam dunia sekarang, masih ada lelaki yang “insecure” bila isteri lebih berjaya dari segi kewangan. Ada juga yang takut dipandang rendah kalau gaji mereka lebih kecil. Tapi, adakah rezeki jadi ukuran nilai seorang suami? Bagi Hun Haqeem, hubungan bukan tentang siapa yang lebih banyak gaji, tapi bagaimana pasangan saling menyokong. #Maskulin #GayaHidup #HunHaqeem♬ original sound – Maskulin
Rezeki Itu Kurniaan Tuhan, Bukan Persaingan
Menurut pelakon terkenal, Hun Haqeem, beliau tidak melihat pendapatan sebagai satu ukuran utama dalam menentukan peranan seorang suami.
Baginya, jika isteri memperoleh gaji yang lebih tinggi, ia bukan sesuatu yang perlu dijadikan isu kerana rezeki adalah kurniaan Tuhan kepada sesiapa sahaja yang berusaha.
“Siapalah kita untuk menghalang rezeki sesiapa. Itu kurniaan Tuhan, tetapi tidak bermaksud lelaki tidak boleh menyumbang dalam cara lain,” katanya.
Ads
Beliau juga menegaskan bahawa perkahwinan bukanlah satu bentuk persaingan, tetapi lebih kepada kerjasama antara suami dan isteri dalam membina kehidupan bersama.
Foto : Haibunda
Peranan Suami Lebih Dari Sekadar Wang
Ada lelaki yang merasakan diri mereka kurang bernilai jika tidak menjadi penyumbang utama dalam kewangan keluarga.
Namun, hakikatnya peranan seorang suami tidak terhad kepada aspek kewangan semata-mata.
Bagi Hun Haqeem, seorang suami masih boleh memainkan peranan yang penting dalam rumah tangga walaupun pendapatan isteri lebih tinggi.
Ads
Katanya, seorang suami masih boleh menyumbang dengan membantu menjaga anak-anak, mengurus rumah tangga dan memastikan ia dalam keadaan baik, memberikan sokongan moral dan emosi kepada isteri dan memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga.
Menurutnya, ada lelaki yang merasakan wang adalah segalanya, tetapi hakikatnya kudrat dan keikhlasan lebih bermakna dalam perkahwinan.
Ketakutan atau rasa rendah diri kerana gaji lebih kecil hanya akan memberi tekanan dalam hubungan suami isteri jika tidak dikawal dengan baik.
Sebaliknya, komunikasi yang terbuka dan rasa saling menghargai boleh membantu membina rumah tangga yang lebih bahagia.
Dalam Islam sendiri, tanggungjawab suami bukan hanya memberi nafkah tetapi juga menjadi pemimpin yang bijak dalam rumah tangga.
Jika seorang isteri mampu membantu dari sudut kewangan, seorang suami pula boleh menyumbang dalam aspek lain seperti keamanan emosi, bimbingan spiritual dan kestabilan dalam rumah tangga.
Yang paling utama, kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada jumlah pendapatan, tetapi pada cara pasangan saling melengkapi dan menghargai satu sama lain.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak kebelakangan ini telah banyak kita mendengar kes renjatan elektrik melibatkan telefon pintar yang sedang dicas. Malah pada bulan Disember lalu telah dilaporkan tentang berita seorang remaja lelaki maut akibat renjatan eletrik di Rembau, Negeri Sembilan.
Terbaru, seorang lelaki yang merupakan pekerja kilang telah meninggal dunia dalam keadaan cukup menyayat hati selepas terkena renjatan elektrik. Menurut laporan dari DailyMail, lelaki tersebut sedang menggunakan earphone yang bersambung dengan telefon pintar sedang dicas.
Kes yang berlaku di Thailand tersebut telah tular dan mendapat perhatian ramai pihak di negara tersebut dan juga masyarakat antarabangsa.
Lelaki yang dikenali dengan nama Kritsada Supol ditemui meninggal dunia di atas tilam di kediamannya dalam keadaan dia sedang menggunakan earphone dan telefon pintar bersambung dengan plag elektrik.
Telefon pintar mangsa didapati bersambung dengan pengecas dan kabel murah yang tidak mengikuti piawaian keselamatan.
Siasatan awal mendapati mangsa menggunakan pengecas dan kabel tiruan yang murah. Mayat mangsa ditemui oleh pemilik rumah yang hairan dengan terhidu bau benda terbakar.
Pihak polis dari Balai Polis Daerah Phan Thong, Chonburi tiba di lokasi dan berkata mangsa disahkan meninggal dunia akibat renjatan elektrik.
“Kami percaya telah berlaku liar pintas lalu menyebabkan mangsa terkena renjatan elektrik semasa dia sedang menggunakan telefon pintar atau mendengar lagu menggunakan earphone. Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan pengecas dan wayar kabel yang asli dan mendapat kelulusan piawaian keselamatan,” jelas Kapten Polis, Jaleuk Polthong.
Semoga kes ini menjadi pengajaran buat kita semua. Jangan kerana nak berjimat anda menggunakan pengecas dan kabel murah yang tak mengikut piawaian keselamatan. Jangan bila sudah berlaku seperti ini barulah nak tergadah.
Stay safe bro!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rasanya macam baru semalam kita di hebohkan dengan perkahwinan bekas 2 personaliti dan pengacara sama cantik dan sama padan ni. Dah 13 tahun rupanya personaliti Aidid Marcello bersama Norzie Pak Wan Chik sudah mendirikan rumah tangga dan tahun ini merupakan anniversary ke 13 mereka. Setiap kali ulang tahun perkahwinan mereka, Aidid tidak pernah terlepas untuk mengucapkan doa dan rasa cinta Aidid kepada isteri tercinta.
Aidid dan Norzie telah mendirikan rumah tangga pada tahun tahun 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan 3 orang lelaki. Biarpun ketika ini Aidid telah mempunyai syarikat sendiri, tanggungjawab sebagai ayah dan suami dilaksanakan dengan sebaiknya.
Norzie Pak Wan Chik pernah menjadi pengacara rancangan Nona di TV3, sebelum mengambil keputusan berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatian beliau terhadap keluarga.
“Dia faham kerja aku Dia tahan karenah aku Dia tahan lawak bodoh aku Dia always support aku Dia tak suka orang kencing aku Dia sayang aku sangat-sangat
“Thank you sayang sebab dah macam-macam kita harung selama 13 tahun, daripada tak reti apa pasai nak jaga 1st baby… sampailah anak pun dah tua bangka dah… kita pun makin tua dan makin menyembah bumi…
“semua yang baca komen ni, doakanlah dalam hati supaya kami sentiasa dirahmati dan dikekalkan jodoh hingga ke akhir hayat.
“Yang penting sama2lah kita tegur menegur, bantu membantu bukan hanya utk menjadi pasangan didunia, tetapi kita doa utk terus jumpa di SANA bila sampai waktunya. I ❤️you b! Sorry kena kerja jauh dari u, tapi hati kita sentiasa bercantum… HAPPY 13th ANNIVERSARY ?” tulis Aidid.
Sweet kan ucapan Aidid buat isteri tersayangnya. Mari la kita sama-sama mendoakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah dan peliharakanlah rumah tangga pasangan ini agar senantiasa aman dan damai serta dijauhi daripada segala cubaan serta dugaan yang merosakkan ikatan mereka, in shaa Allah, aamiin!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Itali kini menjadi antara negara Eropah yang paling serius berdepan dengan ancaman Coronavirus atau kini diberi nama rasminya CORVID-19.
Malah angka jangkitan yang dilaporkan di beberapa negara Eropah meningkat mendadadak dalam tempoh 48 jam yang lalu.
Negara Itali kini telah mencatatkan sebanyak 34 kematian menjadikannya sebagai yang paling teruk di Eropah.
Perkembangan ini secara tidak langsung turut menjejaskan banyak industri di Itali termasuklah bola sepak profesional.
Terbaru pasukan juara bertahan Serie A iaitu Juventus telah melakukanlockdown dan mengkuarantin pemain bawah 23 tahun mereka. Ini berikutan seramai tiga orang pemain mereka telah disahkan positif membawa Coronavirus.
Pasukan yang terkenald dengan nama julukan The Old Lady tersebut mengambil keputusan drastik tersebut selepas pasukan mereka bertemu dengan Pianese.
Simptom yang ditunjukkan oleh pemain telah merebak di dalam kelab tersebut dan memberi kesan terhadap pemain serta pengurus mereka.
Juventus telah memberi arahan agar semua pemain bawah 23 tahun mereka untuk tidak keluar dari rumah sehingga 8 Mac. Namun mereka sedikit lega kerana tiada di antara mereka menghadapi penyakit melibatkan pernafasan.
Kerajaan Itali mengesahkan jangkitan meningkat sehingga 40% dalam tempoh 24 jam dengan sebanyak 1,576 kes.
Foto: Juventus FC
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki berkulit gelap lebih macho dan romantik? Ini faktanya! Kalau kita perhatikan, dalam dunia fesyen, filem, dan sukan, ramai lelaki berkulit gelap yang dilihat sebagai simbol maskulin dan menawan.