Kaki melecet ketika memakai kasut baru memang perkara biasa. Lagi-lagi kalau kaki anda jenis ‘kembang’, makin sakit kaki dibuatnya.
Pasti anda pernah mendengar petua lama untuk mengelak kasut ‘menggigit’ tuannya, iaitu dengan menggigit bahagian belakang kasut baru. Kini anda tak perlu lagi nak gigit belakang kasut kerana 10 trik mudah ini boleh elak kaki melecet.
1. Pakai plaster
Mungkin cara ini paling biasa, namun cara inilah paling mujarab untuk mengelak kaki melecet. Tampalkan siap-siap plaster di bahagian yang anda jangka akan melecet terutamanya di belakang tumit kaki. Pastikan plaster luka anda lebih besar daripada zon geseran agar plaster itu tidak bergerak.
2. Tabur bedak talkum
Geseran akan berkurangan kerana adanya permukaan lembut yang mengurangkan potensi untuk kaki melecet. Jika anda memakai kasut tanpa stoking, cara mujarab ialah dengan menaburkan bedak di dalam kasut. Bukan sahaja elak kaki melecet, kasut dan kaki anda pun berbau wangi.
3. Sapu deadoran di kaki
Selain ketiak, deodoran juga boleh digunakan pada kaki untuk mencegah kaki melecet. Elak pakai jenis semburan, sebaliknya anda pakai deodoran jenis roll-on untuk melicinkan permukaan.
Ads
4. Masukkan bungkusan air ke dalam kasut
Anda juga boleh masukkan bungkusan air ke dalam kasut baru. Kemudian masukkan kasut ke dalam ruang sejuk beku selama satu malam agar air tadi bertukar menjadi ais. Ia bertujuan untuk mengembangkan bahagian kasut baru yang ketat. Jadi, keesokkan harinya kasut baru anda rasa lebih selesa apabila anda menyarungkannya.
7. Alkohol dan kertas
Semburkan alkohol pada bahagian kasut yang ketat supaya ia basah. Kemudian masukkan seberapa banyak mungkin kertas renyuk ke dalam kasut. Keluarkan kertas tersebut pada waktu pagi dan pakai kasut tadi supaya ia boleh mengambil bentuk kaki anda.
8. Krim pelembap
Ads
Kaedah ini hanya sesuai untuk kasut yang diperbuat daripada kulit asli. Sapukan krim pelembap di dalam kasut terutamanya pada bahagian tumit dan jari kaki. Krim pelembap ini akan melembutkan kulit kasut. Apabila anda memakai kasut pada keesokkan harinya, kasut akan membentuk mengikut saiz kaki anda.
9. Kentang
Helah ini dapat membantu untuk meluaskan kasut sukan ataupun loafers. Masukkan kentang yang bersih ke dalam kasut dan biarkan semalaman. Kentang tidak akan meninggalkan sebarang bau, namun untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang sisa kentang di dalam kasut pastikan anda lap dengan kain lembap.
Ads
10. Tukang kasut
Ini merupakan pilihan yang boleh anda percayai. Kebanyakkan tukang kasut memiliki peralatan khas untuk mengubah suai kasut anda mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, tukang kasut boleh meregangkan kasut supaya ia tidak lagi menyakitkan kaki anda.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kami kongsikan beberapa tip penting khas untuk pengamal-pengamal kesihatan yang ingin menurunkan dan juga menaikkan berat badan.
5 petua wajib menguruskan badan
Jika anda sedar, memang beratus- ratus tip penting menguruskan badan dan untuk mendapatkan “6 pack”. Kebanyakannya ada juga yang bercanggah. Apa kata anda lupakannya sementara dan fokus pada tip yang diulas ini.
1-Mereka yang ingin menurunkan berat badan mudah sahaja. Ia pasti berkait rapat dengan pemakanan anda. Bila sebut sahaja “nak kurus”, ingat apa sahaja yang anda makan daripada hasil kalori perlu kurang daripada aktiviti yang anda lakukan.
Ini bermaksud, anda perlu selidik serta merancang program pemakanan. Oleh itu, anda akan tahu berapa banyak kalori yang ada. Kemudian barulah boleh merancang program untuk membakar kalori lebih daripada yang anda makan.
Protein adalah nutrisi penting. Ia memainkan peranan penting kerana membuatkan anda sentiasa cukup dan kurang untuk berasa lapar. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dihadamkan berbanding karbohidrat dan lemak. Protein juga memerlukan lebih banyak tenaga untuk dihadamkan. Sekurangnya-kurangnya anda memerlukan 50 gram Protein sehari. Antara sumber yang sihat dan segar adalah ikan, telur serta daging.
Ramai juga beranggapan latihan kardio sinonim dengan membuang lemak. Bukan itu sahaja, anda perlu mempelbagaikan latihan kardio dengan melakukan aktiviti seperti meredah hutan, berbasikal, berkayak dan sebagainya. Lakukan aktiviti yang memaksimumkan penggunaan tubuh badan. Latihan sebegini akan melatih dan mengaktifkan otot-oto anda dengan pelbagai pergerakan yang dilakukan.
Lakukan juga latihan kekuatan. Otot adalah komponen penting dalam menguruskan badan. Konsepnya, lagi banyak sel otot anda, lagi banyak kalori akan dibakar. Setiap pergerakan anda memerlukan tenaga dan yang mengerakkannya adalah otot. Jadi, caranya adalah anda juga perlu latihan kekuatan. Ringankan tubuh badan anda untuk hadir ke gim.
Anda juga memerlukan tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya anda perlu tidur selama tujuh jam sehari kerana bagi mereka yang tidak cukup tidur boleh mengakibatkan tahap cortisol, iaitu hormon stres akan mendatangkan penyimpanan lemak. Beberapa kajian di Jepun terhadap 6000 orang dan telah terbukti bahawa peningkatan BMI kepada mereka yang kekurangan tidur.
5 petua wajib menambah berat badan
Bagi meningkatkan otot, anda perlu meluangkan lebih banyak masa di gim. Terdapat pelbagai tip hebat, tetapi tidak semuanya berkesan kepada anda kerana setiap orang mempunyai kesan yang berbeza.
Sekiranya sudah berbulan-bulan anda lakukan dan tidak nampak kesan, inilah masanya untuk anda tukar pemikiran serta rancang program latihan baru. Cuba amalkan tip yang asas terlebih dahulu.
Amalkan senaman yang melibatkan otot-otot besar seperti chest press, latt-pull down. Ini kerana senaman ini melibatkan pelbagai gerakan otot secara tidak langsung membina otot-otot kecil . Lakukan juga senaman yang melibatkan lebih dari satu pergerakan sendi seperti squat dan dumbbell swing.
Sekiranya ingin membina otot dengan cepat, anda memerlukan tenaga yang cukup banyak. Secara tidak langsung, kuncinya adalah mengambil kalori yang cukup. Tetapi ramai yang makan dengan berlebihan sehingga mengakibatkan penyimpanan lemak berlebihan.
Anda akan bertambah berat dan nampak besar tetapi itu adalah lemak bukan otot. Anda sepatutnya kawal pengambilan kalori. Secara asasnya, ambil lebih 500 kalori sehari daripada jumlah yang anda bakar sehari.
Anda juga memerlukan Protein untuk membina tisu-tisu otot. Untuk membina otot, anda memerlukan dua gram Protein bagi setiap kilogram berat anda. Ambil Protein setiap tiga hingga empat jam sehari. Kekurangan Protein akan merencatkan tumbesaran anda malah akan mengecilkan lagi saiz tubuh.
Minum air dan dapatkan rehat secukupnya. Air membantu dalam proses membina otot. Kawal aktiviti harian anda iaitu yang memerlukan lebih banyak kalori. Sekiranya anda lakukan aktiviti yang membakar 400 kalori, anda perlu gantikan lebih dari itu.
Anda digalakkan juga untuk melakukan aktiviti kardio seperti interval training, hill running atau sprinting. Latihan ini bukan sahaja membakar lemak malah membina kekuatan otot pada bahagian kaki serta abdominal. Selain itu, latihan larian pecut juga dapat membina postur badan yang lebih tegap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernahkah anda mendengar tentang Okinawa? Jika anda mengikuti sejarah Perang Dunia ke-2, tentu anda biasa dengan pertempuran Okinawa (battle of Okinawa) yang sebahagiannya telah dilakonkan semula di dalam sebuah filem bertajuk Hacksaw Ridge.
Kita tidak ingin bercakap tentang perang tetapi berkenaan satu fakta yang sangat menarik tentang tempat ini. Okinawa adalah sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Ia dikatakan sebagai kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia. Purata jangka hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun manakala Jepun ialah 84 tahun dan penduduk Okinawa berumur lebih 100 tahun adalah 5 kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun.
Okinawa diet
Gaya hidup dan pemakanan penduduk di pulau ini telah lama diperhatikan serta dikaji memandangkan jangka hayat mereka sentiasa mendahului kawasan lain di dunia. Apakah sebenarnya rahsia mereka?
Pemakanan atau diet! Ini adalah antara faktor utama.
Lalu, apakah yang mereka makan?
Tiada yang begitu mengejutkan seperti buah-buahan syurga mahupun air sakti. Apa yang diamalkan oleh penduduk Okinawa adalah perkara asas. Okinawa diet dicirikan oleh:
Melebihkan makanan kaya dengan sayur-sayuran berwarna kuning, oren dan hijau.
Nasi yang menjadi makanan ruji masyarakat Jepun diganti dengan ubi keledek ungu.
Daging, produk tenusu dan makanan laut diambil dalam jumlah yang kecil.
Membanyakkan pengambilan soya dan kekacang.
Seluruh pemakanannya secara am adalah rendah gula dan gandum – penduduk Okinawa mengambil kurang 30% gula dan kurang 15% gandum berbanding penduduk Jepun yang lain.
Berhenti sebelum perut penuh – Hara Hachi Bu
Di samping Okinawa diet, salah satu budaya penting yang diamalkan oleh penduduk pulau ini adalah untuk berhenti makan awal. Peribahasa hara hachi bu membawa maksud agar berhenti makan apabila perut sudah 80% penuh.
Mereka secara amnya mengambil sebanyak 1,200 kalori sehari berbanding penduduk di negara lain yang kebiasaannya mengambil 2,000 kalori sehari. Walaupun jumlah kalori yang diambil adalah rendah, diet mereka dipenuhi dengan makanan berkhasiat serta bernutrisi tinggi. Mereka juga sudah membiasakan diri untuk berlapar. Sebab itu mereka masih boleh kekal sihat dan hidup lebih lama walaupun mengambil sedikit kalori.
Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada penduduk Okinawa. Ayuh ambil masa dan mula merancang diet anda hari ini!
Satu hakikat yang perlu kita semua akui sehingga sekarang masih belum ada vaksin berjaya dihasilkan untuk COVID-19.
Disebabkan itulah langah pencegahan jauh lebih baik daripada melakukan rawatan. Namun begitu bagi mereka yang dijangkiti mereka akan dirawat dengan sebaik mungkin oleh pasukan perubatan dengan menggunakan apa cara sekali pun.
Sehingga kini terdapat beberapa jenis rawatan yang diberikan kepada pesakit bagi mengurangkan kesan yang boleh membawa maut. Terbaru Jepun telah meluluskan penggunaan ubat antivirus Remdesivir untuk merawat pesakit positif COVID-19.
Jepun merupakan negara kedua yang mengambil langkah menggunakan ubat tersebut sebagai ubat untuk rawatan selepas Amerika Syarikat.
APA ITU REMDESIVIR
Satu perkara yang nyata, Remdensivir bukanlah penawar kepada wabak COVID-19. Namun ubat yang diekspreimentasikan ini dikatakan mampu memberikan rawatan terbaik kepada pesakit yang positif COVID-19.
Minggu lalu FDA (Amerika Syarikat) telah membenarkan penggunaan ubat antiviral ini selepas mendapat ujian klinikal mendapat pesakit yang dirawat dengan Remdemsivir mempunyai kadar kesembuhan 31 peratus lebih pantas.
Walaupun angka itu hanya 31 peratus sahaja namun menurut kerajaan Amerika Syarikat ia mampu memberikan rawatan yang baik.
Namun satu kajian sama terhadap penggunaan Remdesivir turut dilakukan di China mendapati ia tidak dapat membantu pesakit sembuh lebih pantas ataupun mengurangkan kadar kematian COVID-19.
Walau bagaimana pun kedua-dua kajian masih tidak dapat memberikan keputusan yang kondusif dan tepat. Ini kerana masih terdapat beberapa faktor mempengaruhi hasil kajian tersebut.
KESAN RAWATAN REMDESIVIR
Pada asalnya, Remdesivir merupakan ubat antiviral yang dihasilkan oleh sebuah syarikat biofarmasitikal, Gilead Sciences untuk merawat Ebola. Walaupun ia tidak berapa berhasil untuk merawat penyakit tersebut namun kemudian menunjukkan hasil positif dalam merawat SARS dan MERS, di mana kedua-duanya disebabkan koronavirus.
Remdesivir merupakan ubat antiviral yang direka untuk memperlahankan atau menghentikan virus daripada melakukan replikasi dengan menghalang enzim tertentu. Ia bertindak dengan berbeza berbading vaksin atau rawatan antibodi yang mampu membantu sistem imunisasi pesakit.
Ubat antiviral ini juga dikatakan akan lebih berkesan jika diberikan kepada pesakit pada tahap paling awal jangkitan. Namun memberikan ubat ini kepada pesakit merupakan satu cabaran kerana ia harus diberikan menerusi IV selama 10 hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.