
Hah anda mesti ada gambar-gambar yang cantik di dalam telefon bukan? Buat apa di simpan, ini lah masanya untuk anda tunjukan skill yang ada pada anda.
Namun sebelum itu edit lah sikit gambar tersebut, agar cahaya dan warnanya lebih cantik dan menarik. Tak payah susah-susah download apps yang serba canggih, dengan aplikasi Photo sendiri pun dah boleh edit gambar seperti profesional.
Di Facebook Zarul Phv ada tunjukan cara-caranya, namun harus diingat ya, anda perlulah menggunakan telefon jenis IOS.
#1: Buka Gambar di aplikasi Photo

#2: Pilih gambar yang nak di edit > klik ‘Edit’

#3: Pilih filter (dalam gambar ini filter yang dipilih VIVID)

#4: Adjust vibrant, lebih tinggi, lebih terang warna gambar. Namun jangan terlalu terang, ikut sedap mata memandang.

#5: Jika gambar terlalu warm (kuning), adjust di simbol seperti temperature (lagi tinggi makin kuning, lagi rendah makin kebiruan)
so, ikut sedap mata memandang..Seperti gambar ini saya rendahkan pada -19 untuk nampak biru (cool) Sedikit.
#6: Kalau minat tone warm(kekuningan) tarik lagi tinggi tetapi jangan terlalu tinggi
#7: Adjust BRILLIANCE, yang ini untuk nampak lagi details, lebih kurang hdr jugak la.
Lagi tinggi lagi detail, tetapi jangan terlalu tinggi kerana nampak kasar dan tidak cantik namun gambar permandangan sesuai kalau nak bagi lagi tinggi.
#8: Kurangkan kecerahan gambar, klik Exposure, adjust ikut kesesuaian…

#9: Shadows untuk kawasan yang gelap jadi cerah…
#10: Dan siap!
Sumber: Zarul Phv
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Nadiem Makarim, Dari Bina Syarikat ‘Unicorn’ Gojek Kepada Pemimpin Pendidikan

Jika anda pernah berkunjung ke Indonesia terutamanya di Jakarta, perkataan ‘Gojek’ pastinya akan terpampang di mana-mana sahaja. Ia merupakan ‘buah fikiran’ Nadiem Makarim, pengasas Gojek, adalah salah seorang tokoh perniagaan paling berpengaruh di Asia.
Dilahirkan pada tahun 1984 di Indonesia, beliau mendapat pendidikan tinggi di Brown University, Amerika Syarikat, sebelum melanjutkan pengajian ke Harvard Business School.
Sebelum memulakan Gojek, beliau bekerja di McKinsey & Company, sebuah firma perundingan perniagaan global yang memberinya pendedahan luas terhadap dunia korporat dan strategi perniagaan.

Namun, jiwa usahawannya mendorongnya untuk meninggalkan pekerjaan stabil dan meneroka industri teknologi.
Dari satu idea kecil untuk menyelesaikan masalah pengangkutan di Jakarta, beliau berjaya membangunkan Gojek menjadi salah satu syarikat teknologi paling berjaya di Asia Tenggara.
Kali ini MASKULIN ingin berkongsi kisah inspirasi bagaimana Nadiem Makarin berdepan pelbagai cabaran dan kegagalan sebelum mengangkat nama Gojek menjadi syarikat unicorn pertama di Indonesia!
1. Mencipta Model Perniagaan Dipandang Remeh
Ketika Nadiem memulakan Gojek pada tahun 2010, kebanyakan orang menganggap ideanya tidak masuk akal. Industri teksi motosikal (ojek) ketika itu dianggap sebagai pekerjaan tidak formal dan tidak mempunyai prospek besar dalam ekonomi digital.
Nadiem berdepan kesukaran meyakinkan pelabur untuk membiayai Gojek kerana model perniagaannya dianggap tidak mempunyai jaminan kejayaan.
Beliau juga menghadapi cabaran mendapatkan pemandu ojek untuk menggunakan aplikasi teknologi ketika ramai masih bergantung kepada sistem manual.

2. Persaingan Sengit dan Dominasi Syarikat Asing
Sejak awal penubuhannya, Gojek perlu bersaing dengan syarikat gergasi seperti Grab dan Uber yang lebih awal memasuki pasaran Asia Tenggara.
Syarikat-syarikat ini mempunyai modal lebih besar dan kelebihan teknologi yang lebih maju.
Pada peringkat awal, Gojek tidak mampu memberikan subsidi besar seperti pesaingnya, menyebabkan ramai pengguna memilih perkhidmatan lain.
Namun, Nadiem tidak berputus asa dan meneruskan inovasi dengan memperkenalkan Gopay, Gosend, dan Gofood, menjadikan ekosistem Gojek lebih menarik berbanding pesaingnya.
3. Tentangan daripada Pemandu Teksi dan Kerajaan
Apabila Gojek semakin berkembang, perkhidmatan ini mendapat tentangan hebat daripada pemandu teksi konvensional yang melihatnya sebagai ancaman kepada mata pencarian mereka.
Terdapat banyak insiden di mana pemandu Gojek diganggu atau diserang oleh pemandu teksi konvensional yang tidak bersetuju dengan kehadiran syarikat ini.
Selain itu, pihak kerajaan pada mulanya tidak mempunyai peraturan jelas mengenai perkhidmatan ride-hailing motosikal, menyebabkan Gojek menghadapi pelbagai halangan birokrasi.
Nadiem terpaksa bekerja keras untuk meyakinkan pihak berkuasa bahawa syarikatnya memberi manfaat kepada ekonomi dan pengguna.

4. Tekanan Dalam Pengurusan Syarikat
Sebagai seorang pemimpin syarikat teknologi yang berkembang pesat, Nadiem berdepan tekanan besar dalam memastikan Gojek terus berkembang.
Pada tahun-tahun awal, beliau sering menghadapi masalah kewangan kerana syarikat membakar wang dengan cepat untuk mendapatkan pengguna dan memperluaskan operasi.
Di sebalik kejayaan Gojek, Nadiem juga menghadapi dilema peribadi tentang bagaimana untuk mengimbangi tuntutan kerja dan kehidupan peribadi.
Akhirnya, pada tahun 2019, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Gojek dan menerima pelawaan untuk menjadi Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia.
Dari Usahawan ke Menteri Pendidikan
Selepas kejayaan besar dalam sektor teknologi, Nadiem membuat keputusan mengejutkan dengan menyertai kabinet Presiden Joko Widodo pada tahun 2019 sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia.
Peralihan ini menunjukkan minat beliau untuk memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat melalui reformasi pendidikan.
Sebagai menteri, beliau memperkenalkan konsep “Merdeka Belajar”, yang bertujuan untuk memberikan kebebasan kepada institusi pendidikan dalam membentuk kurikulum yang lebih fleksibel dan relevan dengan keperluan dunia moden.
Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan teknologi dalam pendidikan melalui pelbagai inisiatif digital bagi memastikan pembelajaran lebih interaktif dan berkesan.
Pada tahun 2021, Nadiem dilantik sebagai Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Indonesia, setelah kementeriannya digabungkan dengan Kementerian Riset dan Teknologi.
BACA: 5 Jenis Senaman Lelaki Pertengahan Umur Harus Elak
Dalam peranan ini, beliau terus memperjuangkan inovasi dalam sistem pendidikan dan memperkenalkan inisiatif untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi serta memperkukuhkan penyelidikan dan pembangunan teknologi di Indonesia.
Kejayaan Besar dan Pengaruh
Selepas mengharungi pelbagai cabaran, Gojek berkembang menjadi salah satu syarikat teknologi terbesar di Asia Tenggara. Antara kejayaan terbesar Nadiem termasuk:
- Gojek menjadi unicorn pertama di Indonesia, dengan penilaian mencecah lebih USD 10 bilion sebelum bergabung dengan Tokopedia menjadi GoTo.
- Memperluaskan operasi ke beberapa negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand, dan Singapura.
- Menjadi pemain utama dalam industri fintech melalui Gopay, yang kini digunakan oleh jutaan pengguna di rantau ini.
- Memenangi pelbagai anugerah keusahawanan, termasuk pengiktirafan dalam Forbes 40 Under 40 dan Bloomberg 50.
Kejayaannya menjadikan beliau antara ahli perniagaan paling berpengaruh di Indonesia dan Asia kerana beliau bukan sahaja mencipta syarikat teknologi yang berjaya tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada berjuta-juta orang melalui ekosistem Gojek.
Pengaruhnya semakin meluas dalam dunia pendidikan melalui inisiatif transformasi yang dibawanya dalam sistem pendidikan negara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Liek Hou ‘Hadiahkan’ Emas Pertama Buat Malaysia Di Paralimpik Paris!

Jika sebelum ini, Eddy Bernard, atlet olahraga menjadi atlet paralimpik pertama pada edisi kali ini menyumbang pingat gangsa pada negara.
Terbaru, jaguh badminton para negara Cheah Leik Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) menghadiahkan pingat emas buat Malaysia.
Pada aksi final berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Liek Hou membuktikan status selaku pilihan utama di Paris 2024 dengan menewaskan wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam masa 42 minit.

Kemenangan itu turut menyaksikan Liek Hou meraih pingat emas kedua berturut-turut pada temasya sukan terbesar dunia tersebut, sekali gus mempertahankan emas yang dimenangi di Tokyo, Jepun tiga tahun lalu.
Sebaik melangkah masuk ke dalam gelanggang, pingat emas sebenarnya sudah boleh dianggap berada dalam genggaman pemain berusia 36 tahun itu memandangkan dia baru sahaja menewaskan Nugroho di peringkat Kumpulan A sebelum ini.

Sebagai rekod, di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), Liek Hou bakal menikmati habuan RM1 juta selaku pemenang pingat emas Sukan Paralimpik, sama seperti yang diterima ketika menjadi juara pada Paralimpik Tokyo sebelum ini.
Tahniah Liek Hou, anda wira negara!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Cristiano Ronaldo Sering Jadi Perhatian, 8 Rahsia Bintang Bola Sepak Ini!

Cristiano Ronaldo memang terkenal dengan kehebatannya dalam sukan bola sepak.
Personaliti dunia ini juga seorang dermawan dan baik hati. Anda mesti tahu bagaimana prihatinnya Ronaldo membantu individu malang, terutamanya kanak-kanak. Malah, dia juga sering membela nasib kanak-kanak Palestin yang dijadikan mangsa oleh individu tidak bertanggungjawab.
Bagi anda yang bukan peminat bola sepak, pasti tidak begitu mengenali insan hebat ini. Maka dengan itu, kami kongsikan beberapa sikap sebenar Cristiano Ronaldo yang mungkin masih belum diketahui umum.
1. Menderma kepada NGO
Ronaldo dilaporkan turut membayar kos rawatan pembedahan untuk kanak-kanak yang sakit dan melawat mereka di hospital.
2. Suka cabaran
Selama pembabitan lelaki ini menerusi dunia bola sepak, Ronaldo telah pun bersama-sama dengan beberapa kelab bola sepak dunia, iaitu Manchester United, Real Madrid, Juventus dan kelab bola sepak Al-Nassr yang berpangkalan di Arab Saudi dan juga bermain untuk pasukan kebangsaan Portugal. Dia sering mencari cabaran baru untuk menambah baik prestasi permainannya. Sasarannya untuk menjadi yang terbaik dalam setiap liga yang disertainya.
3. Tidak mencacah tatoo
Di saat ramai pemain bola yang mencacah tatoo di badan mereka, Ronaldo menolak kerana mempunyai sebabnya tersendiri. Dia menderma darah dua kali setahun, dan kerana itu pemain bola speak terkenal dunia ini tidak mahu mencacah tatoo di tubuhnya.
4. Janji kepada mendiang ayahnya
Pada tahun 2005, ayahnya meninggal dunia kerana penyakit kanser dan janjinya kepada mendiang, dia akan menjadi seorang pemain bola sepak terbaik dunia.
5. Kekal konsisten
Setiap pemain mempunyai masa sukar mereka, walaupun sering dikritik hebat, namun Ronaldo bangkit untuk memperbaiki permainannya. Disebabkan itu dia menjadi antara pemain terbaik dunia.
6. Utamakan keluarga
Dia meninggalkan bekas teman wanitanya, Irina Shayk kerana tidak menghormati ibunya. Bagi Ronaldo, ibunya adalah keutamaan dan segala-galanya. Kini, dia telah menemui wanita yang memahami dan menyayangi keluarganya. Mereka dilihat sangat bahagia bersama.
7. Bantu dunia perangi COVID-19
Khabarnya, beberapa hotel milik Cristiano Ronaldo dilaporkan bakal dijadikan hospital sebagai pusat rawatan COVID-19. Media antarabangsa mendakwa kos rawatan mangsa yang dijangkiti COVID-19 dan elaun petugas perubatan yang menjaga pesakit juga akan ditanggung oleh bintang bola sepak terkenal itu.
Tidak salah sekiranya kita membantu individu yang susah jika berkemampuan kan? Jadi, disebabkann itulah Cristiano Ronaldo sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Sikap ini wajar dicontohi oleh semua penduduk dunia dan semoga ianya dijadikan teladan buat semua orang.
8. Jumlah pengikut antara paling tinggi
Cristiano Ronaldo juga menjadi individu yang mempunyai pengikut yang paling ramai di laman Instagram mengalahkan barisan selebriti terkenal dunia yang lain. Sehingga kini, Ronaldo mempunyai seramai 299 juta pengikut dari seluruh dunia.
Maka, tidak hairanlah sekiranya Cristiano Ronaldo menjadi antara individu yang berpengaruh di dunia kan?
BACA LAGI : Rambut Pendek Lebih Kemas! Lihat Gaya 9 Selebriti Ini Dengan ‘Buzz Cut’!
Artikel ini diambil dan diolah dari Remaja.
Sumber: (1)
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI