Ada sesetengah lelaki sama ada dia pura-pura buat tak tahu atau berada dalam denial. Itulah yang berlaku bila makin hari makin ke depan pula perut.
Masalah perut boroi di kalangan lelaki biasanya akan mula timbul bila kadar metabolisme bada berubah menjadi rendah. Ini seiring dengan peningkatan umur.
Maka jika diteruskan gaya hidup sama ketika zaman remaja hingga ke umur 30-an maka kemungkinan besar perut untuk membesar sangatlah tinggi.
Tapi tahukah anda apakah punca utamanya?
Bukan mudah untuk mengawal pemakanan agar perut kekal langsing dan sihat, namun di sebalik itu terdapat pelbagai halangan yang harus ditempuh. Ini adalah di antara 5 situasi dan perkara yang harus anda elakkan. Perut buncit adalah sarang penyakit.
1. Kerap minum air bikarbonat
Ramai orang yang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat. Ia sebenarnya salah kerana kita masih mengambil 10 sudu gula dalam minuman berkenaan, cuma hanya menambah air kosong, tidak akan memberi kesan kepada kandungan gula yang diambil. Kita juga akan terdedah kepada diabetes akibat kandungan gula yang tinggi.
Minuman berkarbonat atau soda adalah minuman yang paling digemari masyarakat kita kini. Namun sedarkah anda bahawa satu tin minuman tersebut mengandungi 150 kalori, 30 hingga 55 mg kafein, pewarna dan pemanis minuman yang tinggi. Gula yang berlebihan dalam darah jika tidak di kawal akan mengakibatkan risiko diabetes.
Satu tin air berkarbonat, mengandungi kira-kira 10 sudu gula, hampir dua kali melebihi pengambilan yang disarankan oleh pakar pemakanan, iaitu enam sudu gula sehari, bergantung kepada pekerjaan dan kegiatan harian yang dilaksanakan. Islam menegah kita daripada berlebih-lebihan dalam sebarang perbuatan, termasuk makan dan minum.
Anda mungkin sudah biasa dengan istilah emotional eating, suatu keadaan di mana hasrat untuk makan dikawal oleh emosi yang tidak stabil. Jarang rasanya seseorang itu melampiaskan kemarahan atau emosinya melalui makanan. Bahkan, ketika tidak merasa lapar pun, hasrat untuk makan seringkali muncul saat emosi sedang tidak stabil, termasuklah jika anda baru sahaja berselar seorang ibu. Berdasarkan laporan dari Government Equalities Office, tekanan yang diterima oleh para ibu yang baru melahirkan anak turut mampu memengaruhi pola pemakanan mereka.
Kebanyakan orang merasakan bahawa untuk melupakan stres salah satu caranya adalah dengan makan secara berlebihan. Tanpa disedari, tabiat atau kebiasaan makan seperti ini akan menjadikan seseorang itu untuk makan mengikut emosinya. Mereka merasakan bahawa makanan adalah satu-satunya jalan keluar untuk melupakan marah, sedih atau tertekan.
Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh kita. Kesemua sel terbentuk hasil dari nutrien protein yang diambil. Kekurangan protein akan menyebabkan sistem badan dan sel-sel badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Apa kaitannya perut buncit dengan kekurangan protein? Salah satu sebab perut menjadi buncit akibat pengumpulan bendalir tisu.
Protein juga dapat membantu tubuh mengawal hormon yang boleh meningkatkan nafsu makan. Anda boleh mendapatkan sumber protein dari daging, kerang, daging ayam (tanpa kulit), ikan salmon, dan telur. Untuk mengatasi masalah ini, ambillah sumber protein yang mencukupi. Jika pengambilan yang berlebihan juga tidak elok. Jadi berpada-padalah. Lebih baik jika sumber protein itu diambil dari bahan organik yang bukan sahaja selamat, malah membantu kehidupan anda yang lebih sihat.
Makan larut malam menjadi salah satu penyebab perut buncit. Mengapa hal ini terjadi? Ini kerana ketika kita tidur dengan perut kenyang maka akan berlakunya acid reflux
atau gangguan pencernaan kerana posisi tidur tidak dapat bekerja dengan lancar atau membuatkan makanan tersebut dicerna dengan baik.Jadi, caranya adalah dengan mengelakkan dari mengambil makanan dalam porsi atau kuantiti yang terlalu besar ketika malam. Jangan tidur setelah makan, sebaiknya tunggu antara 1 hingga 3 jam setelah makan.Sekiranya anda berasa lapar ketika lewat malam, sebaik-baiknya cukup dengan menikmati buah-buahan segar daripada mengambil makanan junk food atau makanan yang diproses (cepat saji).
Amalan yang menyebabkan perut buncit ialah merokok atau penggunaan tembakau dengan cara lain. Ini adalah kerana merokok boleh menganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman. Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. Oleh itu , cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini ialah dengan berhenti merokok.
Sumber : Diarikurus