Tak Perlu Berlapar, 7 Makanan Ini Mampu Turunkan Berat Turun Dengan Cepat

Share

Pemilihan makanan yang betul sangat perlu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.  Antara usaha salah dan sia-sia yang selaku kita lakukan ialah dengan tidak menyentuh langsung makanan yang digemari, mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit dan lebih teruk lagi sanggup berlapar tanpa mengambil sebarang makanan.

Tentunya ia seakan menyeksa diri sendiri. Dah jom jadi bijak dengan mengamalkan cara diet yang sihat ini  Kini, anda sudah mampu tersenyum dan tidak perlu lagi mengamalkan diet yang keterlaluan.

1.  Pilih Cip sayuran berbanding cip kentang

Sudah terang lagi bersuluh yang cip sayuran lebih baik daripada cip kentang. Lebih baik lagi jika anda buat sendiri cip sayuran itu di rumah kerana ia lebih sihat berbanding cip yang anda beli di kedai. Sayuran mempunyai banyak vitamin yang diperlukan oleh badan kita.

2. Pilih Kentang beku berbanding kentang segar

Kedua-dua kentang ini mungkin nampak sama kandungannya. Perbezaannya adalah jika anda memilih kentang beku, anda akan kenyang lebih cepat kerana kentang beku mempunyai sjenis kanji yang sihat.

3. Pilih Oatmeal berbanding muesli yang dibeli di kedai

Oatmeal yang diletakkan buah-buahan dan kekacang yang anda lakukan sendiri di rumah adalah lebih sihat berbanding muesli yang anda beli di pasar raya. Pasti mengandungi perasa dan gula yang membuatkan ia lebih menarik. Disebabkan itu, ia lebih tinggi kalorinya berbanding oat ringkas.

4. Pilih Buah-buahan berbanding biskut

Setiap kali anda mahukan snek, tangan anda pasti akan mencapai sesuatu yang manis. Biskut mengandungi gula berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Jika anda memilih buah, anda akan menerima vitamin dan nutrien yang diperlukan tubuh.

5. Pilih Popcorn berbanding campuran kekacang

Nampak tidak masuk akal kan? Tetapi adalah lebih baik anda mengambil popcorn kosong atau sedikit masin berbanding campuran kekacang yang kebiasaannya digoreng dengan minyak.

6. Pilih Gingerbread berbanding coklat

Malangnya, coklat susu merupakan antara makanan yang tidak elok untuk tubuh anda. Disebabkan itu, sekiranya anda ingin makan makanan yang manis, pilih gingerbread yang lebih sihat.

7. Pilih Sorbet berbanding aiskrim

Pencuci mulut berasaskan aiskrim sebenarnya mengandungi lemak yang tinggi. Sorbet dan fruit ice pops sedikit berbeza dengan aiskrim. Ia mengandungi lemak dan kalori yang lebih rendah.

SUMBER: via Brighside

Published by
Ruziana Zainal