Tak Macho Bila Ada Kudis, Ini 5 Cara Terbaik Hapuskan Kudis Di Badan Lelaki

Share

PENYAKIT KUDIS BUTA AMATLAH MUDAH UNTUK DIKESAN HANYA DENGAN MELIHAT DAN MENELITI CORAK RUAM YANG TERBENTUK PADA PERMUKAAN KULIT. RUAM PENYAKIT SKABIES SANGAT TIPIKAL DAN HANYA BERCORAK BINTIK-BINTIK DAN BERKETUL-KETULAN MERAH.

Bagaimanapun, ada kalanya ruam penyakit kudis buta ini dikelirukan dengan ruam penyakit kulit yang lain, mungkin disebabkan oleh pembentukan corak ruam yang tidak jelas. Dalam situasi begini, seseorang perlu mendapatkan konsultasi doktor pakar kulit.

Biasanya doktor akan kikis permukaan kulit yang terjejas dan kemudian cebisan kulit tersebut akan dihantar ke makmal untuk diuji kaji bagi memastikan dan mengesahkan jangkitan kutu kudis.

KUDIS BUTA (SCABIES)

Sebenarnya hama kudis buta ni boleh hidup 14 hari dalam badan manusia, tapi ia jadi sukar sembuh akibat mudah sangat berjangkit.

BAGAIMANA KUDIS BUTA BOLEH BERJANGKIT?

  • berkongsi tempat tinggal
  • berkongsi pakaian, selimut, tempat tidur
  • berkongsi tuala
  • sentuhan kulit

Oleh itu, jika ada mereka yang kena kudis buta, kita sebolehnya elakkan benda-benda ini untuk elak kita pun terjebak sama. Tapi kalau ahli keluarga yang kena, maka kita juga perlu ambil langkah rawatan bersama walaupun tidak dijangkiti.

TANDA DAN SIMPTOM KUDIS BUTA

  • pesakit kudis buta akan merasakan simptom ini selepas 10-14 hari mendapat jangkitan. Walaupun begitu, dalam tempoh ini ia dah boleh berjangkit.
  • gatal yang amat sangat terutama waktu malam

BAHAGIAN BADAN YANG KERAP DIJANGKITI KUDIS BUTA

  • celah jari tangan dan kaki
  • pergelangan tangan
  • ketiak
  • pinggang
  • pusat
  • kemaluan
  • punggung
  • kepala (bayi kecil)

 

 

MINYAK TEA TREE

Minyak Tea Tree adalah rawatan tropikal yang berkesan untuk kudis kerana ia mengurangkan rasa gatal, mengurangkan ruam pada kulit. Namun ianya tidak berkesan kepada telur hama yang terlalu dalam dari kulit.

 

Terdapat kajian pada tahun 2016 yang dibuat mengatakan, penggunaan minyak tea tree adalah pilihan yang ada sekiranya pilihan lain tidak mampu membantu dalam merawat kudis ini.

 

Tea tree oil ini bertindak sebagai:

 

✓antibakteriaanti-radang

✓acaricidal (mampu membunuh hama)

✓antipruritik (melegakan gatal)

 

MINYAK NEEM

 

Ianya memiliki ciri-ciri anti radang, anti bakteria dan anti analgesik. Kajian makmal telah dilakukan pada tahun 2008, dimana penggunaan sabun neem mampu menghilangkan kudis pada anjing.

 

GEL ALOE VERA

 

Gel aloe vera mempunyai kesan melembabkan, menenangkan di atas kulit yang terbakar akibat cahaya matahari. Ianya boleh mengurangkan rasa gatal dan merawat kudis. Kajian pada 2009 menunjukkan aloe vera bertindak sebagai benzyl benzoate (rawatan perskripsi biasa)dalam merawat kudis.

CILI KERING

Ianya boleh digunakan untuk mengurangkan rasa gatal dan melegakan kesakitan. Namun, tiada bukti sainstifik menunjukkan keberkesanannya.

MINYAK CENGKIH

Minyak cengkih mempunyai ciri-ciri antimikrob, anestetik, dan antioksidan yang menyumbang kepada  penyembuhan kudis. Ia juga merupakan insektisida yang berkesan. Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 menunjukkan bahawa minyak cengkih berkesan dalam membunuh kudis.

 

Published by
Kim Rahim