Tak Larat Tengok Tahi Lalat Di Tempat Tak Sepatutnya? Buang Dengan Cara ni

Share

 

Tahi lalat merupakan pertumbuhan bintik hitam pada kulit tak kira di mana saja. Kebanyakkan daripada mereka yang ingin melenyapkan tahi lalat memerlukan kos yang tinggi di pusat kecantikan atau di hospital sendiri. Setiap sorang pasti akan mempunyai 10 ke 40 tahi lalat pada badan, hidup ataupun tidak. Namun, ada beberapa cara tradisional yang anda boleh dapati di dalam dapur anda untuk membuang tahi lalat.

 

 

  • Bawang putih

Ada yang berpendapat bahawa bawang putih boleh menghilangkan tahi lalat pada kulit anda. Ini kerana bawang putih mengandungi enzim yang boleh membubarkan kluster sel yang menyebabkan tahi lalat.harus berhati-hati dalam menggosok bawang putih pada kulit anda, jika keterlaluan, ia akan menyebabkan kulit anda luka.

 

 

  • Campuran minyak Castor baking soda

Campurkan minyak Castor dan baking soda yang boleh membuang tahi lalat jika diamalkan selama beberapa minggu. Teori di sebalik ini adalah baking soda mengeringkan tahi lalat dan minyak kastor membantu melindungi kulit. Jadi ia akan hilang dengan senangnya.

 

  • Lodine

 

Anda boleh mendapatkan Iodine di farmasi dan lihatlah hasilnya selama beberapa minggu. Lodine boleh membakar kulit anda, jadi sebelum anda sapu di bahagian tahi lalat anda, sapu petroleum jelly untuk perlindungan kulit. Lodine merupakan toksik, jadi berhati-hati ketika menggunakannya. Jangan sekali-kali sapu pada kulit yang rosak.

 

  • Kentang

 

Kentang dianggap mempunyai kesan pemutihan semulajadi. Walaupun kentang tidak boleh mengeluarkan tahi lalat sepenuhnya, ia boleh membantu memudarkan tahi lalat jika diamalkan sepanjang masa.

  • Kulit Pisang

 

Kulit pisang mengandungi enzim dan asid tertentu yang sesetengah orang berfikir boleh membantu menghilangkan tahi lalat. Satu manfaat berpotensi menggunakan kulit pisang pada kulit ialah ia akan berfungsi sebagai pelembap.

  • Minyak kelapa

 

Minyak kelapa juga membantu kepada mereka yang ada masalah dengan kulit namun tiada kesahihan menunjukkan ia dapat membantu menghilangkan tahi lalat. Walau bagaimanapun, sesetengah orang percaya ia boleh  mengurangkan saiz tahi lalat jika digunakan setiap hari.

 

 

 

Published by
Maiya Deen