Tak Lapuk Telan Zaman, 5 Filem Patriotik Sempena Merdeka

Share

1957 Hati Malaya (2007)

Kita bagi anda layan filem Malaysia pu Shuhaimi Baba memgambil inisiatif untuk mengfilemkan detik-detik indah negara Malaysia mencapai kemerdekaan. Anda dapat saksikan disini pergelutan anak bangsa menegakkan keadilan untuk mendapatkan hak masing-masing. Noor Azhar Murad yang memegang watak sebagai Tunku Abdul Razak sememangnya mendapat pujian daripada pengkritik-pengkritik negara kerana telah melakonkan watak Tunku Abdul Rahman dengan jayanya. Jika anda sayangkan negara dan tidak mahu negara jatuh ke tangan pihak yang salah, maka jadikan filem ini sebagai panduan.

 

Tanda Putera (2013)

Filem yang menceritakan usaha Tun Abdul Razak Hussein mentadbir negara menjadikan negara Malaysia pesat dengan pembangunan. Menerusi filem ini, anda dapat saksikan kehidupan liku-liku yang terpaksa beliau hadapai demi menjadikan Malaya ketika itu negara yang maju dan pesat dengan ekonomi. Filem Tanda Putera ini merupakan filem kedua bertemakan patriotik Shuhaimi Baba selepas kejayaan beliau dalam filem 1957 Hati Malaya. Filem ini semestinya mendapat kritikan dan pandangan negatif mahupun positif, tapi jika anda benar-benar menonton filem ini sebagai anak Malaysia, pasti anda akan sebak dengan pengorbanan Bapa Pembangunan Malaysia ini.

 

29 Februari

29 Februari merupakan sebuah filem muzikal cinta dan “biografi fantasi” keluaran KRU Studios yang diuar-uarkan sebagai filem stereoskopik 3D buatan Malaysia yang pertama. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang lahir pada tarikh keramat tahun lompat 29 Februari, dan oleh itu hanya dimakan usia empat tahun sekali, maka dirinya teramat lambat menua berbanding orang lain. Dengan menelan belanja RM 3.5 juta (termasuk promosi), kerja penggambaran 29 Februari

 dijalankan selama 40 hari sekitar lewat tahun 2011 di pelbagai lokasi, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Taiping. Watak yang dibawa oleh Remy Ishak sedikit sebanyak memberi impak kepada rakyat Malaysia kerana ia melalui detik-detik bersejarah dan pernah mengalami penderitaan semasa penjajahan British.

 

Paloh

 

Diadaptasi dari kisah benar penduduk daerah Paloh yang terletak di Johor, filem arahan Adman Salleh ini ditayangkan pada tahun 2003. Sinopsis dikaitkan dengan kisah penduduk Tanah Melayu yang terpaksa hidup dalam tekanan akibat berlakunya konfrontasi antara pihak tentera Jepun dengan Parti Komunis Malaya, Paloh dibintangi oleh Janet Khoo, Nam Ron, Ellie Suriaty dan ramai lagi.

 

Embun

 

Masih ingat dengan pengorbanan seorang anak dara yang memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu semasa kedatangan jepun? Filem yang dilakonkan oleh Umie Aida dan Aqasha menjadi perhatian umum seluruh Malaysia kerana ia mengetengahkan perjuagan seorang wanita dalam mempertahankan hak penduduk tanah melayu.

 

Published by
Maiya Deen