“Tak Apa Untung Sikit Asal Boleh Jual Banyak”, Kedai Lelaki ‘Tiga Barang RM10’ Jadi Pilihan Warga Tempatan

Share

Situasi ekonomi sekarang memang agak tidak menentu. Ramai rakyat Malaysia yang terkesan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung kira-kira selama dua bulan.

Kegiatan ekonomi yang terhenti menyaksikan ramai syarikat telah gulung tikar atau terpaksa melakukan perubahan seperti pengurangan pekerja dan pemberian cuti tanpa gaji.

Begitu juga dengan para peniaga yang banyak terjejas sumber pendapatan mereka. Ketika ramai peniaga mencari jalan mendapat keuntungan berlipat kali ganda terutamanya di musim perayaan, berbeza pula dengan seorang peniaga dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Memetik laporan Astro Awani peniaga dikenali dengan nama Wan Mohd Tarmizi Wan Hamzah menjual barang keperluan dapur pada harga yang jauh lebih murah.

Baginya ini merupakan salah satu cara untuk membantu orang ramai mendapatkan barang keperluan pada harga yang murah dan memuaskan.

Foto hiasan

Paling mendapat perhatian ialah penjualannya dengan campuran tiga barang seperti ubi kentang, halia dan bawang merah pada harga RM10 sahaja. Malah, dua papan telur bergred C pula dijual pada harga yang sama.

Dengan harga yang menarik seperti in kedainya yang terletak di Permatang Bendahari terus menjadi tumpuan penduduk setempat.

Jelas Wan Mohd Tarmizi yang berusia 42 tahun, prinsip mereka cukup mudah. “Biar jual banyak barang, tetapi untung sikit taj mengapa. Asalkan kita jual murah. Kalau untung banyak tapi dapat jual sikit saja tak boleh juga, kan” jelasnya.

Walaupun dijual pada harga murah beliau hanya menawarkan produk berkualiti gred A dan bukannya gred B atau gred C.

Pelanggan-pelanggannya jelas gembira dans angat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Bagi mereka ini merpakan salah satu inisiatif positif dilakukan oleh peniaga seperti Wan Mohd Tarmizi untuk menyumbang kepada masyarakat.

Sumber: Astro Awani

Published by
Farizul Izwany Ibrahim