Seperti yang kita tahu, selain berdakwah ustaz Ebit Lew juga sangat terkenal sikapnya yang suka berkongsi segala kerja-kerja murninya seperti memberi bantuan dan sebagainya.
Baru-baru ini, Ebit Lew memberi sedikit sumbangan makanan kepada ‘Frontliner’ membuatkan hati netizen sebak dan terharu dengan insan ini.
Melalui sebuah video berdurasi 2 minit itu menampakkan Ebit Lew pergi ke check point-check point di mana anggota PDRM dan ATM bertugas.
Nampak Ebit Lew bersahaja dengan memakai jubah coklat dan berkopiah sambil memakai topeng dan bersarung tangan saat memberikan bantuan.
Menurut Ebit Lew, dia tidak boleh melakukan semua ini namun dia meminta jasanya itu dibalas dengan doa sahaja. Malah Ebit Lew juga sempat berdakwah dengan memberikan kata-kata semangat kepada anggota petugas.
“Moga Allah mudahkan semua, kebaikan, rahmat. Tak ada tempat lain untuk kamu melainkan syurga. Jadi orang yang beri khidmat kepada masyarakat macam abang ini, Nabi kata walaupun satu malam dijaga sahabat, tempatnya di syurga.
“Inikan pula abang ni hari-hari dari dulu kan? Jadi itulah doakan untuk saya. Terima kasih banyak. Nak buat macam abang tak dapat dah, semoga dipermudahkan semua dan selamat keluarga semua y,” katanya di dalam video yang dikongsikan di Facebook.