
Seperti yang kita tahu, selain berdakwah ustaz Ebit Lew juga sangat terkenal sikapnya yang suka berkongsi segala kerja-kerja murninya seperti memberi bantuan dan sebagainya.
Baru-baru ini, Ebit Lew memberi sedikit sumbangan makanan kepada ‘Frontliner’ membuatkan hati netizen sebak dan terharu dengan insan ini.
Melalui sebuah video berdurasi 2 minit itu menampakkan Ebit Lew pergi ke check point-check point di mana anggota PDRM dan ATM bertugas.
Nampak Ebit Lew bersahaja dengan memakai jubah coklat dan berkopiah sambil memakai topeng dan bersarung tangan saat memberikan bantuan.
Menurut Ebit Lew, dia tidak boleh melakukan semua ini namun dia meminta jasanya itu dibalas dengan doa sahaja. Malah Ebit Lew juga sempat berdakwah dengan memberikan kata-kata semangat kepada anggota petugas.
“Moga Allah mudahkan semua, kebaikan, rahmat. Tak ada tempat lain untuk kamu melainkan syurga. Jadi orang yang beri khidmat kepada masyarakat macam abang ini, Nabi kata walaupun satu malam dijaga sahabat, tempatnya di syurga.
“Inikan pula abang ni hari-hari dari dulu kan? Jadi itulah doakan untuk saya. Terima kasih banyak. Nak buat macam abang tak dapat dah, semoga dipermudahkan semua dan selamat keluarga semua y,” katanya di dalam video yang dikongsikan di Facebook.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Amalkan IF Sahaja, Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Dari 124kg Ke 77kg!

Seakan satu kepuasan apabila setelah 28 tahun barulah dapat merasa BMI normal seperti orang lain. Dari 124kg hingga 77kg, lelaki ini berjaya turunkan 47kg dengan hanya mengamalkan Intermittent Fasting (IF) bermula 1 September 2019 sehingga ke hari ini.
Menurut Ahmad Firdaus, dia mengamalkan “one-meal-a-day” atau OMAD serta gaya hidup yang sihat. Sekiranya dia tidak larat, barulah dia akan membuat 16:8 dan memastikan yang dia berpuasa 16 jam dan lebih.
“Ada orang makan tapi tidak mengamalkan workout. Ada orang pula tidak menjaga makan tetapi workout. Bagi saya kedua-dua itu penting namun yang lebih penting adalah jaga makanan.
“Semua saya buat, maksud saya IF ni. 16:8, 18:6, 20:4 dan OMAD. Jika ditanya apakah yang paling kerap saya buat, saya akan cakap OMAD. Namun sekiranya saya benar-benar tidak larat, saya akan pastikan yang saya berpuasa lebih daripada 16 jam.
Sekiranya saya makan tidak mengikut seperti yang dijadualkan, saya akan ‘menghukum’ diri saya dengan mengamalkan OMAD keesokan harinya,” katanya kepada MASKULIN.
Apabila ditanya, apakah dia turut bersenam, jawapannya ya. Dia akan melakukan senaman seperti Push Up, Plank dan Leg Raise setiap hari tanpa gagal. Malah, dia turut mengamalkan joging seminggu dua tiga kali.
Katanya, dia sedar orang berbadan besar sering diserang penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan lebih teruk adalah sakit jantung. Jadi, kerana itulah timbulnya kesedaran untuk dia menurunkan berat badan.
Menurutnya lagi, dia menghadapi masalah obesiti sejak kecil namun dia kuatkan semangat dan terus mengamalkan IF. Dia juga akan memastikan yang dia tidak mengambil lebih daripada 1500 kalori sehari.
“Antara sebab saya mahu kurus adalah orang gemuk mudah kena penyakit, lebih-lebih lagi 3 penyakit serangkai (Darah Tinggi, Kencing Manis, Sakit Jantung). Malah lebih tragis, orang gemuk susah nak mencari saiz bila nak beli pakaian. Saya nak ‘grow old’ dengan keadaan sihat tubuh badan.
“Malah, Saya merupakan seorang bapa dan mempunyai seorang anak. Saya jadikannya inspirasi untuk saya fit demi menjaga keluarga saya. Saya hendak menjadi inspirasi kepada orang ramai bahawa nak turunkan berat badan, ada harapan.
“Sebenarnya saya mendapat insiprasi dan semua ini kerana saya sering melihat update-update daripada Azril Nizam Jamaludin. Abang Azril ini sering post di group IF dan sering berkongsi tip untuk kurus dan turunkan berat badan.
“Malah, Abang Azril juga rajin berkongsi beberapa tip tentang pemakanan dan turut recommend makanan terbaik untuk orang ‘seperti saya’. Abang Azril ni agak berumur dan orang sering memanggilnya dengan gelaran ‘pokcik’.
“Sungguhpun begitu, Abang Azril sentiasa fit. Jadi di situlah saya terfikir, jika dia boleh melakukannya kenapa saya yang muda ni tidak boleh melakukannya,” kata Firdaus lagi.
Firdaus sempat berkongsi tip agar kita semua dapat mengawal pemakanan dan ‘menolak gula’ ketika makan.
“Segala jenis gula saya cut kecuali stevia tapi itu pun sekali sekala. Pagi makan thosai dan tengah hari saya makan pesto pasta. Kalau snacking pula saya minum juice dari juiceworks or boost. Malam memang saya tak makan sebab feeding period 8am – 4pm,” tulis Firdaus di Facebooknya.
Ini adalah antara menu yang sering saya amalkan:
Menu 1:
Nasi perang
Ayam dada grill
Lemon juice tanpa gula
Menu 2:
Chapati
Ayam Tandoori bahagian dada
Lemon juice tanpa gula
Menu 3:
Whole wheat pasta aglio olio
Lemon juice tanpa gula
Menu 4:
Whole wheat pesto pasta
Lemon juice tanpa gula
Favourite kedai saya yang sihat:
- The Humble Food
- Naan Lounge
- Kenny Rogers
Orang ramai boleh mengikuti weight lost journey Fierdaus Fourheart di Facebook atau Instagramnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kerana COVID-19 Kuetiau Goreng Jadi Sumber Pendapatan Demi Survival Fendy Bakry

Penularan wabak COVID-19 bukan sahaja memberi impak dan implikasi yang sangat besar terhadap kondisi kesihatan malah ia juga telah mendatangkan kesan parah terhadap ekonomi.
Sepanjang lebih 40 hari yang lalu kita semua harus patuh dan berada di rumah dengan hampir kesemua sektor ekonomi dan kegiatan sosial ditutup.
Namun ia kini telah berakhir dengan berkuatkuasanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula semalam di seluruh negara kecuali di kawasan-kawasan yang masih berada pada tahap Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Antara golongan yang terkesan dengan penularan wabak ini ialah mereka yang terlibat dalam dunia seni. Jadi tidak hairanlah ramai artis mencari rezeki dengan melakukan aktiviti perniagaan.
Begitu juga dengan pelakon terkenal yang juga bekas finalis Hero Remaja 2011/2012, Fendy Bakry.
Aktor popular dengan drama ‘Mr. Grey’ ini terpaksa melupakan perniagaan kurta dek penularan COVID-19. Jelas anak jati Perlis ini selepas PKP berkuatkuasa pada Mac lalu dia telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kedai makannya, Bhenang Kitchen di Kampung Baru.
Naman ‘Bhenang’ telah digunakan olehnya sebagai jenama kurta pada tahun lalu dan ingin menerusan perniagaan makanan menggunakan nama sama.
“Jadi timbul idea Bhenang Kitchen untuk meniaga makanan. Ada hikmah juga tak berniaga kurta dengan keadaan penularan wabak COVID-19 belum berakhir. Saya kekalkan nama dan pasukan yang sama,” jelasnya.
Sepanjang tempoh PKP segala aktiviti seni seperti penggambaran terpaksa dihentikan. Minat terhadap bidang memasak mendorong Fendy untuk berniaga kuetiau goreng.
“Saya susah nak jumpa kuetiau goreng yang memenuhi cita rasa jika makan di kedai, sejak dahulu lagi. Mungkin bukan nasib saya berjumpa kuetiau paling sedap.
“Lalu, saya terpanggil melakukan eksperimen sendiri memasak bersama kawan. Kami mencuba beberapa kali untuk mendapatkan rasa yang dikehendaki. Seterusnya, kami fikir menu apa yang mahu disediakan.
“Berkat percambahan minda, wujud pes memasak yang dicipta bersama. Daripada situlah bermula usaha dan cabaran membuka kedai makan di Kampung Baru,” tambahnya lagi
Walaupun pada awalnya dia dan pasukannya sedikit bergelut kerana sambutan agak perlahan. Namun selepas agak dikenali mereka mula mendapat tempagan yang banyak sepanjang tempoh PKP.
Bagi Fendy, dia menjual rasa bukanlah makanan semata-mata. Antara pihak yang bvanyak memberi sokongan semestinya kelab peminatnya, Fendynisme membantu membuat hebahan di laman media sosial.
Selain kuetiau goreng, Fendy menawarkan menu lain seperti char kuetiau dan spageti aglio olio turut dijual.
Sumber: BHOnline
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tempahan T-shirt Terjual Tak Sampai 24 Jam, Ebit Lew Luah Rasa Terharu Rezeki Datang Tak Disangka!

Jika sebelum ini perniagaan kurta yang dijalankan Ustaz Ebit Lew laku keras sehingga terpaksa mencari 100 tukang jahit bagi memenuhi permintaan pelanggan yang naik mendadak, terbaharu Ustaz Ebit Lew mengeluarkan rekaan t-shirt dengan cetakan “Saudaraku Disebalik Ujian Ada Rahmat”.
“Pohon doakan yer. Doakan yer. Ramai minta nak Tshirt. Syukur baru siap tadi”
T-shirt yang dilancarkan secara atas talian bermula malam tadi itu dihasilkan setelah ramai yang membuat pemintaan ingin Ustaz Ebit Lew mengeluarkan t-shirt.
Menerusi perkongsian Usyaz Ebit Lew di Facebook, beliau meluahkan rasa sebak dan bersyukur apabila t-shirt jualannya itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga tidak sampai 24 jam, habis terjual.
Posting Ustaz Ebit Lew itu nyata membuatkan ramai warganet teruja untuk memiliki t-shirt tersebut, tak kurang juga yang meminta beliau untuk menghasilkan t-shirt versi Muslimah dan mendoakan agar kehidupan pendakwah terkenal ini sentiasa dilimpahi rezeki.
“Sangka baik pada rahmat Allah. Solat selalu minta pada Allah. Nikmat melihat kasih sayang Allah… – Ebit Lew”
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI