Menjelang tahun baharu, pastinya ramai yang berkobar-kobar mahu melangkah ke tahun seterusnya dengan azam baharu.
Namun persoalannya, adakah azam tahun ini sudah berjaya dicapai?
Jika tidak, adakah azam yang tidak tercapai itu dibawa ke tahun hadapan pula?
Lalu timbul persoalan lain pula, sudah berapa kali azam itu dibawa ke tahun seterusnya?
Kali ini, MASKULIN kongsikan beberapa tips untuk membantu anda mencapai azam anda agar ianya tidak di ‘kitar semula’ untuk tahun berikutnya.
Jangan Berangan Terlalu Tinggi
Tidak salah berangan-angan kerana ia boleh menjadi nyata. Namun angan-angan yang terlalu tinggi boleh menjadi sesuatu yang mustahil.
Katakanlah anda adalah seorang lepasan sekolah tanpa simpanan wang pada tahun ini. Anda mempunyai impian untuk menjadi seorang jutawan. Adakah impian itu mampu dicapai dalam jangka masa setahun?
Ads
Dalam memasang impian, ukurlah baju di badan sendiri. Jika anda menetapkan impian yang tidak realisitik, lebih tinggi keberangkalian anda untuk gagal. Bila sudah gagal, anda juga yang kecewa dan hilang semanagat bukan?
Jangan Tunggu 1hb Januari
Memang ia dikenali sebagai “azam tahun baharu”, tapi perlukah anda menunggu tahun baharu untuk memulakan langkah pertama?
Setiap azam sudah dipasang menjelang tahun baharu. Oleh itu, bukankah lebih baik jika anda sudah memulakan langkah seawal mungkin.
Setidak-tidaknya, anda sudah tidak perlu ‘bertatih’ lagi apabila tahun baharu tiba.
Ads
Contohnya, jika anda berazam untuk bersenam demi menurunkan berat badan pada tahun hadapan, laksanakan terus senaman itu walaupun masih berbaki beberapa minggu sebelum tahun baharu.
Apabila sudah tiba 1hb Januari, impian anda lebih mudah untuk dilaksanakan kerana anda sudah pun membina stamina dan tabiat tersebut.
Percayalah, jika anda menangguhkannya sekarang, lebih tinggi keberangkalian untuk anda menangguhkannya lagi.
Ads
Jangan Fikir Setahun Itu Lama
Ramai yang sering ‘mengitar semula’ azam mereka kerana tidak sedar yang waktu semakin berlalu hingga akhirnya, penghujung tahun sudah tiba.
Penting untuk anda sedar yang waktu berlalu pantas dan tempoh setahun boleh berlalu tanpa kita sedari.
Jika anda fikir yang tempoh setahun itu adalah lama, lebih kerap anda menangguhkan kerja-kerja untuk mencapai matlamat anda.
Ingat, masa itu tidak boleh diganti. Amatlah rugi jika kita membiarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkannya.
Bak kata pepatah Arab, “Masa itu ibarat pedang. Jika anda tidak memotongnya, ia akan memotong anda”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pilihan ideal, disini ada beberapa reka bentuk perabot dengan fungsi-fungsi menarik untuk inspirasi anda. Bukan sahaja menjimatkan ruang, malah kediaman anda nampak lebih cantik dan selesa.
1. Tangga dengan laci dan dan tempat penyimpanan barang.
2. Kerusi dan meja membentuk sebuah ‘menara’ setelah disusun bersama-sama.
3. Meja yang boleh menjadi bingkai gambar di ruang tamu.
4. Set pisau berlapis yang benar-benar menjimatkan ruang di dapur.
5. Meja sterika yang boleh bertukar menjadi cermin pakaian.
6. Almari barangan perhiasan yang boleh menjadi perabot hiasan di ruang tamu.
7. Meja belajar yang boleh dilipat membentuk kabinet di dinding.
8. Almari kasut yang diletakkan di bawah anak tangga.
9. Tingkap pada dinding yang boleh bertukar menjadi ampaian baju.
10. Sofa yang boleh bertukar menjadi katil yang selesa.
Sumber : Taikotai
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Perubahan dan penggantian posisi dalam mana-mana perusahaan tidak hanya berlaku di kalangan pekerja sahaja, tetapi termasuk majikan mahupun bos anda sendiri. Ia tidak mampu untuk dijangka dan boleh terjadi pada sesiapa saja. Bisa jadi majikan anda yang baru lebih baik mahupun sebaliknya. Apa pun yang berlaku, ada beberapa tip yang boleh digunakan bagi menghadapi saat-saat ini.
1- JAGA ‘ATTITUDE’
Sikap ini sewajarnya perlu dikekalkan walaupun sebanyak mana julat perubahan posisi majikan anda. Ketahuilah, majikan anda cukup berpengaruh dalam kelangsungan karier serta masa depan anda. Oleh itu, pelihara dan jagalah disiplin dan prestasi anda sebaik mungkin. Apa yang boleh anda lakukan adalah untuk sentiasa tonjolkan keupayaan anda, agar majikan baru anda rasai berbaloi untuk menerima posisi di pejabat anda bekerja itu.
2- BERSAHABAT
Tidak salah sekiranya anda mengambil inisiatif untuk mengenalinya dengan lebih lanjut. Ambillah peluang ini untuk mengenalinya lebih mendalam, di saat waktunya serius mahupun ketika santai. Anda boleh mencuri masa sedikit untuk berbual dan mengkaji serba sedikit ‘perangai’ serta do’s and dont’s dalam senarai dirinya. Ini baik untuk anda lebih berwaspada sekiranya bekerja lama di bawah pemerhatiannya.
3- TERIMA PERUBAHAN
Kesukaran untuk menerima perubahan dalam struktur organisasi pejabat terutama sekali majikan anda tentunya dihadapi apabila anda terlalu ‘attached’ dengan bos lama. Mungkin kerana terlalu rapat atau bos anda yang sebelum ini terlalu sukar untuk anda lepaskan. Ketahuilah, apa saja boleh berlaku. Apa pun, anda perlu lah bersedia untuk menerima apa saja perubahan dan cuba bersikap positif saat anda menghadapinya. Just go with the flow!
4- KURANGKAN JANGKAAN
Berbeza orang, berbeza caranya. Maksudnya di sini, corak pengurusan dan cara pemikirannya pasti sukar untuk anda adaptasi di saat-saat awal. Anda sendiri perlu kurangkan jangkaan dan harapan bos baru anda akan mengurus dan melakukan hal yang sama seperti bos anda. Pastinya, setiap orang memiliki pendekatan masing-masing. Oleh itu, bersikaplah fleksibel dan cubalah hidup dengan sistem yang baru ini.
5- AMBIL KESEMPATAN
Saranan ini tidak bermaksud untuk anda mengambil kesempatan menggunakan taktik-taktik kotor – mengipas majikan mahupun merasuahnya. Mengambil kesempatan dalam konteks ini ialah kehadiran bos baru sebenarnya memberi anda peluang untuk melangkah lebih maju. Mungkin bos lama anda tidak berupaya melihat potensi dan keupayaan anda. Dengan mengekalkan disiplin dan meningkatkan prestasi kerja anda, ia sebenarnya mampu buat anda meraih kejayaan.
6- BANDINGKAN
Membanding-bandingkan bos lama dan bos baru mungkin tidak adil. Maklumlah, masing-masing punya cara dan pembawakan tersendiri. Namun, tidak salah bagi anda membandingkan bos anda dalam sudut pandang yang positif. Pembandingan ini boleh membuartkan anda untuk sentiasa berjaga-jaga apabila ingin membuat sebarang keputusan yang melibatkan kerja anda. Tetapi ingat, jangan pula anda bandingkan dengan taktik yang kotor sehingga menimbulkan fitnah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Macam mana sebenarnya kategori lelaki yang boleh dilabelkan sebagai ‘maskulin’, adakah seperti Fahrin Ahmad? Remy Ishak atau Adi Putera. Yelah mereka ini seringkali dikategorikan dalam golongan lelaki maskulin yang menjadi rebutan kebanyakan wanita di luar sana. Untuk menjadi lelaki maskulin bukan hanya tertumpu pada susuk tubuh yang kekar semata. Wanita mengkategorikan seseorang lelaki itu maskulin berdasarkan pelbagai aspek. Tak perlu menjadi metroseksual cukup sekadar tahu menjaga dan membawa diri ketika berhadapan dengan wanita.
1. Pakaian
Perhatikan kameja kamu yang komot itu, usah manjakan diri sampai malas untuk menseterika baju itu. Dari situ wanita menilai kekemasan seseorang lelaki dalam menjaga penampilan diri mereka.
2. Cara Berjalan
Lelaki yang jalannya teratur dan tidak kelam kabut pasti akan mencuri tumpuan mata wanita yang memandang.
3. Tutur Kata
Wanita akan memberikan perhatian ketika lelaki sedang berbicara (berbanding lelaki yang tidak gemarkannya) jadi dari pertuturan yang diucap oleh lelaki, setiap satunya akan dinilai oleh wanita. Tak perlu berlagak, cukup sekadar merendah diri yang tahu apa yang dituturkan.
4. Bau
Siapa suka dengan bau busuk? Baik lelaki mahupun perempuan, sangat penting menjaga bau badan agar tidak busuk. Jika ada masalah bau badan, cepat-cepat cari jalan penyelesaiannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.