Tahulah Nasib Anda, Jika Cuba Kawal Hidup Lelaki

Share

BELUM LAGI BERKAHWIN ATAU BERTUNANG TAPI HIDUP BAGAIKAN DI DALAM PENJARA DIKAWAL SETIAP MASA. JIKA KELUAR DENGAN EMAK ATAU ADIK-BERADIK JUGA PERLU DIBERITAHU KEPADANYA.

MEMANG SATU MASALAH BESAR JUGA KALAU SECARA TIBA-TIBA TELEFON KEHABISAN BATERI ATAU TERTINGGAL DI RUMAH. BILA PULANG KE RUMAH DAN MENELITI TELEFON BIMBIT, HAMPIR 100 PANGGILAN MASUK TERPAMPANG. PEREMPUAN HARUS MENYEDARI BAHAWA TIDAK SEMUA LELAKI MAHU DIKAWAL. MEREKA PUNYA KEINGINAN SENDIRI UNTUK MELUANGKAN MASA BERSAMA TEMAN LAIN DENGAN AKTIVITI TERTENTU, BUKANNYA MENGHABISKAN MASA YANG ADA DENGAN SI ‘QUEEN CONTROL’ SAJA.

  

5 perkara lelaki ingin di sisi wanita

Terima seadanya. Perkara yang paling penting adalah anda mengetahui mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki menjadi orang lain. Jika seseorang perempuan itu mengubah personaliti teman lelaki, berkemungkinan lelaki itu tidak menyukai perempuan itu. Terima lelaki seadanya seperti mereka sudi menerima anda.


Memahami sikap lelaki. Cuba memahami sikap dan tingkah laku lelaki. Kemudian menyesuaikan sikap itu dengan diri anda. Adalah lebih baik cuba mengubahnya dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan diri anda. Asalkan tidak bertentangan dengan agama dan budaya.

Cuba memujuk. Siapalah anda untuk mengubah seseorang itu melainkan dengan kerelaan hatinya sendiri tanpa ada sebarang paksaan dan desakan daripada orang lain. Cuba dulu pada diri sendiri dengan berubah ke arah yang lebih baik lalu mengajaknya pula untuk memperbaiki diri.

Saling mempercayai. Jika anda tidak mempercayai lelaki, jangan harap lelaki akan mempercayai diri anda. Untuk membuatkan diri tidak dipercayai bukannya payah dan untuk membuatkan orang percaya kepada anda bukan mudah.

Jangan merendahkan martabat lelaki. Apabila berkahwin, lelaki adalah ketua dalam rumah tangga. Maka perempuan jangan sesekali mengecilkan hati seorang lelaki dan membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Kemudian membuatkan lelaki berdiam diri dan tertekan dengan sikap anda itu.

Published by
Kim Rahim