Tahu Tak Macam Mana Nak Cek Tayar Elok Ke Tak? Meh Maskulin Kasi Tip!

949

Tahu tak macam mana cara nak cek tayar kenderaan anda masih elok atau tidak? Kebanyakan orang tahu pakai ajer, dah rosak teruk baru gelabah nak hantar ke bengkel!

Sebenarnya sebagai pemandu atau pengguna, anda perlu cakna tentang kenderaan anda melebihi segala-galanya.

Paling kurang pun, tolong ambil tahu macam mana nak cek perkara basic ke atas kereta anda. Jangan main ‘lenjan’ ajer drive kereta tu ke hulur dan ke hilir.

Pernah tak cek tayar?

Kalau anda pergi ke bengkel tukar tayar, pernah tak anda ambil tahu kepentingan tayar ini? Bagi yang tak pernah, kali ini tolong ubah dan ambil berat sedikit.

1. Semak minggu dan tahun keluaran

Perkara pertama yang ada perlu ketahui adalah tahun keluaran tayar tersebut. Melihat gambar di atas, cuba cari angka ‘3909’. Ada jumpa?

‘3909’ merujuk kepada minggu dan tahun keluaran tayar tersebut. ‘3909’ merujuk kepada tayar tersebut dikeluarkan pada minggu ke-39 dalam tahun 2009.

Tempoh hayat sesebuah tayar itu elok digunakan adalah sehingga dua tahun daripada minggu pengeluarannya.

Berdasarkan gambar di atas, jika pada tahun 2011 barulah anda menerima tayar tersebut dan dipasang ke kenderaan anda, percayalah anda sudah ditipu.

Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingin, anda yakin mereka akan bertanggung jawab? Kebiasaannya, tidak. Mereka cuma mahu menghabiskan stok tayar lama.

2. Lubang pada bunga tayar anda masih ke dalam

Anda boleh menggunakan duit syiling atau apa-apa sahaja objek untuk mengukur ke dalaman bunga pada tayar anda.

Jika gambar di atas, penguji menggunakan duit syiling dan memasukkannya ke celahan bunga tayar.

Jika duit syiling itu tenggelam di dalam bunga tersebut, tayar anda masih boleh digunakan dan jika bunga itu sudah haus, segeralah tukar tayar kenderaan anda.

Ini kerana bunga tayar berfungsi sebagai laluan air pada musim hujan sekali gus mengelakkan kegelinciran sewaktu memandu.

Semoga dengan tip ini dapat membantu meningkatkan kefahaman tentang asas penjagaan tayar!