Kumpulan Media Karangkraf melantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) yang baharu iaitu Mohamed Izam Mohamed Yusof berkuat kuasa hari ini
Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan Kumpulan serta Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang melepaskan jawatan berkenaan bermula hari ini.
“Saya hanya akan kekal memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah serta Pengarah Urusan Kumpulan dan juga Penerbit (untuk akhbar Sinar Harian). Sementara Datuk Muhammad Nasir Hamzah akan kekal sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah,” katanya.
Selain itu, Hussamuddin turut memaklumkan bahawa Syamil Fahim Mohamed Fahim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat usahasama Karangkraf-Astro, Nu IdeAktiv Sdn Bhd (Karangkraf Digital 360 Sdn Bhd) mulai 1 Mei 2018.
“Syamil Fahim akan dibantu oleh Farah Hussamuddin yang akan memegang jawatan sebagai Chief Contents Officer (CCO),” katanya.
Mohamed Izam sebelum ini, memulakan kerjayanya sebagai juruaudit di Ernst and Young sebelum bekerja dengan anak syarikat Tabung Haji – TH Technologies dan TH Global Services selama 17 tahun.
Beliau menamatkan perkhidmatannya di anak syarikat Tabung Haji sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TH Global Services. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor selama lima tahun.
Jawatan terakhir beliau sebelum berpindah ke Kumpulan Media Karangkraf ialah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif IAP Integrated Sdn Bhd selama tiga tahun, sebuah syarikat yang mengendalikan platform berasaskan teknologi yang patuh syariah.
Sumber : Sinar Harian
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Beberapa Punca Berlakunya Kebakaran Rumah, Salah Satunya Memang Tak Sangka Langsung!
Isi Kandungan
ToggleMelihat mangsa kebakaran rumah adalah satu pemandangan yang cukup menghibakan. Kediaman yang menjadi ‘syurga’ kecil buat mereka musnah dalam sekelip mata akibat dijilat api.
Sejak kebelakangan ini banyak kes kebakaran melibatkan unit kediaman berlaku di beberapa lokasi. Selain kediaman premis perniagaan juga turut terkesan dengan tragedi bangunan terbakar dengan kes tular terbaru berlaku kepada Jakel Shah Alam.
Kebakaran merupakan satu tragedi yang amat ditakuti kerana sekali ia tercetus dan merebak, anda berisiko untuk kehilangan harta, wang ringgit serta nyawa.
Walaupun kebakaran merupakan satu kemalangan yang tidak boleh diduga, untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi, anda harus memastikan kediaman anda selamat.
Yang penting, ikuti senarai sebab kebakaran yang MASKULIN jelaskan di bawah ini. Pastikan anda pantau beberapa perkara di bawah ini terutamanya sebelum tidur pada waktu malam atau keluar dari rumah untuk mengelakkan berlakunya kebakaran.
Suis elektrik
Tutup semua suis elektrik dalam rumah anda seperti suis TV, lampu, aircond, kipas, computer dan lain-lain yang sentiasa mengalirkan elektrik. Selain menjimatkan bil elektrik, ini langkah keselamatan utama yang perlu sentiasa dipantau.
Puntung Rokok
Jangan buang punting rokok sembarangan atau bersepah-sepah. Ditakuti pada punting rokok anda itu masih ada bara yang boleh mengakibatkan kebakaran. Seeloknya, benar-benar padamkannya dan buang di tempat yang disediakan.
Percikan Api
Percikan api bukan sahaja berbahaya sewaktu bermain bunga api malah jika berlaku kebocoran gas dalam rumah, jangan sesekali gatal tangan untuk nyalakan api. Jika tidak, berapi satu rumah nanti dan anda akan menjadi mangsanya.
Mercun
Kes kebakaran yang melibatkan mercun bukanlah tidak pernah terjadi malah orang-orang tua pun sudah sampai penat nak melarang. Pada musim perayaan, pasti akan ada berita rumah terbakar bermula dari letupan mercun sebelum ia merebak.
Palam Pengecas Telefon
Ramai yang suka mengecas telefon sewaktu tidur. Jika bateri tiba-tiba rosak, ia ada potensi untuk meletup dan mengakibatkan kebakaran. Nasihat untuk mengelakkan perkara ini, sila tutup telefon untuk mengecas pada waktu malam dan tutup suis setelah penuh.
Ubat Nyamyuk, Lilin Atau Colok
Sebelum tidur, jika anda memasang lingkaran ubat nyamuk, pastikan ia dialas dengan bahan yang tidak mudah terbakar. Jangan letak kertas sebagai pelapiknya. Begitu juga lilin, ada baiknya padamkan sebelum tidur.
Tong Gas Atau Dapur Gas
Sama seperti info di atas, jika rumah berbau seperti gas, jangan buang masa untuk Google buat carian ‘Bagaimana bau gas yang sebenar?’. Itu memang adalah bau gas. Terus buka pintu dan tingkap untuk aliran pengudaraan dan cabut kepala gas yang terpasang pada tong. Jangan mengada-ngada nak buka dapur gas ketika itu.
Mancis
Memang seronok bermain dengan api. Lebih-lebih lagi mancis. Tetapi ingat, sekali ia terpercik atau terjatuh ke tempat mudah terbakar seperti permaidani, kalau lambat dipadamkan, ia boleh merebak.
Semoga kehidupan kita semua terus diindungi dari sebarang bencana seperti kebakaran.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Penuh Jerawat Di Dahi? Jangan Tekan Nanti Cepat Merebak
JERAWAT DI DAHI
Jerawat di dahi biasanya dikaitkan dengan masalah dalam sistem pencernaan.
Ini mungkin menunjukkan kita mengalami kesulitan dalam menghadam makanan tertentu.
- Ia juga boleh menandakan kita mengalami
- Masalah hati
- Tekanan
- Jadual tidur yang tidak teratur
Dahi adalah salah satu kawasan paling biasa di mana jerawat batu muncul dan menyebabkan rasa tak selesa yang amat sangat.
PUNCA JERAWAT DI DAHI?
Jerawat di kawasan dahi boleh berlaku kerana beberapa sebab, di bawah ini disenaraikan punca tersebut.
1.PRODUK KOSMETIK YANG KURANG SESUAI.
Jerawat di dahi boleh berlaku disebabkan oleh solekan atau syampoo rambut tertentu yang mungkin tidak sesuai dengan kita.
Bahan kimia dari dalam syampu atau losyen tertentu boleh meleleh dari rambut kita semasa digunakan & terkena kulit di kawasan dahi.
Ini akan merengsakan kulit dahi yang sensitif & mengakibatkan pori / liang roma tersummbat yang akhirnya menyebabkan masalah jerawat.
2. KULIT KEPALA BERMINYAK & MASALAH KELEMUMUR.
Kelemumur dan minyak berlebihan di kulit kepada hasil dari peluh boleh menyumbat liang liang roma kulit & menyebabkan jerawat batu. Kelemumur adalah salah satu penyebab paling biasa masalah jerawat dahi. Lelaki dan wanita yang mempunyai kulit kepala berminyak juga terdedah kepada jerawat di dahi, dada atas dan bahagian belakang badan.
3. TERLALU BERLEBIHAN DALAM MENGELUPAS KULIT MATI.
Kita memang di galakkan untuk melakukan proses pengelupasan menggunakan produk skincare seperti toner dan sebagainya. Tetapi biarlah secara sederhana.
Pengelupasan memang akan membantu dalam menghilangkan sel kulit mati dari permukaan kulit yang akan menyumbat liang roma & menyebabkan jerawat batu.Tetapi, jika dilakukan secara berlebihan boleh menyebabkan jerawat dan kerengsaan pada kulit.
SO, HOW NAK HILANGKAN JERAWAT DI DAHI?
- AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT!
Antara cara terbaik untuk menghilangkan jerawat, kawal apa yang kita makan sebaiknya.
- Pastikan kita sentiasa makan makanan seimbang yang kaya serat. Makanan seperti buah-buahan & sayur-sayuran berdaun hijau bukan saja kaya khasiat, malah sangat baik untuk kesihatan kulit.
- Elakkan makanan yang mempunyai no indeks glisemik tinggi iaitu makanan yang kaya gula. Makanan indeks glisemik tinggi seperti kek, roti putih meningkatkan tahap gula darah dan menggalakkan jerawat
- Pastikan kita minum air kosong secukupnya.
- Kurangkan pengambilan makanan berasid.
- Berhenti merokok.
- Jangan minum minuman beralkohol. Arak itu haram untuk orang Islam.
- Amalkan makan yang kaya serat untuk detoks toksin dalam badan & membantu sistem penghadaman yang lebih sihat.
- REHAT DAN LAKUKAN SENAMAN SECARA BERDISIPLIN.
Rehat dan senaman yang mencukupi merupakan dua cara hidup yang mudah untuk diamalkan jika kita ingin menghilangkan dan mencegah jerawat. Senaman akan mengurangkan tahap hormon kortisol yang menyebabkan tekanan & badan kita akan menghasilkan hormon endorfin yang akan menenangkan fikiran.
- JAGA KEBERSIHAN DIRI.
Islam itu agama kebersihan, bukankah kebersihan itu separuh daripada iman? Kita di galakkan bersugi setiap kali sebelum solat.
Amalan menjaga kebersihan sangat membantu dalam mengelakkan masalah jerawat.
Pastikan kita sentiasa membersihkan kulit dengan baik untuk mengurangkan pembentukan minyak / sebum yang akan menyumbat liang roma kulit kita.
Pembentukan minyak akan cenderung untuk memerangkap bakteria dan menggalakkan pembentukan jerawat. Kita juga boleh kerap mengamalkan produk skincare yang bagus untuk mengelupas (exfoliate) kulit.
Ini akan membantu menghilangkan kulit mati di permukaan kulit yang akan menyebabkan pori tersumbat & menyebabkan jerawat.
- JANGAN SESEKALI TEKAN JERAWAT.
Jangan tekan jerawat kerana ini akan memburukkan lagi pelarian, menyebabkan tanda parut atau jangkitan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Betulkan Niat Sertai “Geng Subuh Macam Jumaat”, Rugi Jika Tidak Berterusan- Dr Kamilin Jamilin
Isi Kandungan
ToggleKempen Geng Subuh Macam Jumaat yang dicetuskan oleh selebriti, Alif Satar telah mencetuskan fenomena apabila masjid-masjid di seluruh Malaysia sudah mula dipenuhi Jemaah pada waktu Subuh.
Bukan sahaja di Malaysia, negara-negara jiran juga turut terpanggil untuk turut serta dalam kempen yang baik ini.
Bagaimanapun, penting untuk kita sentiasa beringat untuk memperbetulkan niat melaksanakan ibadah ini agar ianya mampu bertahan sebagai rutin harian kita.
Pendakwah dan pensyarah Fakulti Pengajian al Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Kamilin Jamilin tampil memberi peringatan mesra terhadap semua yang menyertai kempen ini.
Menerusi hantaran video di laman media sosialnya, Dr Kamilin meluahkan kebimbangan yang fenomena ini tidak akan berkekalan jika dilakukan dengan niat yang salah.
@drkamilinjamilin 💡 NASIHAT PENTING Geng Subuh Macam Jumaat~ #Muhasabah #fyp ♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin
“Bila kita bangun solat atau buat apa-apa ibadah sekalipun, betulkan niat.
“Kita pergi surau atau masjid semata-mata kerana Allah, bukan sebab nak jumpa selebriti atau ada jamuan kambing ke atau tengah viral,” pesan Dr Kamilin.
Tanpa tarikan-tarikan sedemikian, orang ramai tidak akan mahu untuk melakukan ibadah yang sepatutnya menjadi tujuan utama, jelasnya.
Ganjaran Sebenar Solat Subuh Di Masjid
Pesannya lagi, letakkanlah ganjaran besar yang dijanjikan oleh Allah dalam melakukan apa jua ibadah.
“Bangun, pergi, solat, sebab nak dapat ganjaran super duper besar yang Allah janji nak bagi.
“Ganjaran berjalan ke masjid dalam gelap, ganjaran dua rakaat Fajar, ganjaran Tahiyatul Masjid, zikir, silaturahim dan macam-macam lagi. Itu yang kita nak! Itu first yang kita kena letak atas kepala”.
Takkan Istiqamah Tanpa Ikhas
Beliau bimbang dengan semangat rakyat Malaysia yang ada ‘pasang surutnya’.
“Kita risau orang Malaysia ni jenis bermusim. Time tengah viral, semangat semua. Boleh tengoklah macam-macam isu kan? Kejap nanti, surut balik.
“Sangat rugi macam tu. Kalau boleh, biarlah kita isitiqamah sampailah kita pejamkan mata nanti. Biarlah dapat lima waktu berjemaah sampai mati,” tambahnya.
Oleh itu, Dr Kamilin menegaskan betapa pentingnya keikhlasan untuk istiqamah dalam apa jua perkara.
“Dengar sini baik-baik, kita takkan mampu istiqamah tanpa ikhlas.
“Bak kata Imam Malik, apa yang dibuat kerana Allah, untuk Allah, itulah yang akan berterusan”.
“Boleh Pun Bangun Kalau Nak”
Bagaimanapun, beliau tetap kagum dan memuji inisiatif Geng Subuh Macam Jumaat ini dan mendoakan agar semua yang menyertainya terus istiqamah.
“Memang amazing! Banyak masjid yang penuh luar biasa Subuh. Moga terus barakah dan istiqamah.Susah nak nampak sebelum ini
“Boleh pun bangun kalau nak, itulah pengajarannya,” ujarnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI