Tahi Lalat Risiko Kanser?

3758

Apa itu Tahi lalat atipikal?

Tahi lalat atipikal adalah tahi lalat benigna (bukan kanser) tetapi kelihatan luar biasa, juga dikenali sebagai ‘dysplastic nevi’ .

Tahi lalat atipikal boleh menyerupai melanoma (sejenis kanser kulit) , dan meningkatkan risiko anda untuk terkena kanser tersebut pada tahi lalat atau mana-mana bahagian tubuh badan. Lebih banyak bilangan tahi lalat yang dimiliki, lebih tinggi risikonya . Mereka yang mempunyai 10 atau lebih tahi lalat , memiliki risiko untuk terkena melanoma sebanyak 12 kali ganda berbanding masyarakat umum yan

 

 

Punca

Apakah punca Tahi lalat atipikal?

Sel-sel kulit yang menghasilkan pigmen (melanosit) kadangkala berkumpul bersama untuk menghasilkan tahi lalat. Melanosit boleh menghasilkan tahi lalat abnormal yang dipanggil tahi lalat atipikal atau “dysplastic nevi”.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Tahi lalat atipikal?

Lazimnya, tahi lalat atipikal berpunca daripada kulit yang selalu terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga cenderung untuk diwarisi turun temurun, terutamanya bagi Caucasians: 2-8 percent Caucasians memiliki tahi lalat ini.

Anda mesti berjaga-jaga sekirannya memiliki tahi lalat atipikal dan pada masa yang sama, mempunyai faktor-faktor risiko untuk melanoma seperti berikut:

  • Kulit, rambut dan mata yang cerah
  • Jeragat
  • Tahi lalat yang banyak
  • Sejarah peribadi dan keluarga berkaitan dengan melanoma atau kanser kulit bukan melanoma
  • Sensitif pada cahaya matahari
  • Ketidakupayaan untuk berjemur
  • Terkena selaran matahari berulang kali
  • Lahir dengan tahi lalat yang besar

Bagaimana pesakit Tahi lalat atipikal didiagnosis?

Tahi lalat yang normal adalah bintik-bintik perang kecil atau ketumbuhan pada kulit yang muncul dalam dekad pertama kehidupan dan berlaku hampir kepada semua orang. Ia boleh kelihatan rata atau terbenjol dan selalunya berbentuk bulat dan sekata. Kebanyakannya disebabkan oleh kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.

Melanoma, salah satu jenis kanser kulit yang merbahaya,selalunya muncul sebagai bintik/tompokan yang tidak simetri, sempadan yang tidak sekata , warna yang pelbagai atau tompokan yang berterusan membesar.Ia mungkin bermula dengan tompokan yang rata dan kemudian menjadi lebih berbenjol. Salah satu jenis melanoma yang jarang berlaku iaitu amelanotik (melanoma yang tidak mengandungi sebarang pigmen) mempunyai warna yang berbeza dengan melanoma jenis lain. Ia mungkin berwarna merah jambu, merah,  sama dengan warna kulit atau lain-lain warna,membuatkan ia sukar untuk dikenalpasti.

Kadangkala, sukar untuk membezakan  diantara tahi lalat atipikal dan melanoma peringkat permulaan (sesetengah melanoma bermula dengan tahi lalat atipikal). Mengetahui peringkat/tahap ciri-ciri atipikal pada tahi lalat membantu untuk mengenalpasti samada ia tidak merbahaya, berisiko sederhana atau tinggi untuk bertukar kepada melanoma.Kebanyakan doktor akan memeriksa tahi lalat tersebut dengan dermoskop, sejenis alat kanta pembesar yang membenarkan doktor untuk melihat struktur dalaman kulit dan warna yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Doktor juga barangkali akan memotong keseluruhan atau sebahagian tahi lalat untuk dihantar ke makmal dan diperiksa.

Bagaimana pesakit Tahi lalat atipikal dirawat?

Sekiranya doktor mengesahkan tahi lalat tersebut sebagai atipikal atau terdapat tahi lalat baru yang muncul selepas umur 40 tahun, barangkali doktor akan menjalankan biopsi dengan memotong/mengambil keseluruhan atau sebahagian tahi lalat untuk diperiksa menggunakan mikroskop.

Sesetengah doktor berpendapat, hampir semua tahi lalat atipikal berisiko untuk bertukar menjadi melanoma dan patut dibuang sepenuhnya, tetapi ada sebahagian lain berpendapat untuk membuang tahi lalat yang berisiko tinggi sahaja. Apa pun pilihannya, pemantauan secara berkala sangat penting bagi tahi lalat atipikal supaya sekiranya terdapat sebarang perrubahan, ia boleh dikesan dan  dirawat seawal mungkin.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Tahi lalat atipikal?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi tahi lalat atipikal :

  • Memakai pelindung cahaya matahari yang rapi
  • Melakukan pemeriksaan sendiri daripada hujung kaki ke kepala setiap bulan
  • Dapatkan khidmat pakar untuk pemeriksaan berkala

Sesiapa sahaja terutamanya yang berisiko tinggi untuk mendapat melanoma,  harus melakukan perkara berikut:

  • Memeriksa kulit badan sepenuhnya setiap bulan,menggunakan cermin di bawah pencahayaan yang baik untuk membantu anda melihat setiap sudut tubuh badan. Minta bantuan daripada ahli keluarga atau kawan untuk memeriksa bahagian belakang dan bahagian-bahagian yang sukar untuk dilihat sendiri. Pengering rambut boleh membantu sewaktu memeriksa kulit kepala. Jangan lupa untuk memeriksa tapak kaki dan celah jari kaki.
  • Dapatkan bantuan perubatan sekiranya anda menemui sebarang tanda amaran melanoma. Tunjukkan pada doktor anda tahi lalat yang mempunyai tanda, simptom atau perubahan tersebut. Jadualkan pemeriksaan keseluruhan kulit tubuh dengan doktor sekali setiap tahun atau lebih kerap lagi sekiranya terdapat perubahan pada tahi lalat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

SUMBER : https://hellodoktor.com/

Oleh : Muhammad Zofir Wajdi