Tahi lalat atipikal adalah tahi lalat benigna (bukan kanser) tetapi kelihatan luar biasa, juga dikenali sebagai ‘dysplastic nevi’ .
Tahi lalat atipikal boleh menyerupai melanoma (sejenis kanser kulit) , dan meningkatkan risiko anda untuk terkena kanser tersebut pada tahi lalat atau mana-mana bahagian tubuh badan. Lebih banyak bilangan tahi lalat yang dimiliki, lebih tinggi risikonya . Mereka yang mempunyai 10 atau lebih tahi lalat , memiliki risiko untuk terkena melanoma sebanyak 12 kali ganda berbanding masyarakat umum yan
Punca
Apakah punca Tahi lalat atipikal?
Sel-sel kulit yang menghasilkan pigmen (melanosit) kadangkala berkumpul bersama untuk menghasilkan tahi lalat. Melanosit boleh menghasilkan tahi lalat abnormal yang dipanggil tahi lalat atipikal atau “dysplastic nevi”.
Faktor-faktor Risiko
Ads
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Tahi lalat atipikal?
Lazimnya, tahi lalat atipikal berpunca daripada kulit yang selalu terdedah kepada cahaya matahari. Ia juga cenderung untuk diwarisi turun temurun, terutamanya bagi Caucasians: 2-8 percent Caucasians memiliki tahi lalat ini.
Anda mesti berjaga-jaga sekirannya memiliki tahi lalat atipikal dan pada masa yang sama, mempunyai faktor-faktor risiko untuk melanoma seperti berikut:
Kulit, rambut dan mata yang cerah
Jeragat
Tahi lalat yang banyak
Sejarah peribadi dan keluarga berkaitan dengan melanoma atau kanser kulit bukan melanoma
Tahi lalat yang normal adalah bintik-bintik perang kecil atau ketumbuhan pada kulit yang muncul dalam dekad pertama kehidupan dan berlaku hampir kepada semua orang. Ia boleh kelihatan rata atau terbenjol dan selalunya berbentuk bulat dan sekata. Kebanyakannya disebabkan oleh kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.
Ads
Melanoma, salah satu jenis kanser kulit yang merbahaya,selalunya muncul sebagai bintik/tompokan yang tidak simetri, sempadan yang tidak sekata , warna yang pelbagai atau tompokan yang berterusan membesar.Ia mungkin bermula dengan tompokan yang rata dan kemudian menjadi lebih berbenjol. Salah satu jenis melanoma yang jarang berlaku iaitu amelanotik (melanoma yang tidak mengandungi sebarang pigmen) mempunyai warna yang berbeza dengan melanoma jenis lain. Ia mungkin berwarna merah jambu, merah, sama dengan warna kulit atau lain-lain warna,membuatkan ia sukar untuk dikenalpasti.
Kadangkala, sukar untuk membezakan diantara tahi lalat atipikal dan melanoma peringkat permulaan (sesetengah melanoma bermula dengan tahi lalat atipikal). Mengetahui peringkat/tahap ciri-ciri atipikal pada tahi lalat membantu untuk mengenalpasti samada ia tidak merbahaya, berisiko sederhana atau tinggi untuk bertukar kepada melanoma.Kebanyakan doktor akan memeriksa tahi lalat tersebut dengan dermoskop, sejenis alat kanta pembesar yang membenarkan doktor untuk melihat struktur dalaman kulit dan warna yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Doktor juga barangkali akan memotong keseluruhan atau sebahagian tahi lalat untuk dihantar ke makmal dan diperiksa.
Bagaimana pesakit Tahi lalat atipikal dirawat?
Sekiranya doktor mengesahkan tahi lalat tersebut sebagai atipikal atau terdapat tahi lalat baru yang muncul selepas umur 40 tahun, barangkali doktor akan menjalankan biopsi dengan memotong/mengambil keseluruhan atau sebahagian tahi lalat untuk diperiksa menggunakan mikroskop.
Sesetengah doktor berpendapat, hampir semua tahi lalat atipikal berisiko untuk bertukar menjadi melanoma dan patut dibuang sepenuhnya, tetapi ada sebahagian lain berpendapat untuk membuang tahi lalat yang berisiko tinggi sahaja. Apa pun pilihannya, pemantauan secara berkala sangat penting bagi tahi lalat atipikal supaya sekiranya terdapat sebarang perrubahan, ia boleh dikesan dan dirawat seawal mungkin.
Ads
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Tahi lalat atipikal?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi tahi lalat atipikal :
Memakai pelindung cahaya matahari yang rapi
Melakukan pemeriksaan sendiri daripada hujung kaki ke kepala setiap bulan
Dapatkan khidmat pakar untuk pemeriksaan berkala
Sesiapa sahaja terutamanya yang berisiko tinggi untuk mendapat melanoma, harus melakukan perkara berikut:
Memeriksa kulit badan sepenuhnya setiap bulan,menggunakan cermin di bawah pencahayaan yang baik untuk membantu anda melihat setiap sudut tubuh badan. Minta bantuan daripada ahli keluarga atau kawan untuk memeriksa bahagian belakang dan bahagian-bahagian yang sukar untuk dilihat sendiri. Pengering rambut boleh membantu sewaktu memeriksa kulit kepala. Jangan lupa untuk memeriksa tapak kaki dan celah jari kaki.
Dapatkan bantuan perubatan sekiranya anda menemui sebarang tanda amaran melanoma. Tunjukkan pada doktor anda tahi lalat yang mempunyai tanda, simptom atau perubahan tersebut. Jadualkan pemeriksaan keseluruhan kulit tubuh dengan doktor sekali setiap tahun atau lebih kerap lagi sekiranya terdapat perubahan pada tahi lalat.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
SUMBER : https://hellodoktor.com/
Oleh : Muhammad Zofir Wajdi
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sekiranya anda berpasangan dengan lebih daripada seorang, ada baiknya anda jangan mendedahkan perkara ini kepada sesiapa. Dengan mengunci mulut, anda sendiri bebas untuk menduga mana satu yang lebih dekat dalam hati anda. Namun, anda disarankan untuk berwaspada dalam ‘permainan’ ini. Perlu bijak bermain dengan trik dan helah, agar tembelang tidak pecah.
2) ISYTIHARKAN PERHUBUNGAN? TUNGGU DULU…
Niat bukan untuk mempermainkan, cuma ingin menyelidiki jiwa calon-calon pasangan anda. Oleh itu, untuk mengelakkan permasalahan yang mungkin timbul di kemudian hari, ada baiknya anda tidak mengisytiharkan mana-mana hubungan.
Sebaiknya, berterus teranglah kepada mereka mengatakan anda berdua kini di dalam fasa selamat iaitu berkawan rapat dan tidak lebih dari itu. Minta pada calon-calon anda untuk berikan anda masa untuk berfikir. Logiknya,anda sendiri boleh menduga kesabaran serta kesetiaan mereka, betul tak?
3) UJI DI HARI TEMU JANJI
Melayari temu janji berdua adalah momen penting dalam mana-mana perhubungan. Oleh itu, ambil masa dan uji kesepadanan antara anda berdua dan mula bandingkan si dia dengan calon-calon yang lain. Pada masa yang sama, anda boleh bersikap jujur dan tanyakan kepada dia jika dia setuju atau tidak anda berkawan rapat dengan yang lain. Amati akal dan lihat reaksinya.
4) TONJOLKAN KEKURANGAN ANDA
Ya, trik ini mungkin dianggap mencabar namun tidak salah dalam memilih pasangan di samping menguji kekuatan cintanya kepada anda. Sekali sekala ‘hidupkan sisi gelap anda dan lakonkannya secara asli di matanya’. Lihat sama ada mereka mampu kekal bertahan melayan, menerimanya atau tidak. Jika ada yang masih sudi dan sanggup bertahan dengan cela anda, mungkin dialah pilihan terbaik
5) ENJOY SAJA
Melibatkan diri dalam perhubungan lebih daripada satu mungkin mencabar. Ia bukan sahaja melibatkan pasangan tetapi memberi kesan pada emosi anda. Oleh itu, disarankan untuk menikmati sahaja perhubungan yang terbina dengan ceria.
Jangan terlalu berharap tinggi akan setiap perhubungan yang dijalin. Sebaiknya elakkan daripada melukakan mana-mana perasaan. Jika sudah ketemu pilihan, tamatkan dengan yang lain secara berhemah dan berperasaan.
Sekali sekala ‘hidupkan sisi gelap anda dan lakonkannya secara asli di matanya’. Lihat sama ada mereka mampu kekal bertahan melayan, menerimanya atau tidak. Jika ada yang masih sudi dan sanggup bertahan dengan cela anda, mungkin dialah pilihan terbaik
Wabak COVID-19 telah menjadi krisis global yang telah memberikan kesan yang sangat luar biasa terhadap kesihatan, ekonomi dan juga pelbagai industri.
Kebanyakan negara telah menjalankan perintah kawalan pergerakan atau lockdown bagi menghentikan penularan wabak ini menjadi lebih teruk.
Begitu juga dengan negara kita yang pada satu ketika mencatatkan jumlah kes yang paling tinggi di Asia Tenggara dan menjadi antara negara kes paling tinggi di Asia.
Namun dengan tindakan pantas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara bersama pelbagai agensi kerajaan serta bantuan dari NGO telah menyaksikan penularan ini telah dapat dikawal.
Dedikasi luar biasa daripada frontliners negara yang tidak pernah kenal erti penat dan putus asa juga menjadi salah satu punca mengapa negara kita dianggap sebagai yang terbaik dalam menangani wabak maut ini.
Dan perkara ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat global. Seorang YouTubers luar negara menerusi chanel miliknya, Other Side of the Truth berkongsi sebuah video bagaimana negara kita telah melakukan apa yang dianggap mustahil.
Menerusi video berdurasi 5:06 tersebut Malaysia digambarkan sebuah negara yang telah melakukan sesuatu yang mustahil menjadi realiti.
Pada permulaan video dia menjelaskan ketika mula dilanda wabak COVID-19, Malaysia turut berdepan krisis politik.
Namun jelasnya lagi usah memperkecilkan kuasa rakyat Malaysia untuk menangani pandemik COVID-19. Ini juga merupakan video susulan daripada terdahulu yang berjudul ‘Malaysia Coronavirus Incredible Success Story’.
Dia telah menyenaraikan 15 perkara yang dilakukan oleh negara kita yang dianggap mustahil.
1. Bantuan derma dan sukarelawan dari NGO
2. Doktor terbaik – Dr Noor Hosham muncul sebagai figura penting dengan perwatakan tenang dan juga dinaggap antara doktor terbaik tangani COVID-19.
3. Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. Baginya menjayakan perintah ini memerlukan kerjasama banyak pihak serta tahap kepatuhan rakyat yang tinggi.
4. Sukarelawan secara tidak langsung yang terdiri daripada orang ramai sendiri.
5. Membina hospital sementara di MAEPS dalam masa 3 hari sahaja.
6. Kluster tabgligh yang sangat patuh dan sedia menjalankan ujian saringan.
7. Bank yang memberikan moratorium sehingga 6 bulan kepada pelanggan agar dapat meringankan beban.
8. Universiti yang membenarkan pelajar tinggal di kampus dan diberikan bekalan makanan percuma.
9. Pengenalan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat oleh kerajaan yang membantu pelbagai pihak.
10. Ketika berada di puncak krisis ahli politik meletakkan perbezaan ke tepi bagi sama-sama berganding bahu melawan COVID-19.
11. Perlindungan yang baik kepada golongan gelandangan dan juga pekerja asing.
12. Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara diberikan penginapan selesa dan makanan percuma sepanjang tempoh kuarantin selama dua minggu.
13. Sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada barisan hadapan.
14. Pereka fesyen, banduan, pelajar kolej dan orang awam yang tampil ke depan untuk membantu menghasilkan PPE kepada barisan hadapan.
15. Tahap kerjasama di peringkat nasional pada paras yang tinggi dan luar biasa.
Itulah 15 sebab mengapa Malaysia berjaya melakukan apa yang dianggap mustahi oleh banyak negara.
Di ruangan komen pula ramai warganet dari Malaysia melahirkan rasa bangga dan bersyukur kerana dilahirkan sebagai anak Malaysia. Setakat artikel ini ditulis video tersebut telah mencatatkan kira-kira 73 ribu views.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan semua dapat apa yang diidamkan dalam soal kerjaya impian. Bahkan ada yang menyerah awal di pertengahan. Namun tahukah anda, berdasarkan kajian telegraph.com menyatakan, barangsiapa yang sering merantau dan mengembara, merekalah sebenarnya pekerja yang wajar ditabik dan dicontohi. Apa benar dakwaan ini. Here is the reason why!
1- KOMUNIKASI
Bagi mereka yang selalu mengembara ke negara-negara asing pasti selalu bertemu dengan orang yang baru. Orang asing pastinya memiliki personaliti yang berbeza dan sukar untuk kita fahami. Namun ia boleh melatih kita untuk cuba menyesuaikan diri dengan sikap dan personaliti tersebut agar memudahkan dari segi aspek komunikasi, pergaulan, komunikasi korporat dan sebagainya. Percayalah, hal ini juga akan terbawa ke dunia kerjaya dan boleh diaplikasikan nanti.
2- MUDAH BERADAPTASI
Apabila seseorang selalu merantau jauh, pengalaman yang dikutip pastinya berharga tambahan pula apabila melibatkan suasana yang baru dan unik. Dengan pengalaman pengembaraan, kamu akan mempelajari dengan yakin untuk beradaptasi dengan apa jua situasi, tidak kira ianya janggal atau sukar untuk kamu fahami. Dan setiap kali timbulnya konflik mahupun perbalahan, pastinya kamu akan dapat mengatasinya dengan mudah.
3- PENGURUSAN MASA
Dengan bebanan kerja yang tidak tertanggung, di samping waktu yang semakin suntuk, sesiapa saja boleh mengalami tekanan. Namun tidak bagi mereka yang sentiasa mengembara ke negara orang. Mereka kebiasaanya akan terbiasa melatih diri untuk mengatur perjalananya agar tidak tersasar dari plan asal. Ya, hal ini amat penting dan cukup bagus untuk diamalkan di tempat kerja nanti. Tidaklah nanti aka nada kerja yang terbabas deadline, mahupun hadir lewat ke mesyuarat.
4- LEBIH TERSUSUN
Selain dari aspek pengurusan masa, buat mereka yang selalu mengambara pastinya punya habit dalam memastikan semuanya tersusun mengikut kedudukan dan kepentingan. Dari pemilihan pakaian untuk mengembara hinggalah keperluan asas ke sana. Semuanya sudah diatur lengkap. Sekiranya anda bijak mengaturnya, pastinya anda tiada masalah mengatur kerja dan tugasan harian nanti.
5- MENINGKATKAN KREATIVITI
Benarkah pengembara lebih kreatif dari aspek idea dan produktiviti. Ya kami semestinya tidak menolak dakwaan ini. Pastinya perkara baru akan dialami saat anda mengembara dan tentunya ia akan melatih kita untuk berfikir di luar kotak. Makanya, di saat kita aplikasikan pengalaman anda ini, kita akan lebih selesa, yakin dan terbuka untuk menyampaikan apa saja bentuk idea dan cadangan bagi meningkatkan penguasaan kita dalam bidang yang diceburi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.