Tidak dinafikan, tahi burung yang melekat pada kereta bukan sahaja menjijikkan, malah boleh merosakkan cat kereta jika dibiarkan terlalu lama.
Tahi burung mengandungi asid yang kuat dan bahan kimia lain yang boleh menyebabkan cat kereta mengelupas dan meninggalkan kesan yang sukar dihilangkan. Oleh itu, adalah penting untuk bertindak segera apabila ternampak tahi burung pada kereta anda.
Jika dibiarkan ia sebenarnya akan menghakis clear coat iaitu lapisan yang melindungi cat kereka. Jika dibiarkan ia akan menyebabkan kereta Nampak kusam dan rosak. Perkara ini dijelaskan oleh Armada Autowork.
“Tahi burung bersifat asid dengan pH antara 3-4.5 dan mempunyai lapisan sampang atau lakuer (lacquer) yang mengembang dan mengeras di sekeliling najis burung.
“Apabila najis burung tidak dicuci dan mengeras pada kereta, lama kelamaan ia akan menghakis clear coat (lapisan yang melindungi cat kereta). Jika terus dibiarkan ia mampu meresap dan menjadi sebati dengan cat kereta. Sebatian itu akan menjadikan cat kereta nampak kusam dan tidak berkilat.”
Buat langkah ini terus
Bagi memastikan masalah ini tak menjejaskan cat kereta, berikut adalah perkara yang perlu dilakukan sekiranya mendapati ada najis burung jatuh di atas kereta.
1. Cepat cuci sekiranya kereta anda terkena najis burung.
2. Jika najis tersebut telah mengeras, jiruskan dengan air terlebih dahulu dan biarkan ia lembut dalam masa 4-6 minit.
3. Kemudian gosok perlahan-lahan menggunakan kain yang sesuai. Jangan gosok terlalu kuat kerana ia berisiko mencalarkan kereta.
4. Sekiranya kesan najis burung tersebut masih tidak hilang, bahagian tersebut perlu dipolish oleh pihak yang mahir.
BACA LAGI : Kereta Lama Lebih 15 Tahun Perlu Lebih Perhatian, Terutama Enam Perkara Ini
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
22 Tip Penjagaan Motosikal Yang Lelaki Perlu ‘Tengok Balik’ Sebelum Hujung Bulan
Cara jaga motosikal adalah perkara yang paling mudah sekali. Cuma perlu jaga minyak hitam, plug, oil filter, spoket rantai, tayar dan sebagainya.
Mahal atau murah terpulang, tetapi kalau nak rasa sedap semasa menunggang motosikal, belilah yang elok, berkualiti dan tahan lama.
Menurut Jenal Motor Wakaf Stan menerusi satu perkongsiannya di laman Minyak Pelincir Shell, antara perkara asas yang wajib diservis apabila sampai waktunya adalah tayar.
Berikut adalah beberapa panduan secara lengkap untuk lelaki dan perempuan yang sering menggunakan motosikal manfaatkannya:
1) Servis Minyak Hitam (4T)
Sebenarnya penjagaan Motorsikal Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan Scooter, penyelenggaraannya mudah cuma tukar minyak hitamnya aje. Minyak pelincir bagi kebanyakan motorsikal pastikan ditukar puratanya setiap 5,000 – 6,000 kilometer seperti dicadangkan pengeluar.Sekiranya anda jarang menggunakan motosikal dan ia belum mencapai 5,000 km dalam masa enam bulan, tukarlah minyak pelincir bagi mengelakkan minyak hitam tu tak likat (cair).
a) Kalau Honda 135LC, 125z, RXZ, EX-5 dan Honda Wave tukar minyak pelincir kebanyakkan nya purata setiap 5,000 km hingga 6,000 km.
b) Kalau guna motor scooter penukaran minyak hitam mengikut Jarak yang dicadangkan pengeluar ialah 4,000-5,000 km.
2) Penjagaan Minyak 4T
Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang mahupun scooter sekali pun, penjagaan minyak 4T itu penting tetapi jenis-jenis minyak pelincir terpulang atas individu berdasarkan bajet yang ada sebagai contoh Shell VSX, AGIP, Castrol GOLD POWER 1, MOTUL. Pemilihan minyak hitam bergantung kepada perjalanan. biasanya perbezaan 4t ni akan terasa bile kita buat penukaran gear, ride long distance (enjin panas), time enjin sejuk (start pagi), kelancaran bila ride dalam speed maintain samada laju @ slow (smoothing) dan pada pick up/top enjin korang.
-Sintetik contoh sae 10w-40, 5w-40
-Mineral base contoh 20w-50 dan 20w-40.
Minyak hitam syorkan : shell VSX (kalau just main dalam bandar) shell sx (long distance)..(pasai VSX cepat kering kalau nak long distance ) elak guna minyak yg cair macam VSX atau sebagainye jika nak buat long journey.
3) Servis Oil Filter
Bagi Motorsikal yang ada oil filter contohnya Yamaha 135 LC .. Oil Filter ikut manual 1200km atau setahun..dan ada orang buat 2-3 kali lepas tukar minyak enjin 4t tukar oil filter sekali. senang ajer nak tukar oil filter ni.. ada 3 nut saiz 8 oil filter bawah sebelah kanan enjin(cover clutch)
4) Penjagaan Minyak 2T
Bagi Motorsikal 2 lejang sahaja contohnya RXZ, 125z, kalau boleh guna 2T berkualiti tinggi biar senang bakar, dan throttle rasa ringan.kena jaga minyak 2t jangan sampai habis bagi memastikan ketahanan terhadap kepanasan enjin. perlu dipastikan bahawa saluran 2T tidak tersekat. Cuba tengok asap kalau keluar banyak mungkin 2t terlebih dan cuba elakkan memasukkan minyak 2T dlm tangki petrol kerana ini akan menyebabkan lebihan 2T semasa pembakaran nanti.
5) Servis Spark Plug
Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan scooter pula perlu ditukar setiap 10,000 km atau kalau mula miss fire meletup-letop motorsikal tu hidup mati. Periksa warna plug? dari situ kita leh tahu setting carb dah ok ke tidak. Check spark plug dia, hitam legam atau bersih? kalau hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna, lagi satu tolong periksa coil api atau coil magnet kadang start macam nak giler payah nak hidup.
Kalau tak kuat api memang ler payah nak hidup motor tu sebabnya api tak kluar kat plug. Spark Plug kalau boleh cuba yang performance punye NGK ‘G’ POWER, NGK’R’, DENSO biasanya yang mahal sikit dari standard biasa punya yang murah tu, pasti sedikit berbeza dari segi performancenye. Spark plug selalu orang guna NGK”R”, kalau nak power irridium spark plug.
6) Servis Karburator
Bagi penguna Motorsikal, setiap 10,000km disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk. Servis carburator Motor kalau kuat makan minyak ( tengok lah gaya ko bawak motor macam mana) silalah servis balik carburator motor korang tu, mane tau tersumbat.
7) Servis Air Filter
Bagi Motorsikal jenis Scooter dan kebiasaannya Yamaha 135LC. perkara penting adalah penjagaan air filter ( penapis Udara) Lakukan Servis mencakupi pemeriksaan dan cucian elemen penapis udara. Air filter Standard punya klu kotor tembak dengan angin compressor je klu ada compressor klu takde pi kedai motor klu dh kenal taukenya pinjam jap air gun compressor tu tembak je sampai bersih,klu dh kotor sangat beli je baru ajerr senang.
8) Servis Fuel Filter
Pastu alang-alang Servis karburator tukar skali Fuel filter baru. fuel filter yang diguna sudah terlampau lama kekadang tersumbat atau flow dia tak berapa lancar. Tukar Fuel Filter setiap 10,000 km.
9) Servis Radiator Coolant
Bagi penguna Motorsikal yang ada radiator coolant contohnya Yamaha 135LC .. Cara penjagaan ‘coolant’ motor disyor kan korang pakai yang warne merah dan gunakan air mineral, gasket ko akan rosak kalau pakai warne hijau. selalunya 6-7 bulan tukar air coolant baru . coolant cari yang long life kalau pure pati coolant tu kene tambah air nisbah 50:50. Pastikan juga sistem radiator tak tersumbat , tak ada kebocoran dan kipas radiator harus pastikan berfungsi, untuk pastikan samada berfungsi atau tidak,hidupkan enjin 5minit,kemudian pulas sedikit throtle keadaan statik dalam suatu tempoh masa.kemudian leh dgr sendiri bunyi kipas tu dan haba pon terasa keluar ikut lubang cover set
10) Penjagaan Bateri Motorsikal
Bagi penguna Motorsikal.. Berikan perhatian pada bateri motorsikal dan pastikan air bateri berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya. perlu diingat air bateri selalunya cepat kering tanpa kita sedari.
11) Penggunaan CDi Racing
Bagi motorsikal yang ada pasang CDi. Jika ada tukar CDi Racing seperti BRT, Rextor atau sebagainya,pastikan ada buat setting semula angin dan minyak . Jika tidak, lapisan carbon akan terhasil pada bahagian spark plug korang. Ini akan memberi efek terhadap performance mahupun enjin motor korang.
12) Penjagaan Sporket dan rantai
Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan Sporket dan rantai.. Kalau ikutkan Spocket dan rantai boleh tahan dalam 15,000km lebih kurang bergantung kepada cara kita memandu. Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Pastikan ianya tidak longgar atau terlalu ketat. Ketatkan rantai motor yang longgar, orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak. Rantai rosak tulah penyebab sporket tajam. Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan. Bagi yang pasang cover rantai bertutup penuh eloklah lumurkan dengan gris.
13) Penjagaan Belting
Bagi penguna Motorsikal scooter tukar belting dalam lingkungan mencapai 1700km, lebih kurang dalam 2-3 bulan sekali. Tanda belting macam nak putus, bunyi cam tikus dekat crankcase. Cuba check belting dengan melipat tali belting tengok kalau ada crack walaupun sikit, bagus tukar terus sebelum putus. Roller weight mesti di cuci dan di greasing sekurang-kurangnya sebulan sekali
14) Servis Minyak Gearbox
Bagi penguna Motorsikal scooter tukar 1st kalau boleh time 500km pertama sebab time ni la banyak geseran antara gigi-gigi gear. selepas itu terpulang, tapi bagi aku setiap 2 kali tukar minyak engine, tukar sekali minyak gearbox atau setiap 5000km tapi max 10000km. (Ni pendapat admin ye)
15) Penjagaan brake motorsikal
Bagi penguna Motorsikal. Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe. Periksa brake pad depan dan belakang, kalau dah haus tukar kepada yang baru bukan 2nd hand.Periksa cengkaman brake samaada mencengkam atau tidak. Periksa kandungan minyak brake, kalau kurang tambah kan je. Kalau dah lama tak tukar minyak pun dah bertukar warna elok lah tukar minyak baru je. Kalau brake ade problem seperti brake tak berapa mencengkam. caliper perlu diservis. mungkin perlu buat bleeding. tukar minyak brake motor sekali.
16) Servis Clucth Plate dan Clucth Tangan
a) Bagi penguna Motorsikal, kalau motor korang tak ade pickup minyak makan banyak kenalah pulas minyak lebih sikit dan enjin mengaum tu tandanya cluth plate dah haus. Kalau nak naik bukit tu yang jadi masalah macam berat nak naik. Mungkin Clucth plate dah nak habis atau autoclutch problem. Gantilah Clucth plate.
b) Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan clutch tangan. Periksa kabel Clutch, Kalau dah mula menunjukkan tanda haus, tukar kepada yang baru .Pastikan Kabel-kabel lain dalam keadaan sempurna.
17) Tekanan Angin Tayar
Bagi penguna Motorsikal, periksa juga tekanan angin tayar tersebut. Tekanan yang sesuai bagi tayar kapcai ialah 200kPa (belakang) dan 175kPa (depan).Jangan pam kurang, jangan pam lebih. kalau angin kurang tayar jadi lembik motorsikal jadi tak seimbangan dan makan permukaan sisi tepi tayar , terlebih plak kang cornering masuk longkang kang sebab keras sangat tayar.
18) Penggunaan Tayar
Bagi penguna Motorsikal, gunakan saiz tayar yang sesuai untuk motosikal anda. Saiz tayar standard adalah disarankan bagi perjalan jauh. Kalau guna saiz tayar besar sedap layan corner.. Jangan guna tayar sotong, brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa. Kalau guna saiz tayar kecik kan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita. Periksa tayar motorsikal anda. Jika ianya sudah terlalu haus, baik ditukar. Tolong jangan gunakan tayar yang sudah haus, botak nampak benang dalam, bengkak atau benjol dan tayar yang retak dan terkopek, Tak selamat digunakan boleh pecah tayar tu. Sifat tayar itu sudah tidak sesuai untuk kegunaan di jalan raya. Ini menyebabkan motorsikal mudah terbabas di selekoh yang licin.
19) Tayar tiub dan tubeless
Kalau nak balik kampung atau nak rider perjalanan jauh. Jika anda menggunakan tayar tiub, adalah lebih baik anda menukar tiub terlebih dahulu dan membawa bersama tiub ganti, spanar, pembuka tayar dan pam angin sepanjang perjalanan. kalau bocor teruk tukar tiub baru ajer lagi senang. cuma kena ada lah spare tiub motor. Tapi kalau bocor kecil pada tiub tersebut korang boleh tampal kat tempat tempat bocor tersebut. Senang sikit kalau tayar pancit. Bagi saya tayar tubeless adalah terbaik untuk perjalanan jauh. Tayar jenis ini juga boleh digelek walaupun tanpa angin dalam jarak yang sederhana. just pakai tayar tiubless agak senang sikit kerjanya. Kalau tayar pancit tahap flat maximum, tapi boleh redah jugak bawak motor slow-slow ke kedai tayar berdekatan untuk tukar
20) Penggunaan Rim Lidi atau Sport rim
Kalau ikut Rim lidi atau sport rim biasa berukuran 17 inci. Pengubahsuaian saiz rim dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan. Kalau ada rasa motorsikal korang ada bergegar tak kalau bawak slow dan hilang bila bawak laju sikit. Gegaran roda ini boleh diatasi dengan melakukan penimbangan tayar (balancing) bagi memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau kerana rim tayar bengkok atau pun fork.Kalau penggunaan Rim Lidi ni tiub tayar kerap bocor. klu ade lidi yg longgar akan bergesel. sikit-sikit lama-lama bocor tiubnyer.
kalau ade yang longgar lidi rim tu baik lah pergi buat string lidi tu.
21) Penggunaan Ekzos
Kalau Motorsikal korang kurang power dan ada tanda-tanda ekzos tersumbat. pergi kedai yang buat welding kereta, suruh potong dan bersihkan bahagian dalam ekzos tersebut. Atau kalau korang jenis rajin boleh lerrr cuci ekzos tu, buang keladak yang menyumbat ekzos tu.
22) Penjagaan lampu, signal dan lampu brake
Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lama. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup. Lampu signal kena menyala sempurna (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak)
Sumber : Jenal Motor Wakaf Stan
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Perkara Pertama Perlu Kita Periksa Sebelum Rancang Balik Kampung, Barulah Perjalanan Lebih Selamat
MASKULIN menjangkakan bermula penghujung minggu hadapan ramai yang akan mula merancang untuk melakukan servis kereta untuk balik kampung sempena perayaan Aidilfitri.
Sebelum bengkel atau pusat servis mula sesak dengan tempahan baik anda mula merancang dari sekarang. Perkara pertama yang sangat penting untuk anda periksa sama ada kondisinya dalam keadaan baik atau tidak ialah sistem brek.
Saban tahun sering kita dengar tentang berita kemalangan yang menyayat hati apabiola tibanya waktu kemuncak balik kampung. Ada antara kemalangan berlaku disebabkan kecuaian dan tidak kurang juga disebabkan berlakunya kerosakan pada komponen penting seperti brek.
Brek memainkan fungsi keselamatan paling penting bagi kenderaan. Jadi lakukanlah servis dari semasa ke semasa. Tapi bagaimanakah kita boleh tahu bila nak tukar atau servis brek?
Komponen brek yang perlu ditukar biasanya brek pad. Ini kerana lama-kelamaan selepas digunakan ia akan mula menipis dan perlu ditukar. Berikut merupakan tanda-tanda brek pad perlu ditukar atau diservis.
Bunyi yang dikeluarkan
Tidak semua kereta dibina dengan adanya sensor tersebut, jadi anda harus tahu kenderaan anda, dan peka dengan bunyi yang didengar, seperti bunyi bergesel (petanda brek pad dah menipis).
Ada bunyi yang dikeluarkan boleh hilang dengan membuat pembersihan pada kawasan brek, tapi jika brek tersebut selalu didengar dengan lebih kerap, ia menandakan ada bahagian yang rosak.
Perlu ditekan dengan lebih kuat
Tanda lain yang boleh dilihat adalah apabila pedal brek ditekan, jarak kenderaan berhenti, atau bila menekan brek kaki, ia perlu ditekan dengan lebih dalam, sehingga mencecah lantai.
Disebabkan ‘brake linings’ digunakan secara beransur-ansur, anda mungkin tidak perasan akan perubahan yang ada, jadi mekanik yang berpengalaman boleh membantu.
Lampu peringatan
Kereta mempunyai lampu peringatan brek yang menyala dalam beberapa saat ketika enjin dihidupkan. Sekiranya lampu itu menyala ketika sedang memandu, ia mungkin bermakna bendalir pada brek rendah disebabkan kebocoran atau masalah dengan silinder brek. Harus diingat, lampu ini bukanlah nyalaan yang sama dengan brek tangan atau brek kaki.
Semua kereta dan kenderaan ringan mempunyai brek cakera depan. Ada juga yang mempunyai pada bahagian belakang. Bila kereta ada brek cakera, hanya perlu digantikan brek pad dan menghidupkan kembali rotor pada alat pelarik jika perlu, supaya permukaan lebih lancar.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
ISUZU MALAYSIA LANCAR MU-X FACELIFT- HARGA BERMULA RM177K
Isuzu Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan model Isuzu MU-X 2017 ke pasaran tempatan. Model facelift berkenaan menerima kemas kini pada bahagian dalaman, luaran dan ciri keselamatan dipertingkatkan. Berikut senarai pembaharuan yang dilakukan pada model MU-X facelift.
LUARAN:
1) Lampu depan dengan lampu projektor Bi-LED bersama cahaya spektrum biru.
2) Lampu depan digabungkan dengan ciri pelarasan cahaya.
3) Lampu kabus belakang baharu.
4) Bampar belakang baharu.
5) Lampu belakang dengan grafik bahagian dalam baharu.
6) Spoiler dan rim rekaan baharu.
7) Tambahan warna baharu Havana Brown Mica (coklat).
KABIN:
Tidak ketinggalan bahagian kabin turut menerima pembaharuan antaranya:
1) Menerima kemasan panel corak kayu pada pintu dan papan pemuka.
2) Panel meter rekaan baharu e-LUMAX (electroluminescent) bersama paparan multi-info (MID).
3) Kabin dengan warna baru Beige (kuning air) bersama kerusi kemasan kulit dengan corak terkini.
4) Sistem hiburan dikemas kini dengan skrin sentuh DVD 8 inci dan monitor yang boleh dilipat untuk penumpang belakang bagi varian 4×4. Sementara varian 4×2 dilengkapi dengan skrin sentuh DVD 7 inci.
5) MU-X juga kini dilengkapi dengan lapan pembesar suara untuk memberikan sistem audio lebih jelas.
CIRI KESELAMATAN:
MU-X didatangkan dengan enam beg udara berbanding versi sebelumnya hanya dua beg udara. Versi 2017 turut dilengkapi dengan sistem keyless entry sebagai standard.
Ciri keselamatan lain termasuk ABS, Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), EBD, BA dan HSA.
HARGA:
-MU-X 2.5L 4×2: RM176, 640.40
-MU-X 2.5L 4×4: RM183,000.40
(Harga atas jalan termasuk insurans dan GST).
GALERI
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI