Tahan Kencing Salah Satu Punca Penyakit Buah Pinggang?

Share

7 TANDA-TANDA BUAH PINGGANG BERMASALAH

  1. Bengkak pada kaki dan muka
  2. Mengalami rasa loya
  3. Muntah
  4. Kurang selera makan
  5. Sukar bernafas
  6. Keletihan
  7. Anemia (kurang darah)

Buah pinggang ibarat seperti ‘penapis’ dalam tubuh kita. Fungsinya untuk menapis bahan buangan, menyimpan nutrien penting, menghasilkan hormon, meneutralkan asid dan membantu membina sel-sel darah merah serta mengawal tekanan darah.

 

AMAL PEMAKANAN SIHAT

  1. Kurangkan pengambilan protein biarlah jumlahnya sesuai dengan keperluan berat badan pesakit
  2. Hadkan pengambilan dari sumber makanan yang kaya kalium seperti pisang, buah oren, kekacang, sesetengah sayuran berdaun hijau, buahan kering. Kalium berlebihan dikhuatiri boleh mengganggu degupan jantung pada paras normal. Buah pinggang yang bermasalah juga tidak mampu lagi menyingkir kalium berlebihan.
  3. Mengawal tekanan darah
  4. Hadkan pengambilan garam bagi mengelak pengumpulan air (retensi) dalam badan
  5. Amalan diet yang baik dan ikut nasihat doktor

ELAK 5 PERKARA INI

  1. Jangan biasakan diri menahan kencing
    kerana ia akan meningkatkan tekanan pada urin dan boleh menyebabkan batu karang pula.
  2. Diet tak seimbang sebab suka sangat ambil sumber protein daripada haiwan secara berlebihan seperti daging (red meat) yang mengganggu metabolik pada buah pinggang. Satu lagi garam pula tak dipantau suka sangat makan benda masin.
  3. Ramai juga yang ambil mudah pengambilan air kosong yang cukup. Bila kurang air dalam badan buah pinggang tak dapat menapis darah dengan baik dan paling ngeri bahan  buangan dan toksin pula makin menimbun. Lama kelamaan organ lain pun terjejas sama bukan setakat buah pinggang je.
  4. Mengalami gangguan tidur menyebabkan tidur kurang kualiti dan tidak cukup tidur.
  5. Menurut kajian pengambilan gula berlebihan setiap hari akan meningkatkan risiko masalah protein dalam air kencing. Selain itu kafein yang tinggi juga boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada buah pinggang.

Sumber : DiariNutrisi

Published by
Kim Rahim