
Kadang-kadang tak terfikir langsung idea dan kreativiti orang dulu-dulu membuat iklan. Lawak dan bersahaja. Pun begitu ia masih menarik dan bermaklumat. Iklan mana yang paling anda ingat? Kita throwback sekejap dengan menonton pilihan iklan dahulu yang sangat lawak!
Kicap Cap Kipas Udang
ATM Boss
Ridsect
Keselamatan Jalan Raya
MILO
Sabun Fab
MAGGI
AJINAMOTO
Nano Nano
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
SUHANA KHAN Ikut Jejak Bapa, Fakta Tentang Anak Perempuan Shah Rukh Khan

Siapa tidak kenal dengan nama Shah Rukh Khan? Boleh dikatakan dialah hero Bollywood yang mempunyai aura serta populariti yang sangat luar biasa.
Filem-filem Hindi lakonan aktor ini meraih populariti di seluruh dunia dan dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga kini. Walaupun usianya kini mencecah 58 tahun, dia masih sihat dan mampu bertahan dengan kariernya masih utuh.
Malah, nampak gayanya anak gadisnya juga mengikut jejak langkah bapanya ini.
Walau baru berusia 23 tahun, namun Suhana Khan khabarnya bakal mengikut langkah ayahnya dan bakal menjadi pelapis ratu-ratu filem Bollywood.
Yang pasti Suhana cukup bertuah dilahirkan dalam keluarga kaya dan terkenal, jadi tidak hairanlah Suhana meraih populariti luar biasa meskipun dia baru menginjak usia 23 tahun.
Padanlah nama Suhana makin menjadi rebutan, bukan saja dalam industri perfileman namun dia juga sudah dilamar oleh jenama-jenama mega, seperti baru-baru ini dimana Suhana menjadi wajah baru Maybelline.
Jom kenali Suhana Khan!
1. Anak Ayah
Dia sangat rapat dengan ayahnya sehinggakan pernah meletakkan status ‘daddy’s little girl’ di Instagram pada suatu ketika dahulu.
2. Peminat TV
Sebagai seorang yang suka dengan industri lakonan, Suhana Khan juga tidak ketinggalan menonton pelbagai filem dan siri TV popular. Antara drama TV paling disukainya ialah ‘Black Mirror’ dan ‘Orange is the New Black’.
3. Bola Sepak
Siapa sangka gadis jelita ini pernah menjadi kapten bagi pasukan bola sepak di sekolahnya.
4. Seorang Pemalu
Dalam temu bualnya bersama Vogue, Suhana Khan menyatakan bahawa dirinya merupakan seorang yang sangat pemalu. Sama seperti ayahnya dahulu.
5. Beauty With Brain
Selain bola sepak, Suhanan juga berbakat dalam bidang penulisan dan pernah memenangi pertandingan Katha National Story Writing Competition.
6. Pop Star
Suhana merupakan seorang peminat setia bekas ahli One Direction iaitu Zayn Malik.
7. Peminat
Walaupun belum muncul dalam mana-mana filem sebagai pelakon namun Suhana Khan kini sudah mengumpul peminat yang cukup ramai di laman media sosial.
8. Ada Aset Sendiri
Dan yang terbaru, khabarnya menurut sumber Indian Express, Suhana Khan sudah membeli membeli tiga lot rumah teres berhampiran Alibaug dengan harga 12.91 crore Rupee (bersamaan dengan 146,251.44 Dolar AS). Ketiga-tiga buah rumah teres ini dibeli di kampung Thal, yang terletak di pantai antara Alibaug dan Pantai Kihim.
9. Bakal Muncul Di Netflix
Like father like daughter, Suhana juga bakal membuat kemunculan sulung dalam industri seni lakonan di mana Suhana akan muncul dalan filem muzikal ‘The Archies’ di Netflix yang turut menampilkan Khushi Kapoor, Agastya Nanda, Mihir Ahuja, penyanyi Aditi Saigal, Vedang Raina dan Yuvraj Menda. Wah, betul-betul berdarah seni la Suhana ni.
Tarikh tayangan filem ini bagaimanapun masih belum diumumkan lagi. Tak sabar nak tengok bagaimana agaknya mutu lakonan Suhana Khan kan, mesti hebat macam ayahnya juga!
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Khairul Aming Sibuk Cipta Video Hingga Jatuh Sakit

Apabila menyebut nama Khairul Aming, sudah pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran orang ramai ialah video-video masakannya yang cukup menggiurkan.
Lebih-lebih lagi di bulan suci Ramadan, siri video “30 Hari, 30 Resipi” nya sering dinanti-nantikan pengikut setia laman sosialnya yang mencari idea-idea juadah berbuka puasa yang baharu.
Namun sedarkah anda yang penghasilan video-video resipi yang menyelerakan itu memerlukan tahap komitmen dan disiplin yang tinggi?
PERNAH JATUH SAKIT
Menurut Khairul Aming, beliau mengakui pernah jatuh sakit hingga dimasukkan ke hospital pada bulan Ramadan 2019 akibat terlalu memaksa diri menghasilkan kandungan masakan.
“Saya memang perah sangat-sangat content untuk keluar… masa tu badan memang teruk sampai tak boleh jalan dalam masa sebulan,” katanya kepada Maskulin ketika ditemui di sidang media Tiktok Awards 2023 semalam.
Tambahnya, beliau terpaksa berbuat demikian demi memenuhi jangkaan pengikutnya yang menantikan video masakannya, apatah lagi tahun tersebut merupakan tahun keduanya menghasilkan kandungan sedemikian.
UBAH STRATEGI, LEBIH BERDISIPLIN
Mengambil pengajaran daripada peristiwa itu, Khairul mula merancang strategi baharu dalam penghasilan kandungan iaitu menyusun jadual dan mendisiplinkan diri untuk patuh pada jadual berkenaan.
“Kita push content kita ibarat dia adalah satu karier utama kita, tapi kena letak limit. Jangan terperangkap dalam dunia nak views, nak likes sampai kita tak jaga kesihatan,” katanya.
MAHU LIHAT LEBIH BANYAK RESIPI TRADISIONAL
Dalam pada itu, Khairul juga berharap agar lebih ramai pencipta kandungan masakan untuk mengetengahkan juadah-juadah tradisional Malaysia agar ia tidak ditelan zaman.
“Banyak sebenarnya masakan-masakan sedap di Malaysia, cuma ada yang kita tak tahu terutamanya resipi-resipi tradisional”.
Oleh itu, Khairul menyeru agar anak-anak muda memanfaatkan pengetahuan mereka mengenai kamera untuk membantu golongan tua di kawasan kampung yang mempunyai kepakaran menyediakan resipi sedemikian.
“Sekurang-kurangnya kita boleh bantu makcik-makcik itu mengajar cara-cara nak buat kuih-kuih tradisional, sebab itu semua benda yang susah nak dapat sekarang,” tambahnya.
Khairul Aming, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, merupakan antara pempengaruh media sosial kandungan masakan yang terkenal di laman sosial sejak 2018.
Hasil kerja kerasnya itu ternyata tidak sia-sia apabila kini beliau tercalon bagi kategori ‘Creator of The Year‘ bagi Tiktok Awards 2023 yang julung kali diadakan di Malaysia di samping pencipta kandungan terkenal yang lain.
Temasya anugerah berprestij meraikan pencipta kandungan atas talian itu juga bakal disiarkan secara langsung di media arus perdana pada 27 Ogos ini, iaitu di TV3 bagi acara utama dan di TV9 bagi acara karpet merah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Badan Rasa Cepat Panas? Jom Minum Minuman Ini. Confirm Sejuk Lepas Minum!

Cuaca panas melanda negara kita sekarang. Tahap sampai berpeluh-peluh kita dibuatnya kalau berada dalam rumah, walaupun kipas dah buka sampai habis limit!. Kadang-kadang, tengah tidur pun boleh berpeluh dibuatnya. Keadaan ini juga menyebabkan badan kita sering panas dalam dan menyebabkan tekak terasa kering, badan lemau, berpeluh sepanjang masa dan pening kepala kalau dah sampai tahap panas hingga ke kepala.
Jadi, apa kata anda cuba sejukkan badan anda dengan minuman-minuman ini:
1. Kundur
Kebanyakan pasti akan salah sangka yang buah kundur ini adalah mentimun. Sebenarnya bukan. Kundur ialah daripada keluarga Cucurbitaceae, dikenali dalam bahasa inggeris sebagai winter melon. Masyarakat cina mempercayai air buah kundur dapat memastikan keseimbangan dan menstabilkan suhu badan.
Jus kundur juga dapat membantu menghidrasikan badan anda dengan lebih cepat berbanding air dan menyahkan toksin.
2. Krisantimum
Teh krisantimum adalah antara minuman popular dikalangan masyarakat cina. Ia amat baik untuk simptom seperti gusi sakit dan berdenyut, sakit gigi biasa, sakit kepala, sakit mata, suhu badan menurun dan mencegah serangan panas.
Caranya menyediakannya mudah sahaja. Anda hanya perlu mendapatkan bunga krisantimum dan letakkan di dalam air panas beserta gula batu. Ia juga terdapat dalam minuman tin.
3. Cincau
Anda sudah tentu dah kenal dengan cincau. Ia boleh didapati dalam minuman ABC, sirap bandung cincau dan air cincau sendiri. Cincau iini terhasil daripada adunan campuran daripada tumbuhan Mesona chinesis, ditambah dengan kanji yang disejukkan sehingga kepekatan seperti agar-agar.
Cincau ialah penyejuk semula jadi yang membantu mencegah serangan panas dan demam serta mencegah ruam dan kulit kering.
4. Sengkuang cina
Sengkuang cina ini bukan sahaja boleh menyejukkan badan anda yang sedanng panas, bahkan ia juga dapat menyahkan toksin yang tersumbat dalam badan anda. Selain itu, mereka yang menghidap cystitis dan jangkitan saluran kencing boleh diberikan sup sengkuang cina bagi mencegah daripada menjadi lebih teruk.
Jus yang diekstrak juga boleh mencegah rasa senak dan loya.
5. Air kelapa muda
Alangkah indahnya kalau ditengah-tengah cuaca panas ini kalau dapat menikmati air kelapa muda. Sungguh menyegarkan! Air kelapa muda memang dikenali sebagai penyejuk badan semulajadi dan digunakan dalam perubatan tradisional untuk demam dan menghilangkan panas dalam.
Syaratnya, perlu minum begitu sahaja tanpa ais dan gula.
6. Biji kembang semangkuk
Kembang semangkuk juga amat sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang. Sebenarnya, selain sedap untuk dimakan, kembang semangkuk juga dikatakan turut mempunyai khasiat ubatan.
Ia dikatakan mampu menjadi ubat untuk penyakit asma, batuk kering, buasir, pelbagai jenis demam panas, pendarahan hidung, perut, usus atau pundi kencing, melawaskan pembuangan air besar, merawat masalah kulit yang terlampau terdedah kepada cahaya matahari, masalah ginjal dan masalahcacing dalam perut dan usus.
Petua tradisional mudah sahaja. Anda hanya perlu rendam biji kembang semangkuk, getah anggur, gula batu dan air selama sejam dan minum!
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI