Berdasarkan kajian, kebanyakan lelaki menadak mereka tidak punyai cukup masa untuk berbuat demikian dan ada juga dikatakan malu untuk berbuat demikian kerana tidak mahu digelar lelaki metroseksual. Akibatnya, kaum lelaki yang jarang menjaga penampilan diri kelihatan jauh lebih tua daripada usia mereka.
Berikut ini 8 perkara yang biasa dilakukan kaum Adam hingga mereka ‘cepat tua’:
1) Cuci muka menggunakan sabun mandi
Mencuci muka dengan menggunakan sabun mandi memang lebih praktikal dan mudah dilakukan. Namun, tahukah anda, sabun mandi biasanya menyebabkan kulit anda menjadi kering dan kasar. Begitulah kesannya nanti kepada kulit wajah anda.
2) Bercukur tanpa menggunakan krim
Mencukur misai atau jambang tanpa menggunakan krim pencukur boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kasar. Anda seharusnya membeli krim pencukur yang baik untuk melindungi kulit anda.
3) Merokok
IKLAN
Hentikan merokok sekarang juga. Ini kerana ribuan racun dalam rokok itu boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan menjejas sel tubuh anda.
4) Kurang makanan sihat
Salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri adalah dengan memakan makanan sihat. Memakan sayuran, buah-buahan, protein dan vitamin yang cukup boleh mencegah kerosakan sel tubuh dan mengekalkan awet muda.
IKLAN
5) Kurang minum air
Meminum air yang cukup itu penting untuk kesihatan kulit dan tubuh. Sebenarnya, inilah perkara utama yang harus dilakukan setiap hari untuk menjaga penampilan diri.
6) Tidak memakai pelembap kulit
IKLAN
Pelembap kulit sebenarnya bukan untuk wanita sahaja. Bagaimanapun kebanyakan lelaki memandang remeh peri pentingnya menggunakan pelembap kulit.
Ini lebih-lebih lagi kerana mereka tidak mahu disifatkan sebagai lelaki metroseksual atau terlalu pentingkan penampilan diri seperti kaum wanita. Padahal, pelembap penting untuk melindungi kulit dari pengaruh buruk cuaca dan pencemaran udara.
7) Tidak memakai pelindung cahaya matahari
Kebanyakan lelaki tiada masalah melakukan kegiatan seperti bersukan di bawah terik matahari. Tapi, kulit anda yang akan ‘merana’ nanti.
8) Kurang bersenam
Kurang bersenam menyebabkan metabolisme tubuh menjadi kurang lancar. Rutin bersenam dengan kerap dapat membantu sel -sel tumbuh semula dan memastikan anda kekal sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seorang pengguna Twitter, Amil Ahmad mendakwa dirinya sering menjadi mangsa kutukan orang suatu ketika dahulu kerana masalah pada wajahnya.
Amil Ahmad mengalami kulit wajah yang berlubang dan berparut hitam selain timbul jerawat yang kurang menyenangkan.
Mengenang peristiwa itu, Amil turut menampilkan koleksi gambar wajah mukanya yang rosak untuk perbandingan pengguna Twitter.
Tetapi untuk mendapatkan kulit wajah yang elok sebenarnya agak sukar lebih-lebih lagi jika kita terlalu memikirkan tentangnya.
Namun demikian kerana mahu mengembalikan keyakinan diri, Amil memulakan rutin baharu dalam hidupnya secara konsisten.
Tip penjagaan wajah
Ujar Amil, antara perkara yang kerap yang dilakukannya adalah selalu mencuci muka, minum air masak dalam kuantiti yang banyak serta elakkan makanan yang berminyak.
Selain itu, kebersihan di tempat tidur seperti sarung bantal mestilah kerap dibasuh dan rambut panjang yang dibela Amil mungkin antara faktor penyebab masalah itu berlaku.
Jangan sesekali picit jerawat
Tegas Amil, sebagai seseorang yang mengalami masalah kulit wajah, anda ‘diharamkan’ untuk memicit jerawat yang tumbuh kerana ia boleh merebak dengan lebih teruk.
Sebagai disiplin diri juga, jika kulit tiba-tiba berminyak sahaja, anda digalakkan terus mencuci muka sama seperti yang dicadangkan Amil.
Dia buat menjadi, tak salah kalau kita cuba kan? Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai lelaki sebenarnya tidak tahu bahawa wanita lebih sensitif dan tertarik matanya kepada lelaki yang berambut panjang. Menurut beberapa pakar mereka mendapati wanita lebih sensitif kepada lelaki berambut panjang kerana ia memberikan penampilan yang lebih menarik dan bersifat maskulin.
Kajian juga menunjukkan wanita lebih teliti memerhatikan wajah dan rambut lelaki berbanding lelaki itu sendiri. Ini mungkin berkaitan sifat feminin yang ada pada mereka lantas membuatkan lelaki berambut panjang tampil lebih menyerlah.
Maka beruntunglah anda lelaki yang memiliki rambut panjang kerana sentiasa berjaya mencuri perhatian ramai! Namun apa gunanya jika sekadar berambut panjang tetapu tidak tahu cara yang betul untuk menjaganya.
Jika anda mengabaikan cara penjagaan rambut, kelak anda akan berdepan dengan pelbagai masalah rambut.
Jadi pastikan anda sentiasa peka dengan tip-tip penjagaan rambut agar sentiasa kemas, bersih, sihat dan dijaga dengan baik.
Alert perkara ini kalau nak simpan rambut yang panjang
BIAR SESUAI
Sebelum nak menyimpan rambut, tanya diri sendiri dahulu sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk anda. Tidak semua orang sesuai untuk membela rambut yang panjang. Selain gaya, anda juga perlu memikirkan tentang kerjaya anda. Ada sesetengah kerjaya tidak membenarkan anda berambut panjang.
KEKERAPAN SYAMPU
Jangan syampu rambut anda setiap hari. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi semakin kering, merosakkan folikel rambut dan mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat.
Penggunaan syampu dengan bahan sulfat yang tinggi juga perlu dielakkan kerana ia boleh menghilangkan minyak semula jadi yang ada di kulit kepala dan membuatkan rambut anda lebih bermasalah.
DIET BERNUTRISI
Pengambilan makanan yang berzat boleh membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat sekali gus memelihara rambut.
Amalkan pemakanan dengan kandungan zat protein, vitamin C dan biotin yang boleh membantu pertumbuhan rambut dengan baik. Ambillah buah-buahan, daging, sayur-sayuran, ikan, kekacang, tauhu dan sebagainya yang boleh membantu dalam menggalakkan pertumbuhan rambut.
WAJIB GUNA PERAPI
Jika anda miliki rambut yang panjang, menjadi kemestian untuk anda menggunakan perapi rambut agar mudah untuk diuruskan.
Kandungan perapi rambut ini penting kerana ia dapat membantu menjaga hujung rambut agar tidak kusut dan bercabang. Selain itu perapi juga bolehmenjadi pengganti minyak semula jadi untuk melembapkan rambut.
CARA KERINGKAN RAMBUT
Selesai sahaja mencuci rambut, lapkan lebihan air yang membasahi rambut anda secara perlahan menggunakan tuala kering.
Kemudian biarkan rambut anda kering dengan sendiri. Jangan gosok rambut anda dengan kuat kerana ia boleh menyebabkan rambut rosak, mudah patah dan kusut.
TRIM DARI SEMASA KE SEMASA
Trim atau buang hujung rambut yang rosak dan bercabang merupakan cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut. Tidak semestinya perlu ke salun kerana anda boleh mengguntingnya sendiri. Memotong hujung rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut menjadi lebih baik.
VITAMIN RAMBUT
Rambut panjang lebih berisiko besar mengalami masalah rambut kusam dan rapuh. Untuk menjaganya agar akar rambut tetap kuat dan sihat, gunakan vitamin rambut agar nutrisinya tetap terjaga.
Vitamin ini boleh anda ambil sama ada dalam bentuk suplemen yang diminum, dioles pada rambut ataupun menggunakan minyak semula jadi seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
MINUM AIR MENCUKUPI
Sama seperti kulit pada tubuh badan, kulit kepala juga boleh mengalami kekeringan. Jadi minumlah air dalam anggaran satu setengah liter hingga dua liter sehari. Selain untuk keperluan tubuh badan, air juga diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sihat.
JANGAN IKAT KUAT
Masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat akar rambut yang tertarik boleh berlaku ketika anda mengikat rambut dengan getah yang kuat. Akhirnya rambut akan mengalami keguguran yang banyak sehingga lama-kelamaan menjadi nipis dan botak.
LAKUKAN SENAMAN KARDIO
Oksigen berfungsi dalam membantu sel berkembang dan membuatkan tubuh badan lebih sihat. Senaman kardio seperti berlari, berjoging, berbasikal dan sebagainya dapat membantu menjadikan pertumbuhan rambut lebih sihat.
TIDUR SECUKUPNYA
Keperluan tidur yang secukupnya juga boleh mempengaruhi kesihatan rambut. Ketika tidur, tubuh badan mengalami proses perbaikan secara semula jadi.
Tidur yang teratur anggaran tujuh hingga lapan jam sehari boleh membuatkan sel kulit kepala anda menjadi lebih aktif. Selain itu, tidur juga dapat meningkatkan pengedaran darah di sekitar folikel rambut sehingga membantu rambut anda tumbuh lebih lebat dan sihat.
Subscribe dan tonton video Fitness di Youtube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ya, Malaysia bukanlah sebuah negara empat musim. Negara kita merupakan negara beriklim tropika yang sepanjang tahun kalau tak panas muncul pula hujan.
Berbeza dengan negara empat musim negara kita mempunyai tahap kelembapan yang tinggi. Jadi inilah antara faktor yang memainkan peranan cukup penting untuk anda sebagai lelaki memilih minyak wangi yang sesuai.
Di negara empat Barat boleh dikatakan setiap musim mereka mempunyai koleksi mintak wangi yang tertentu dipakai yang dianggap sesuai dengan kadar suhu dan cuaca. Sekarang ini musim panas sedang dinikmati oleh mereka dan berikut merupakan 10 minyak wangi dianggap pilihan terbaik menyerlahkan sisi personaliti dan seksi seorang lelaki.
Minyak wangi juga menjadi antara hantaran pilihan yang sering kita lihat di majlis perkahwinan. Jadi buat anda yang ingin kahwin nanti bolehlah jadikan pilihan minyak wangi pilihan MASKULIN ini tunjukkan kepada bakal isteri ya.
Atau buat pembaca wanita kami, mungkin senarai ini boleh anda jadikan sebagai rujukan untuk hantaran atau hadiah hari jadi terbaik untuk pasangan.
1. GUCCI GUILTY ABSOLUTE
Sentuhan bauan daripada elemen kuit dan flora semula jadi menjadi esen utama minyak wangi dari jenama GUCCI ini. Pilihan terbaik buat lelaki yang ingin tampil yakin.
2. CREED AVENTUS COLOGNE
Jenama CREED dikenali ramai dengan karakter baunya yang ada kick dan maskulin. Kini dengan campuran bau buahan limau mandarin dan halia, ia menjadi satu elemen lebih unik.
Pilihan buat lelaki yang ingin tampil dengan karakter lain daripada yang lain. Buat penggemar bauan mempunyai elemen oren inilah jawapannya!
4. AESOP TACIT EDP
Bayangkan bauan yang berelemen bersih, tajam serta mempunyai sedikit sentuhan aroma rempah dan siturs. Sempurna menjadi pelengkap gaya elegan di musim panas.
5. JO MALONE MYRRH & TONKA COLOGNE INTENSE
Jenama JO MALONE biasanya terkenal sebagai pengeluar minyak wangi wanita. Namun ia kini turut memperkenalkan produk untuk lelaki dan tidak kurang hebatnya.
6. L’EAU D’ISSEY POUR HOMME ISSEY MIYAKE
Jenama yang mungkin cukup dikenali oleh semua orang. Dikeluarkan untuk kegunaan lelaki dan wanita, ini merupakan pilihan bijak untuk lelaki yang ingin sesuatu lebih ringkas namun berkesan.
7. TOM FORD NEROLI PORTOFINO
Tampil dengan aroma gabungan bauan lemon, levander dan oren, ia mampu menyerlahkan sisi segar seorang lelaki.
8. DUNHILL ICON ABSOLUTE
Walaupun baunya agak keras namun wangian dari Dunhill ini mempunyai lapisan bau yang cukup unik. Pilihan terbaik buat lelaki yang seharian sibuk di luar dan dalam pejabat.
9. LOUIS VUITTON OMBRE NOMADE
Jenama yang lebih sinonom dengan produk beg premium ini turut mempunyai seleski minyak wangi menarik seperti Ombre Homade. Dihasilkan dengan sentuhan bauan rasberi dan geranium ia memberikan satu gabungan yang unik.
10. GIVENCY GENTLEMEN
Buat lelaki moden yang ingin masih mahukan sentuhan tradisi. Wangian ini saratd engan aroma sitrus yang membawa haruman mesra di setiap hidung orang sekeliling.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“3 rakyat Malaysia cipta teknologi pengecasan tanpa wayar di angkasa, bulan”, itulah tajuk utama laporan media tempatan yang membawa nama mereka menjadi sebutan dan meraih perhatian MASKULIN kali ini.