Usia tidak mencecah 40-an lagi tapi wajah anda sudah ada garis kedutan. Ternyata wajah nampak lebih tua dari usia sebenar. Tapi bagaimana perkara ini boleh berlaku? Mungkin itulah yang anda sering renungi setiap kali memandang cermin setiap pagi.
Tabiat Wajah Cepat Tua, Cuci Muka Guna Sabun Mandi!
Cuba semak dan telitikan punca-punca yang menyebabkan kulit wajah nampak tua daripada usia ini. Jika ada antaranya yang menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.
1. Cuci muka menggunakan sabun mandi
Mencuci muka dengan menggunakan sabun mandi memang lebih praktikal dan mudah dilakukan. Namun, tahukah anda, sabun mandi biasanya menyebabkan kulit anda menjadi kering dan kasar. Begitulah kesannya nanti kepada kulit wajah anda.
2. Bercukur tanpa menggunakan krim
Mencukur misai atau jambang tanpa menggunakan krim pencukur boleh membuatkan kulit muka anda menjadi kasar.
Anda seharusnya membeli krim pencukur yang baik untuk melindungi kulit anda.
3. Merokok
Hentikan merokok sekarang juga. Ini kerana ribuan racun dalam rokok itu boleh mendatangkan pelbagai penyakit dan menjejas sel tubuh anda.
4. Kurang makanan sihat
Ads
Salah satu cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri adalah dengan memakan makanan sihat.
Memakan sayuran, buah-buahan, protein dan vitamin yang cukup boleh mencegah kerosakan sel tubuh dan mengekalkan awet muda.
5. Kurang minum air
Meminum air yang cukup itu penting untuk kesihatan kulit dan tubuh. Sebenarnya, inilah perkara utama yang harus dilakukan setiap hari untuk menjaga penampilan diri.
6. Tidak memakai pelembap kulit
Pelembap kulit sebenarnya bukan untuk wanita sahaja. Bagaimanapun kebanyakan lelaki memandang remeh peri pentingnya menggunakan pelembap kulit.
Ini lebih-lebih lagi kerana mereka tidak mahu disifatkan sebagai lelaki metroseksual atau terlalu pentingkan penampilan diri seperti kaum wanita.
Padahal, pelembap penting untuk melindungi kulit dari pengaruh buruk cuaca dan pencemaran udara.
7. Tidak memakai pelindung cahaya matahari
Kebanyakan lelaki tiada masalah melakukan kegiatan seperti bersukan di bawah terik matahari. Tapi, kulit anda yang akan ‘merana’ nanti.
Ads
8. Kurang bersenam
Kurang bersenam menyebabkan metabolisme tubuh menjadi kurang lancar. Rutin bersenam dengan kerap dapat membantu sel-sel tumbuh semula dan memastikan anda kekal sihat.
9. Posisi tidur yang salah
Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari jjuga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur.
Ads
10. Tak cukup tidur
Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam. Apabila anda tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ia akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan.
Moga tip dan perkongsian ini bermanfaat kepada semua.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pelukkan isteri selama dua minit sehari dikatakan sebagai rahsia untuk kaum lelaki mencapai umur panjang.
Kajian menunjukkan bahawa pelukan ini merangsang pengeluaran hormon kebahagiaan. Tidak ada rasa stres kerana pelukan ini dapat mengurangkan tekanan.
Suami janganlah lokek pelukan, sebabnya bila isteri gembira anda pun bahagia. Kalau boleh mulakan sedikit demi sedikit. Memanglah mula-mula agak kekok namun lama kelamaan bila sudah jadi kebiasaan tentu rasa tak sempurna hari bila tidak peluk isteri. Cubalah!
LAKUKAN INI SEMASA MEMELUK ISTERI:
1. Ungkapkan Sayang Di Bibir
Bukan kena keluar duit pun nak kata ‘I Love You’, ‘Saya Sayang Awak’ atau ‘Terima Kasih Sayang’. Cuma modal air liur saja. Kalau semudah itu pun tak boleh buat, macam mana isteri nak memberi kebahagiaan pada keluarga?
2. Gurau Senda
Kalau masa bercinta boleh saja beri ayat-ayat power, bila dah jadi yang sah haruslah lebih hebat ayat powernya ya tak? Jangan ayat ke lain sudah!
3. Pujuk Memujuk
Kadang kala suami tak sedar yang kata-katanya menyakitkan hati isteri. Walaupun isteri tak kata, tapi tak salah minta maaf dan berikan pujukan manja. Isteri akan lebih menghargai nanti.
4. Peluk Cium Tak Salahkan
Biarpun usia perkahwinan dah sampai ke fasa ke matang, jangan malu nak peluk isteri. Sebabnya orang perempuan ini, makin berusia makin sensitif jiwanya. Lagilah bila dia dah faham perangai suaminya macam mana, dia takkan meluah sangat pun ke tak puasan hatinya. Pelukan suami selalunya jadi ubat/penawar hatinya yang hiba itu. Tak perlu lama… seminit dua pun dah memadai.
Empat saranan ini mampu memberikan manfaat yang untuk hubungan suami isteri. Tak lama manapun, dua minit saja!
Sumber: via Mingguan Wanita
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kerja seharian terlalu sibuk untuk bersenam? Apa kata buat ikut amalan rakyat China ni, sekurang-kurangnya ada juga aktiviti yang dilakukan dan keluar peluh.
Senaman ‘Caj Pantas Lima Minit’ Amalan Kakitangan China Untuk Sihat
Di China, pekerja dan kakitangan pejabat untuk menghilangkan tekanan melalui senaman dengan cara yang unik seperti berjoging dengan komputer riba, mengangkat pek makan tengah hari, melakukan yoga sambil beribadat, atau menggunakan kerusi pejabat sebagai Pilates.
Senaman ‘Caj Pantas Lima Minit’
Aktiviti yang dikenali sebagai senaman ‘caj pantas lima minit’ ini dilaporkan oleh South China Morning Post (SCMP) sebagai amalan yang semakin popular di seluruh China.
Pada awal Julai, seorang warganet memuat naik gambar seorang rakan sekerja yang sedang melakukan senaman caj pantas sambil menunggu lif di Xiaohongshu, menunjukkan seorang wanita yang membawa beg hantaran makan tengah hari dan beg kanvas serta menggunakannya sebagai alternatif dumbel.
Wanita itu juga mengikat beberapa beg penghantaran makanan pada pinggangnya untuk menambah berat kepada senamannya.
“Dia sentiasa menawarkan diri untuk membawa makan tengah hari untuk semua orang dari tingkat bawah kerana menganggap perjalanan itu sebagai senaman. Memandangkan dia duduk di pejabat sepanjang hari tanpa masa untuk pergi ke gimnasium, dia berjaya melakukan senaman pantas sambil membawa bungkusan makanan atau menunggu lif, sekali gus menjimatkan kos yuran gimnasium,” kata seorang rakan sekerja yang menggelarnya seorang genius.
Senaman ‘Caj Pantas Lima Minit’ Amalan Kakitangan China Untuk Sihat
Dalam hantaran lain, seorang warganet memberitahu seorang pelatih di syarikat mereka membawa tikar yoga ke tempat kerja untuk sesi senaman.
“Saya tergoda untuk menyertai, apa yang harus saya lakukan?” katanya. Sementara itu, penulis salinan dari Hangzhou dekat wilayah Zhejiang, Chang, berkongsi pendekatan senamannya dengan Berita Jiupai, di mana Chang berjoging ke stesen metro sambil membawa komputer ribanya
MASKULIN : Menarik juga idea ini kalau dipraktikan di negara kita, mesti tak ada kes obesiti!
Ikon muzik Malaysia yang tak lapuk dek zaman, Jay Jay selamat menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) kerana masalah jantung tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) akan dipindahkan ke pusat rehabilitasi.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ahli Jawatankuasa Karyawan (AJK) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Rozita Rohaizad kepada Astro AWANI.
“Saya diberitahu oleh isteri Jay Jay, Zaiton, bahawa Jay Jay mengalami serangan strok akut. Ini menyebabkan bahagian kanan badannya termasuk tangan dan kaki tidak dapat bergerak dan diangkat seperti biasa.”
Untuk info, Jay Jay telah lebih seminggu dirawat di IJN akibat masalah jantung tersumbat dan menjalani pembedahan pintasan jantung pada 23 Mei lalu. Penyanyi nasyid Cheb Ali Masrawi berkongsi berita ini di TikTok. Antara lagu popular Jay Jay adalah “Rindu Bayangan” dan “Joget Angan Tak Sudah”.
Penyakit Jantung Dan Lelaki
Tahukah anda, penyakit jantung atau kardiovaskular merupakan penyebab kematian nombor satu di Malaysia. Bukan satu berita yang luar biasa dan mengejutkan lagi apabila laporan mengenai mangsa yang meninggal dunia secara mengejut ketika melakukan sesuatu aktiviti.
Itu semua disebabkan kegagalan jantung berfungsi dengan baik.
Lebih merisaukan, trend di negara ini menyaksikan penyakit berkenaan dideritai oleh golongan lelaki pada usia muda.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Dr Effarezan Abdul Rahman turut mengesahkan fakta bahawa penyakit jantung lebih ramai dikuasai golongan lelaki
Dr Effarezan dari berkongsi tip mengelak daripada serangan jantung.
Berikut ialah saranannya:
Makan secara sihat:Pelbagaikan pemilihan makanan dan sukatan yang betul. Separuh pinggan diisi dengan sayur dan buah-buahan, suku pinggan diisi protein yang kurang lemak dan suku terakhir dengan karbohidrat.
Sentiasa aktif: Aktif setiap hari. Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
Tidak merokok atau vaping: Ia boleh merosakkan paru-paru dan menambah risiko serangan jantung, angin ahmar dan kanser.
Menangani stres: Kawal perasaan marah untuk mengurangkan tekanan.