Tabiat Sikat Boleh Elak Rambut Gugur Dengan Banyak, Salah Satunya Jangan Lakukan Ketika Basah

Share

Ramai lelaki mungkin tak sedar cara yang salah menyikat rambut boleh menyebabkan ia gugur dengan mudah. Paling menakutkan ia juga boleh mempercepatkan rambut menjadi botak tengah!

Untuk mengelak terjadinya perkara tersebut di sini MASKULIN kongsikan kepada anda cara menyikat rambut dengan betul.

SENTIASA BERSIH

Pertama sekali dalam hal penjagaan rambut adalah mengutamakan kebersihan perlatan yang ingin kita gunakan. Anda harus pastikan sikat yang anda guna sentiasa bersih.

Cucilah sikat sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk pastikan ia bebas bakteria yang boleh melekat pada celah gigi sikat. Dan elakkan berkongsi sikat dengan orang lain!

Man photo created by cookie_studio – www.freepik.com

KETIKA RAMBUT KERING

Perkara kedua yang cukup penting ialah pastikan rambut benar-benar kering sebelum menyikatnya. Jika anda lakukannya ketika basah ia boleh menyebabkan rambut gugur dan bercabang kerana liang rambut terbuka ketika basah.

HANYA BILA PERLU

Ya, anda tidak perlu terlalu obses dengan rambut sehingga menyikatnya setiap masa. Menyikat dengan kerap boleh menyebabkan rambut menjadi halus. Ini kemudian mengakibatkan kerosakan serta keguguran rambut. Jadi sebaik-baiknya guna hujung jari sahaja untuk merapikan rambut.

Man photo created by freepik – www.freepik.com

JANGAN BUAT SEBELUM TIDUR

Jangan hairan kerana ada orang yang suka sikat rambut sebelum tidur. Sebenarnya ini perbuatan yang boleh mendatangkan keburukan.

Menyikat rambut sebelum tidur hanya akan menimbulkan stimulasi terhadap pengeluaran sebum dan boleh merosakan rambut serta membuatkan rambut anda menjadi rapuh.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video tip menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim