Hati-hati sekiranya anda penggemar minum air teh panas kerana ia boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Jadi sebelum anda ingin minum teh panas, pastikan ia disejukkan terlebih dahulu.
Ini kerana menurut kajian, minum teh yang terlalu panas setiap hari boleh meningkatkan risiko anda diserang kanser esofagus.
Perkara ini telah dikongsikan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menerusi laman Facebooknya.
Sebelum menjejaskan kesihatan dan berlaku perkara yang tidak diingini adalah lebih baik anda mengelak daripada minum air teh yang terlampau panas. Biarlah ia sejuk sedikit sebelum minum.
BACA: Cara Buat Teh Hijau Untuk Hilangkan Bau Badan & Ratakan Perut, Hanya Guna 3 Bahan!
Minum teh yang terlalu panas tidak baik untuk kesihatan!
Tunggu teh panas sejuk sedikit sebelum di minum, kerana meminum teh yang terlalu panas tidak begitu baik untuk kesihatan!
Sekiranya anda gemar meminum teh yang terlalu panas (melebihi 60 c) setiap hari, risiko untuk mendapat kanser esofagus akan meningkat 90%.
Hasil kajian ini diperolehi setelah mengkaji lebih 50 ribu individu di Iran Utara.
Sebenarnya, sebarang bentuk iritasi berterusan kepada permukaan saluran pemakanan (esofagus) akan menyebabkan risiko kanser.
Selain air panas, iritasi ini termasuklah asap rokok, refluks dari asid perut dan alkohol.
Setiap tahun, 400 ribu individu maut akibat kanser esofagus.
#maipakatsihat
BACA: Kalau Nak Air Teh Hijau Lebih Berkesan, Amalkan Minum 2 Cara Yang Doktor Ini Kongsikan!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
4 Rahsia Ini Kalau Ikut Perut Susah Nak Buncit. No 3, Kena Hati-hati!
Isi Kandungan
ToggleUntunglah bagi lelaki yang perutnya belum buncit. Kalau tak mahu masalah perut buncit menghantui hidup anda di kemudian hari, pastikan anda ikuti 4 rahsia ini. Percayalah, kalau anda ikut, pasti perut susah nak buncit.
1. Elak ambil minuman berkarbonat
Buat pencinta minuman berkarbonat, pengambilan minuman berkarbonat yang banyak mungkin boleh menjadi antara punca utama perut anda buncit. Minuman tersebut memang sedap untuk menghilangkan dahaga, tetapi anda juga telah “menelan” buih karbon dioksida. Udara tambahan itu berada di dalam perut anda yang mana ia boleh menyebabkan masalah perut buncit yang serius.
Punca utama perut buncit adalah kandungan gas. Sebenarnya, terdapat juga gas yang dihasilkan dalam badan kita. Karbon dioksida merupakan pantang utama untuk mendapatkan perut yang kempis. Jika anda menghadapi masalah perut buncit dan gassiness, berhentilah mengambil minuman berkarbonat dan lihatlah perubahan yang akan anda rasai.
Selain itu, minuman berkarbonat juga akan menyebabkan seribu satu kesan negatif terhadap kesihatan anda, seperti penambahan berat badan yang tidak diinginkan dan penyakit jantung. Jadi, lebih baik anda berhenti mengambilnya sekarang.
2. Makan dalam kuantiti sedikit setiap hari
Rasa buncit dan berasa seperti disumbat dengan makanan yang banyak adalah satu perasaan yang sama. Namun, ia adalah normal untuk berasa tidak selesa selepas makan hidangan yang besar. Jadi, apa yang anda boleh lakukan?
Kurang makan adalah permulaannya, tetapi anda tidak mahu berlapar bukan? Itulah sebabnya ia sangat membantu anda, bukan sahaja makan makanan dalam kuantiti yang lebih kecil, tetapi makan dengan lebih kerap.
Contohnya, jika anda makan tiga hingga lima kali sehari, tetapi masih makan sekitar jumlah yang sama, iaitu kuantiti yang sedikit, anda akan berasa lebih selesa selepas setiap hidangan. Ini kerana, anda tidak perlu untuk mencerna terlalu banyak makanan pada satu masa.
3. Berhati-hati dengan “sugar free” pada label
Walaupun mengambil terlalu banyak gula boleh memberi kesan buruk untuk anda, apa yang syarikat pengeluaran makanan gunakan untuk menggantikan gula kadang-kadang boleh menjadi lebih teruk.
Periksa label pemakanan yang bertanda “sugar free“ dan kenal pasti sugar alcohols seperti xylitol, mannitol, sorbitol dan Erythritol. Ini semua dikenali sebagai penyebab masalah penghadaman, jadi cuba elakkannya jika anda mempunyai masalah dengan kandungan gas dalam badan dan perut buncit.
4. Lebihkan makan dengan kandungan fiber
Kembung dan gassiness selalunya boleh menyebabkan sembelit. Ia adalah masalah penghadaman yang biasa. Malah kebanyakan cadangan mengatakan, makan lebih banyak serat untuk menyelesaikannya kerana serat membantu makanan bergerak melalui sistem pencernaan anda, sekali gus melegakan sembelit.
Serat larut adalah taruhan terbaik kerana ia adalah jenis serat yang mana badan anda mudah untuk menyerap. Serat juga mampu mengekalkan air (dengan cara yang baik), membantu mengurangkan dan melegakan cirit-birit (satu lagi penyumbang kepada gassiness dan rasa tidak selesa).
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Terlalu Tertekan Boleh Buat Lelaki Patah Hati
Sindrom patah hati adalah gangguan sementara dialami otot jantung disebabkan tindak balas organ penting berkenaan terhadap sejumlah hormon adrenalin yang dirembeskan ketika seseorang mengalami tekanan emosi atau fizikal yang teruk.
Akibatnya, otot jantung tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu mengepam secara normal dan keadaan ini dikenali sebagai kardiomiopati. Kegagalan otot jantung mengepam dengan baik membawa kepada penyempitan arteri yang membekalkan darah kepada jantung. Apabila arteri menjadi sempit, darah tidak dapat dialirkan ke jantung dengan sempurna, menyebabkan ventrikel kiri jantung menggelembung seperti belon dan penghidapnya akan mengalami gejala menyerupai serangan jantung seperti sakit dada dan sesak nafas.
Sindrom ini turut dicetuskan apabila seseorang terlalu gembira misalnya apabila dikejutkan dengan majlis hari jadi atau memenangi hadiah. Seseorang yang menjadi gugup dan mengalami tekanan kerana diminta berucap di khalayak ramai juga boleh menghadapi sindrom sama. Selain itu, ubatan yang diambil untuk merawat penyakit seperti serangan asma, alahan yang teruk, masalah saraf akibat diabetes, kemurungan dan kelenjar tiroid bermasalah juga mendatangkan kesan sampingan yang melemahkan otot jantung.
“Sindrom ini walaupun menyerupai serangan jantung, ia sebenarnya bukan penyakit jantung. Serangan jantung biasanya disebabkan arteri jantung tersumbat akibat darah beku yang terbentuk akibat pemendapan lemak dalam pembuluh darah (arterosklerosis). Namun dalam situasi patah hati, arteri jantung tidak tersumbat tetapi ia mengecil, menyebabkan aliran darah berkurangan, seterusnya otot jantung mengalami gangguan.
“Dalam kes tertentu, patah hati boleh mengancam nyawa kerana sindrom ini turut mencetuskan gangguan ritma jantung dan kegagalan jantung berfungsi,”
Sindrom patah hati boleh berlaku pada sesiapa saja yang mengalami tekanan perasaan hebat tanpa mengira umur dan jantina. Namun, sindrom ini biasa dialami wanita berusia 50 tahun ke atas disebabkan pada usia ini paras hormon estrogen yang melindungi jantung daripada kesan sampingan hormon tekanan mula berkurangan. Mereka yang mengalami sindrom patah hati akan sembuh dengan cepat selepas tekanan emosi dan fizikal yang dialami mula berkurangan dan biasanya masa yang diambil untuk pulih semangat antara seminggu hingga lapan minggu. Bagaimanapun, dalam kes yang jarang berlaku, sindrom patah hati boleh menyebabkan maut.
Komplikasi lain disebabkan sindrom patah hati seperti edema pulmonari iaitu cecair berkumpul dalam paru-paru akibat ventrikel kiri jantung gagal berfungsi. Darah yang tidak dialirkan dengan baik menyebabkan cecair terkeluar dari salur darah dan masuk ke tisu badan.Tekanan darah rendah (hipotensi) juga berlaku, selain gangguan pada degupan jantung. Walaupun sindrom patah hati adalah masalah jantung sementara, ia boleh berulang jika mengalami tekanan emosi lagi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Asyik Garu Kepala, Kelemumur Punca Lelaki Nampak ‘Pemalas’ Di Mata Wanita
Isi Kandungan
ToggleJenis-jenis kelemumur:
1. Kelemumur disebabkan kulit kepala kering
Kulit kepala menjadi kering hinggakan berkuping putih. Salah satu sebabnya adalah tindakbalas kulit kepala dengan bahan ramuan syampu yang digunakan.
Juga terlalu kerap mencuci rambut hingga menyebabkankan kulit kepala jadi kering.
2. Kelemumur disebabkan berminyak
Pengeluaran minyak sebum berlebihan dirembes pada kulit kepala. Ini berkait dengan cara mencuci rambut tidak betul.
Di mana sel-sel kulit kepala yang mati kemudian bercampur dengan minyak sebum berlebihan menyebabkan kulit kepala menjadi gatal dan berkuping.
3. Kelemumur disebabkan kulat (yis)
Sejenis kulat iaitu Malassazia secara semulajadi memang hidup di kulit kepala. Namun pertumbuhanya adalah terhad.
Tetapi kulat ini akan jadi berkembang membiak apabila ada minyak yang berlebihan di kulit kepala menjadi sebagai sumber makanannya.
4. Kelemumur disebabkan berpenyakit
Berpenyakit serius seperti psoriasis juga menyumbang kepada kelemumur. Ini menyebabkan kulit menjadi sangat kering hingga bersisik. Kulit kepala yang tidak sihat menyebabkan minyak dirembes berlebihan dan menyebabkan kelemumur.
Selain itu, ekzema juga boleh menyebabkan kegatalan dan terjadinya kelemumur di kulit kepala.
Sebelum merawat ataupun mencuba mana-mana petua, kenalpasti dahulu jenis masalah kelemumur anda. Inilah kebanyakannya orang sering gagal dalam merawat masalah kelemumur hingga menjadi lebih teruk kan.
Petua-Petua Merawat Kelemumur dan Rambut Berminyak:
1. Yogurt dan Lada
Yogurt bertindak untuk melembapkan kulit kepala yang bersisik. Manakala lada bertindak sebagai antikulat.
i. Gunakan 2 sudu lada hitam yang dikisar halus
ii. Gaulkan bersama 1 sudu yogurt
iii. Sapu kan di kulit kepala bukannya di rambut. Biarkan selama 1jam.
iv. Basuh dan cuci semula dengan syampu.
2. Cuka Epal
Cuka bersifat asid membantu untuk menghalang pembiakan fungus dan kulat pada permukaan kulit.
Ia membantu merawat kulit kepala yang kering dan mengurangkan kegatalan.
Caranya lebih mudah dan senang.
i. Urut kulit kepala secara lembut dengan cuka. Pastikan betul-betul di kulit kepala ya.
ii. Ataupun semasa mandi, campurkan 1 sudu cuka dalam gayung air dan cuci dan bilas kulit kepala serti biasa.
3. Baking Soda
Membantutkan pembiakan kulat yang aktif.
Baking soda dijadikan sebagai skrub dan diramas pada kulit kepala untuk mengawal pengeluaran minyak sebum.
Baking soda bertindak untuk menyingkirkan sel-sel kulit kepala yang mati dan akan mengeluarkan minyak secara normal kembali.
** Campurkan 1 sudu teh baking soda dalam syampu dan cuci seperti biasa.
4. Aloe Vera (Kulit Lidah Buaya)
Bersifat anti-kulat dan anti-bakteria semulajadi. Aloe vera sangat bagus bertindak untuk membuang sel-sel kulit kepala yang sudah mati sebelum menjadi kupingan kelemumur.
i. Boleh letakkan terus dan gosokkan kulit lidah buaya pada kulit kepala. Terasa sejuk kulit kepala bila lendir-lendir aloe vera menyerap masuk.
ii. Biarkan dalam 15 minit dan kemudian basuh.
Aloe vera bukan sahaja membersihkan kulit kepala tetapi boleh menyembuhkan dan melembapkan. Antara petua yang paling mudah dibuat kan.
Semua petua-petua di atas perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang cepat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI