Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting seperti sarapan dan makan tengah hari. Makan malam sering kali diabaikan oleh sesetengah daripada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
Pada tanggapan mereka, makan malam boleh mengakibatkan mereka menambahkan berat badan. Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Ini kerana faktor-faktor lain seperti makan secara berlebihan, makan makanan yang berlemak, berminyak serta tinggi kalori dan gaya hidup yang sedentari boleh menyumbang kepada kegemukan.
Kepentingan makan malam
Makan malam penting untuk membekalkan tenaga dan nutrien untuk keperluan tubuh badan. Pengambilan makanan yang teratur penting untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk berfungsi dengan normal.
MAKAN MALAM MELENGKAPKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG MUNGKIN TIDAK MENCUKUPI DI SIANG HARI SEPERTI PENGAMBILAN SAYUR-SAYURAN, BUAH-BUAHAN DAN SUSU.
Selain daripada kepentingan biologi, makan malam juga penting untuk memenuhi fungsi psikologi dan sosial. Sekiranya ibu bapa bekerja di siang hari, makan malam adalah penting untuk merapatkan kemesraan di antara ahli keluarga.
Ini kerana waktu makan malam mungkin merupakan satu-satunya masa untuk bersama ahli keluarga yang lain. Bagi fungsi psikologi pula, makan malam mungkin adalah salah satu cara untuk merehatkan fikiran selepas seharian berdepan dengan pelbagai masalah terutama bagi mereka yang bekerja.
Benarkah makan malam boleh mengakibatkan berlebihan berat badan ?
Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam.
Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan. Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira sama ada semasa sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.
Namun begitu, makan malam sering kali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor :
Panduan makan malam yang sihat
Contoh hidangan makan malam yang sihat
Menu | Kuantiti | Kalori |
---|---|---|
Nasi putih | 1 cawan | 150 |
Ikan bawal goreng | 1 kecil | 140 |
Sup sayur campur | 1 mangkuk kecil | 40 |
Kerabu pegaga | 1 cawan | 50 |
Air kosong | 1 gelas | – |
Betik | 1 potong | 60 |
Jumlah kalori | 440 |
Menu | Kuantiti | Kalori |
---|---|---|
Nasi putih | 1 cawan | 150 |
Terung sambal (panggang) | 1 biji sederhana | 140 |
Asam pedas ikan senangin | 1ekor sederhana | 120 |
Air kosong | 1 gelas | – |
Nanas | 1 potong | 60 |
Jumlah kalori | 470 |
Menu | Kuantiti | Kalori |
---|---|---|
Satu mangkuk mihun sup (lebihkan sayur dan kurangkan minyak) | 1 mangkuk | 260 |
Teh tarik | 1 gelas | 130 |
Epal | 1 biji sederhana | 50 |
Jumlah kalori | 440 |
Rujukan :
sumber: lelakisihat.com