Man photo created by karlyukav - www.freepik.com

Sejak dulu kita sering dengar wanita berkata bahawa rambut merupakan mahkota mereka. Sebenarnya ia juga tidak kurang juga dengan lelaki. Rambut merupajan antara ‘aset yang sangat penting dalam penampilan lelaki.

Malah dengan rambut yang baik ia menonjolkan identiti serta personaliti seorang lelaki itu menjadi lebih menarik. Jadi bagi lelaki memang rambut sangat penting. Penjagaan rambut lelaki mungkin tidak serumit seperti wanita. Namun terdapat beberapa tabiat yang sering lelaki lakukan boleh menyebabkan rambut gugur, rosak dan seterusnya menjadi cepat botak.

Jika anda melakukan perkara seperti MASKULIN nyatakan di bawah, masih tidak terlambat untuk ubat tabiat tersebut!

Pakai topi ketat

Tak dinafikan, topi jenis snapback, cap atau beanie membuatkan penampilan anda lebih menyerlah. Malah topi juga merupakan penyelamat kepada anda yang mengalami masalah keguguran rambut atau kebotakan kerana ia boleh menutupi bahagian yang botak itu.

Namun tanpa anda sedar, pemakaian topi yang terlalu ketat dengan pemakaian dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan berlakunya traction alopecia atau keguguran rambut secara berkala. Tabiat ini akan menyebabkan rambut kurang bernafas sehingga rambut jadi nipis dan akhirnya botak.

Ads

Ikat rambut terlalu kuat

Memang ramai lelaki yang suka menyimpan rambut panjang. Malah man bun menjadi antara gaya rambut yang popular di kalangan lelaki berambut panjang. Apa yang salahnya apabila anda mengikat rambut terlampau ketat dalam jangka masa yang lama. Ini boleh menyebabkan tekanan berlebihan kepada akar rambut.

Menurut William D. Yates, ramai lelaki yang menerapkan gaya rambut man bun ini mengalami masalah rambut gugur yang serius. Jadi awas ye untuk anda yang berambut panjang!

Ads

Elak ikat rambut tocang

Bagi lelaki berambut panjang, ikatan gaya man braid pastinya menjadi pilihan. Apatah lagi gaya ini sudah menjadi trend di antara selebriti lelaki. Gaya french braid, cornrow, side plaits atau mini braids tidak dinafikan mampu membuatkan lelaki tampil edgy.

Namun gaya rambut seperti ini juga berisiko kepada rambut dan kulit kepala. Sama seperti man bun, gaya ini juga boleh memberi tekanan yang berlebihan kepada batang rambut yang akhirnya menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.

Ads

Kurangkan produk dengan bahan kimia

Seperti yang dipetik dari news.com, semua gaya rambut yang menggunakan bantuan styling product secara berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kebotakan. Sisa bahan kimia akan berkumpul pada kulit rambut dan membentuk kotoran yang mengganggu keseimbangan pH di kulit kepala.

Sehingga akibatnya, kulit kepala menjadi tidak sihat dan gagal mencengkam akar rambut dengan baik. Jadi berhati-hatilah menggunakan produk sebegini. Jangan kerana ingin mengikut trend, anda sanggup mengabaikan kesihatan rambut.

Oleh itu, tidak salah untuk anda bergaya tetapi pastikan anda tahu cara penggayaan yang betul. Longgarkan sedikit ikatan rambut dan pemakaian topi. Sesekali biarkan rambut anda lepas bebas serta kurangkan kekerapan menggunakan produk hair styling.

https://www.youtube.com/watch?v=AQkEQvs2p7g

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI