Tak dapat nak dibayangkan kalau kereta atau kenderaan empat roda yang kita pandu tidak dilenglapi dengan sistem aircond atau penghawa dingin. Tinggal di negara kita yang mempunyai cuaca agak panas memang menuntut kita untuk memiliki sistem aircond yang baik.
Disebabkan itulah sangat penting untuk menjaga kondisinya dengan baik sepanjang masa. Selain melakukan servis secara berkala terdapat beberapa perkara perlu anda tekankan dan ambil berat. Salah satunya tidak mengamalkan beberapa tabiat yang dipercayai boleh menyebabkan ia mudah rosak.
Bagi mengelakkan aircond kereta anda cepat rosak, pastikan anda ubah tabiat buruk dan adab semasa berada di dalam kenderaan.
Tidak kiralah apa jua kenderaan, sebagai individu yang akan berada di dalamnya pastikan anda elak 5 perkara ini.
TINGKAP DIBUKA KETIKA AIRCOND DIPASANG
Antara kebiasaan yang sering kita buat adalah membuka tingkap kereta terlalu lama biarpun ketika itu aircond masih terpasang.
Tindakan ini menyebabkan kompresor terpaksa beroperasi lebih dari biasa untuk mendapatkan suhu yang ideal, padahal tanpa sedar kita sedang membuka ruang yang sangat besar. Jika berlarutan, tidak mustahil aircond dalam kenderaan anda mudah dan cepat rosak.
Ads
KONDISI DALAMAN KERETA TIDAK BERSIH & BERSEPAH
Ketahuilah jika anda membiarkan sampah dan kotoran bersepah dalam kabin, ia bukan sahaja menyebabkan kenderaan anda nampak bersepah malah debu juga boleh melekat secara berterusan.
Faktor ini memberi kesan kepada aircond kerana debu dan habuk yang terhasil akan masuk dan keluar dari penapis aircond sekali gus membuatkan komponen itu mudah untuk rosak.
Jangan biasanya diri untuk merokok sesuka hati termasuk semasa berada dalam kenderaan. Ini kerana asap serta debu dari rokok berisiko untuk tembus ke bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut menyebabkan penapis jadi cepat kotor kerana habuk. Akibatnya, tahap kesejukan aircond dalam kenderaan menjadi tidak optimum.
ENJIN DIMATIKAN SECARA MENGEJUT
Sebelum matikan enjin, sila tutup aircond terlebih dahulu. Jika tidak, semasa mahu hidupkan enjin, aircond terpaksa bekerja secara automatik. Anda perlu tahu bahawa bateri antara terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan.
Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi aircond.
Ads
GUNA PEWANGI KERETA JENIS GEL
Pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap. Misalnya apabila terkena suhu sejuk, wap tersebut berubah kembali kepada bentuk gel dan boleh menghalang penasi dan evaporator atau cooling coil dalam aircond.
Sehubungan itu, anda digalakkan untuk menggunakan pewangi yang bersifat cecair untuk mengelakkan perkara tersebut.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini dari kami!
https://www.youtube.com/watch?v=Q5xJKAuQve0
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Honda Malaysia memanggil semula 2,814 unit model HR-V keluaran 2016 berikutan masalah bar penstabil. Bar berkenaan kemungkinan akan patah sekiranya berada dalam keadaan tekanan tinggi. Menurut Honda Malaysia, kerosakan bar penstabil itu berikutan kawalan suhu yang tidak mencukupi ketika proses pengeluaran dan menyebabkan bar berkenaan tidak begitu kukuh.
Bar penstabil yang pecah itu akan menyebabkan roda tidak seimbang dan menyumbang kepada pemanduan tidak lurus yang mana kerana akan bergerak ke kiri atau kanan. Setakat ini tiada lagi kes kemalangan atau kecederaan dilaporkan di Malaysia. Justeru itu pengeluar kereta di Malaysia itu mengambil langkah pencegahan awal menggantikan dengan bar yang baharu.
Buat masa ini, Honda Malaysia memiliki 50 peratus stok seluruh Malaysia dan alat ganti tersebut akan tersedia 100 peratus pada pertengahan bulan depan. Pelanggan yang terlibat akan dihubungi menerusi surat dengan perincian maklumat panggilan semula produk. Pelanggan yang telah menerima surat berkenaan diminta ke pusat jualan Honda berhampiran untuk pemeriksaan dan menggantikan dengan bar penstabil baharu. Kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.
Honda Malaysia menggesa pelanggan yang terjejas menggantikan bar penstabil dengan segera sebaik sahaja mereka menerima surat tersebut. Ini kerana kerosakan itu berpotensi mengakibatkan tayar pancit dan tidak stabil.
Untuk memeriksa status panggilan semula layari www.honda.com.myatau www.productrecall.honda.com.my.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila berlaku kerosakan kita haruslah ambil langkah sebaiknya untuk bersedia hadapi kemungkinan tersebut. Disebabkan itulah beberapa item dan peralatan perlu anda sentiasa sediakan dan bawa sepanjang masa.
Dengan adanya kit kecemasan anda boleh menghadapi dugaan kereta rosak di tengah jalan ini dengan baik. Tahukah anda bahawa kebanyakan kereta yang tersadai di tepi jalan akibat kerosakan yang remeh dan biasa seperti bateri tidak berfungsi atau berlakunya kebocoran pada tayar?
Jika anda sentiasa bersedia masalah ini boleh diatasi dengan baik dan cepat. Jadi apakah kit kecemasan serta peralatan yang selalu perlu kita bawa sepanjang masa di dalam kereta?
Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah!
1. Pengecas Telefon Pintar Kereta
Nampak macam tak berapa penting. Tapi bayangkan telefon pintar anda sudah hampir habis bateri. Kereta pula tersadai sebab tayar bocor atau kerosakan lain. Jadi di sinilah pentingnya pengecas telefon pintar dalam kereta!
2. Kit Pertolongan Cemas
Bila berlaku kemalangan kecil yang boleh menyebabkan kecederaan anda boleh melakukan rawatan awal sebelum ketibaan bantuan atau ambulans. Antara item penting dalam kit pertolongan cemas adalah pita pelekat, aspirin, kain lap antiseptik, krim antiseptik dan pelbagai bantuan perubatan lain.
3. Alat Pemadam Api
Antara yang paling ditakuti ialah kereta terlibat dengan kebakaran. Jadi anda perlu bersedia hadapi segala kemungkinan. Pastikan anda pilih alat pemadam api yang sesuai untuk kenderaan komersial sahaja.
4. Tiga Segi Amaran Reflektif
Kebiasannya apabila anda membeli kereta baru, tiga segi amaran reflektif ini akan disediakan. Namun jika tiada anda boleh membelinya di pasaran. Penggunaannya sangat penting terutramanya apabila kereta tersadai di tepi jalan bagi memberitahu pengguna jalan raya lain.
5. Kabel Jumper
Sediakan wayar jumper yang berukuran kira-kira 10 kaki dan disalut dengan getah mampat. Jumper ini penting jika bateri kereta anda bermasalah.
Memandu kereta di negara kita tanpa menggunakan sistem penghawa dingin atau aircond adalah satu perkara yang bukan mustahil tapi sangat sukar dilakukan. Dengan kondisi cuaca panas ekstrem yang sering melanda negara penggunaan aircond dalam kereta merupakan perkara sangat penting.
Disebabkan itulah melakukan servis aircond dengan sebaiknya secara berkala sangat penting. Selepas melakukan servis atau baiki sistem aircond kereta salah satu perkara penting untuk anda lakukan ialah proses vacuum.
Bagi memastikan aircond sentiasa berfungsi baik dan sejuk, sistem aircond harus mengandungi 100% gas aircond (refrigerant) mengikut model kereta. Dan kebiasannya jenis gas yang digunakan ialah R134a.
VACUUM PUMP
Proses Vacuum menggunakan vacuum pump adalah untuk kita menyedut dan mengeluarkan udara, kelembapan dan juga kotoran halus serta benda asing dalam sistem aircond. Dan satu lagi untuk kita nak pastikan keadaan dalaman sistem di bawah paras tekanan udara normal (vacuum state) sebelum kita masuk gas.
Antara kelebihan lain, kita juga dapat kesan jika ada kebocoran dalam sistem aircond sebelum masukkan gas. Proses vacuum juga sangat penting untuk sistem aircond terutamanya selepas kereta anda melalui kerja servis atau baik pulih.
MENGAPA SANGAT PENTING
Mengapa ia sangat penting? Seperti MASKULIN nyatakan di atas, proses ini menyaksikan proses menyedut atau menarik segala udara dan kotoran halus di dalam sistem aircond kereta menggunakan sebuah mesin khas iaitu vacuum pump machine.
Mesin tersebut mampu membantu mengeluarkan udara basah dan segala kotoran halus dari dalam sistem aircond.
Satu perkara penting perlu anda tahu juga ialah sebelum mengisi gas R134a harus dipastikan tiada udara atau lembapan di dalamnya.
Selain itu, kondisi dalaman sistem aircond juga perlu berada di bawah paras tekanan udara normal atau dalam bahasa mudahnya, vacuum state. Ini agar hanya gas R134a tulen sahaja yang akan dimasukkan.
Andai kata berlakunya sebarang kebocoran, gas tersebut akan keluar dan udara luar boleh masuk ke dalam sistem aircond. Apabila ini berlaku gas dan minyak kompresor boleh bercampur dan menyebabkan minyak jadi bersiat asidik menghakis.
Jadi sentiasa pantau kerja-kerja servis yang dilakukan di bengekl. Jika timbul masalah lain selepas anda hantar servis, rujuklah semula dengan bengkel dan cuba ajukan soalan tentang sebarang kemungkinan berlakunya kebocoran lain.
Semoga perkongsian ini mampu membantu dan memberikan manfaat kepada anda.
Jangan lupa subscribe YouTube dan follow TikTok MASKULIN!
Kredit: ascarservice
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.