Siapa sangka seorang Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sanggup dan tidak kekok langsung menjadi ‘delivery boy’ hanya untuk menyerahkan makanan kepada pelanggan.
Datuk Dr. Sheikh melakukan proses penghantaran makanan ini untuk pelanggan yang memesan makanan di restoran miliknya hasil Kerjasama dengan Datuk Ismail Ahmad. Opreasi menghantar makanan ini sudah berlaku sejak minggu lalu semasa perintah PKP.
“Ramai tidak tahu yang saya pernah buka restoran Rebung bersama Chef Ismail pada tahun 2003 dan ia mendapat sambutan yang menggalakan.” Tulisnya di Instagram.
Mengimbau Kembali kenangannya ketika membuka restoran Rebung yang memerlukannya bagun seawal 4.00 pagi untuk ke pasar untuk mendapatkan makanan laut segar selama 6 bulan cukup memberi kenangan manis buatnya.
“Malah saya masih teringat ke Pasar Borong Selayang pada jam 0400 pagi pada waktu itu membeli makanan laut segar setiap hari selama 6 bulan terakhir semasa kami memulakan perniagaan.
“Saya teringat menghantar Lemang & Rendang & Dodol pada awal pagi Raya selama 2 tahun yang lalu.” Tulisnya lagi.
“Dan Alhamdulillah setelah 17 tahun Rebung masih berdiri teguh dengan 80 kakitangan berjaya memperoleh banyak Anugerah ‘Makanan Melayu Terbaik’ selama 5 tahun berturut-turut. Bahkan kami beralih dari Taman Bangsar ke Taman Botani pada tahun 2018 untuk tempat letak kenderaan 5 tingkat yang lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 500 orang. Syukur Alhamdulillah.” Tambahnya seorang yang meminati makanan terutamanya Makanan Melayu Negeri Sembilan.
Macam ni lah baru betul, sebenarnya macam-macam cara peniaga dan orang ramai boleh lakukan. Ini salah satu caranya.