Kini dengan menaiki ETS perjalanan anda ke utara menjadi lebih mudah dan lancar. Bagi yang kali pertama ingin menaiki ETS, tentu banyak perkara yang anda tidak ketahui terutamanya tentang kemudahan dan coach yang sesuai untuk anda pilih.
Namun anda tak perlu bimbang kerana seorang pengguna Facebook, Cik Aisyahfttrah ada berkongsi panduan dan kemudahan yang boleh anda dapat di ETS. Jadi selepas ini mudahlah anda nak menaiki ETS.
BACA: Hadam 10 Panduan Ini Sebelum Anda Nak Redah Sendiri & Jalan Sakan Ke Kundasang, Sabah!
Hari ni rasa nak share sikit tentang ETS. Ada yg xpernah naik lagi? Mai kami cita.
Dalam ets ni ada 6 coach iaitu coach A hingga F.
Coach depan sekali kalau menghala ke arah selatan (KL Sentral).
Coach kedua depan. Dekat coach ni ada tandas antara coach A-B.
BACA: Cara Mudah Simpan Buah Strawberi Agar Tak Benyek & Kekal Segar Macam Baru Beli!
Coach tengah. Kalau hampa lapaq2 tu ampa boleh la cari makan dekat coach ni. Ada bistro (mcm cafe) la sini. Antara coach C-D jugak ada surau. Utk Muslim boleh la solat dekat sini. Tapi kecik ja lah kalau nk masuk 2 org tu boleh lagi.
Di sini terdapat banyak kemudahan utk OKU. Ada space utk OKU. Ada tandas OKU.
Coach ni ada tandas jugak. Antara coach E-F.
Coach hujung sekali. Tapi kalau menghala ke utara dia la yg first.
BACA: Wanita Kongsi 20 Tempat Percutian Menarik & ‘Wajib’ Pergi Sekali Seumur Hidup!
1. Kalau ampa nak tau dalam ETS jugak ada disediakan plug utk sapa2 nk buat keja guna laptop ka apa. nk cas phone ka.
2. Coach yg paling kami suka ambik coach B dgn E sebab dekat dgn toilet.
3. Lagi satu kami akan pilih seat tepi lorong bukan dekat tepi tingkap. Sebab nanti kalau nak keluar p toilet ka p cafe ka senang xpayah dok panggil org sebelah suruh bangun. Sebab seat dia sempit sikit.
4. Selalu seat 1B atau 2C yg kmi selalu pilih. Seat 1B dpn sekali dekat tv tu. Kalau seat 2C pn depan sekali tapi ruang depan tu luas. Boleh la kalau nk letak luggage ka apa.
5. Utk yang p by group ka apa boleh jugak nk duduk seat berdepan. Seat berdepan selalunya:-
COACH A – seat 14&15
COACH B – seat 13&14
COACH C – seat 10&11
COACH D – seat 1&2
COACH E – seat 13&14
COACH F – seat 14&15
6. Lagi satu ampa kalau nk book tiket tu baik book awai2 takut nnt full. Tambah2 kalau musim perayaan ka atau sabtu ahad memang cepat habis.
7. Yang lain kami ada terang dekat setiap gambaq tau.
Ok tu ja sharing kami. Moga bermanfaat utk ampa semua.