Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan nama asing dalam politik Malaysia, merupakan ahli politik yang cukup dikenali dan dihormati.
Syed Saddiq Nekad ‘Marathon’ Dari Muar Ke Parlimen
Ahli Parlimen Muar ini juga berani dan ketegasan dalam memperjuangkan isu-isu yang dekat di hati rakyat Malaysia, khususnya golongan belia.
Terbaru, Syed Saddiq melancarkan inisiatif Langkah Muar sebagai tanda protes terhadap kerajaan berikutan penafian peruntukan bagi Parlimen pembangkang.
Menurutnya, beliau akan berlari sejauh 200 kilometer (KM) dari Muar ke Parlimen untuk meraih dana bagi pusat khidmat rakyat di kawasan tersebut.
Ads
“Sudah lebih setahun kawasan Parlimen pembangkang tidak mendapat peruntukan. Kawasan Parlimen kerajaan menerima RM20 juta tetapi pembangkang tiada peruntukan.
“Kerajaan suruh runding. Saya sudah jumpa Timbalan Perdana Menteri dua kali dan sudah hantar surat tiga kali tetapi masih tiada perkembangan. Saya tidak boleh putus asa, daripada mengeluh lebih baik saya bertindak.
Kini Gunakan Kaki
“Dahulu saya korbankan rambut saya dalam Fundraiser Botak Challenge, buat kelas ThunderBOLD, masak dan jual lasagna serta jadi model untuk jual kurta. Kini saya gunakan kaki pula untuk dana di Muar dan sebagai tanda protes,” katanya menerusi video yang dimuat naik di X pada Rabu.
Ads
Sebelum ini, dilaporkan kerajaan merangka draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, draf tersebut akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.
Syed Saddiq Nekad ‘Marathon’ Dari Muar Ke Parlimen
Susulan itu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau sendiri akan mewakili ketua pembangkang bagi menghadiri pertemuan dengan Fadillah bagi mengetahui perkembangan terkini status peruntukan tersebut.
Ads
Untuk info : Sebagai ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dilihat terus berkhidmat dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi untuk memastikan suara rakyat di kawasannya didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan yang dibuat di peringkat nasional.
“Memilih adalah hak dia. Menyebabkan pengangguran hingga tiada kerja itu salah kau!”
Itulah kata-kata ringkas dari Sir Hafiz Yusoff, President Angkatan Pemangkin Ekonomi Se-Malaysia dan Pengarah HJ Motors di sebuah video hasil MAU KERJA.
Menurutnya, dia mendapat peluang untuk sambung pelajaran di UTP, Petronas tetapi di tahun akhir, dirinya membuat keputusan untuk membuat bisnes.
Kongsinya, sejak 3 tahun lalu dia sering berkata dia ingin memakai kereta Mustang, hinggakan ramai rakan-rakannya memandang rendah padanya dan memikirkan pekara itu sesuatu yang mustahil untuk dirinya kecapi.
.
Namun dia tidak mengalah untuk miliki perniagaan hingga ke puncak kejayaan. Sangat positif menghadapi liku hidup, dia memesan supaya jangan berkira apabila memberi.
Menurutnya lagi, dalam hidup kena ada mentor untuk mempercepatkan kejayaan kita. Kalau tidak kita akan syok sendiri, tapi hasil tiada.
Jom tonton dan saksikan video yang penuh inspirasi ini, semoga kita semua dapat dapat menjadikanya sebagai contoh…
Menjadi seorang pereka yang penuh dengan idea dan berinovasi merupakan impian ramai orang. Kisah kejayaan yang dilakukan Jamie Siminoff, pengasas dan pencipta jenama loecng pintu pintar popular, ‘Ring’ merupakan inspirasi hebat untuk semua.
Sebelum mencapai kejayaan, Jamie merupakan seorang pereka atau inovator yang kerap menghabiskan masa di garajnya untuk menguji konsep-konsep baharu.
Ramai pencipta telah berjaya menjadi kaya dengan inovasi mereka dan nasib baik, Siminoff adalah salah seorang daripada mereka.
Idea asalnya kisah Jamie mencipta loceng pintu pinatr bermula selepas dia kecewa kerap kali terlepas kunjungan penting kerana tidak mendengar loceng pintu berbunyi. Maka dari situlah bermulanya kisah dia mula mencipta loceng pintu Ring, inovasi yang kini menjadikanya seorang jutawan kaya raya.
Dari Masalah Kecil Menjadi Idea Bernilai
Masalah dengan loceng pintu bagi Siminoff adalah dia tidak selalu mendengarnya dan tidak selalu ingin memeriksa siapa yang telah membunyikannya. Oleh sebab itu, dia membangunkan versi awal loceng pintu pintarnya, Ring.
Ring kini merupakan sebuah syarikat yang mengkhususkan dalam loceng pintu pintar yang dilengkapi dengan kamera HD, pengesan gerakan, mikrofon dan pembesar suara untuk komunikasi dua hala.
Pada tahun 2013, ciptaannya merupakan adalah antara yang paling awal dan pertama seumpamanya di pasaran.
Konsep Ring adalah mudah, apabila loceng pintu ditekan, isyarat dihantar melalui WiFi rumah ke pelayan awan Ring dan kembali ke telefon pengguna.
Selepas pemasangan, loceng pintu Ring menyambung ke rangkaian WiFi rumah dan menghantar video serta data lain ke aplikasi Ring pada telefon pintar pengguna.
Lebih menarik, pemilik rumah boleh mengakses maklumat ini dari mana-mana lokasi dengan bantuan internet.
Bagaimana Loceng Pintu Pintar Pertama Dicipta
Selepas isterinya mengadu bahawa dia tidak dapat mendengar loceng pintu, dia memutuskan untuk mencipta loceng pintu yang boleh dihubungkan ke telefon bimbit.
Dengan galakan isterinya, Erin, yang bekerja dalam pembangunan filem untuk 20th Century Fox. Dia mengosongkan akaun simpanannya untuk memesan batch pertama 5,000 loceng pintu dari sebuah kilang di Taiwan, walaupun dia bimbang pengguna akan melihat produknya sebagai mainan bernilai USD200 (RM926).
Kisah ini menjadi lebih menarik. Pada satu hari sekitar Mei 2013, seorang kenalannya yang juga seorang usahawan mencadangkan agar dia memohon untuk Shark Tank, program TV berkisar usahawan mencari pemodal besar. Selepas itu, Jamie berjaya untuk melakukan kemunculan di program ‘Shark Tank’.
Walau bagaimanapun nasibnya agak kurang baik apabila semua “sharks” menolak apabila dia mencadangkan pelaburan USD700,000 (RM3.24 juta) untuk 10% ekuiti.
Sebulan selepas muncul di Shark Tank, hasil jualannya mencatatkan peningkatan hampir USD1 juta (RM4.63 juta). Namun, kualiti video dan audio yang buruk serta sambungan WiFi yang tidak stabil menyebabkan usaha pemasaran dan jualan DoorBot tidak mencapai sasaran.
Siminoff menghabiskan sembilan bulan berikutnya melawat 50 pelanggan di rumah mereka dan menjawab setiap e-mel yang dihantar ke perniagaannya.
Dia memastikan untuk mengagumkan prospek dan pelanggan, malah alamat e-melnya masih dicetak pada setiap kotak produk. Sehingga sekitar enam bulan lalu, dia melawat sekurang-kurangnya sekali setiap bulan untuk membantu pelanggan menyelesaikan masalah seperti sambungan WiFi lemah.
Bagi mereka dapat bekerjasama dalam reka bentuk semula dan mengeluarkan kredit untuk membiayai 30,000 peranti pertama pada harga RM463 ($100) setiap satu, Siminoff menghubungi Foxconn, gergasi China yang mengeluarkan iPhone, pada bulan Mac 2014.
Dalam masa yang sama, dia perlu bergerak pantas untuk mendapatkan pembiayaan. Pelabur Upfront Ventures, Hamet Watt, mencadangkan nama baru, “Ring,” yang merujuk kepada loceng pintu dan juga penghalang pelindung di sekitar rumah.
Kejayaan penggunaan produknya telah membuka mata banyak pihak. Malah ‘Ring’ berjaya mendapatkan serta menghalang penceroboh rumah dengan bantuan LAPD.
Pada tahun 2016, Wilshire Park, sebuah kawasan kelas menengah di Los Angeles dengan kadar kecurian rumah yang tinggi, bekerjasama dengan LAPD untuk mengedarkan 40 loceng pintu kepada penduduk kawasan tersebut.
Walaupun hanya 10% daripada rumah dilindungi oleh peranti ini, LAPD melaporkan penurunan 55% dalam kecurian rumah dalam tempoh enam bulan, berkat kehadiran peranti Ring.
Amazon kemudian membeli Ring dengan harga USD1 billion (RM4.63 bilion) pada tahun 2018. Selepas perjanjian dengan Amazon, Ring memindahkan operasinya di Los Angeles ke kemudahan baharu.
Di Santa Monica, California, 250 daripada 2,000 pekerja syarikat ditempatkan di empat bangunan konkrit satu tingkat yang bersebelahan, termasuk sebuah gudang yang telah diubah suai dan bekas galeri seni. Kekurangan ruang meja menyebabkan Siminoff terpaksa berkongsi pejabat dengan seorang pembantu dan meletakkan komputernya di atas kabinet fail.
Menurut laporan oleh Strategy Analytics, pada tahun 2021, Ring menjual lebih dari 1.7 juta loceng pintu pintar, menjadikannya peneraju pasaran dalam industri loceng pintu video.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: Inc, Money Control & The Richest
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kemunculannya sebagai Superman dalam beberapa buah filem adiwira DC Universe beberapa ketika lalu membuatkan nama Henry Cavill terus mekar dibibir peminat.
Aktor berketurunan Inggeris ini juga turut popular dengan filem-filem seperti ‘The Man from U.N.C.L.E.’ dan ‘Immortals’, serta perannya sebagai Geralt of Rivia dalam seri Netflix ‘The Witcher’.
Selain bakat lakonan dan rupa paras yang kacak di antara kelebihan utama yang ada pada Henry Cavill sehingga dianggap sebagai di antara lelaki terkacak di dunia ialah bentuk badannya yang tegap.
Mungkin anda sendiri pun tertanya-tanya bagaimana aktor ini berjaya membina tubuhnya hingga mencapai tahap tersebut.
Berikut MASKULIN kongsikan apa rahsia di sebalik kejayaan Henry Cavill mendapatkan bentuk tubuh badan yang antap.
LATIHAN FIZIKAL
Latihan Beban
Henry Cavill menghabiskan banyak masa di gim, melakukan latihan beban untuk membina otot. Dia biasanya melakukan latihan compound seperti angkat barbel, deadlifts, dan squats.
Latihan Kardiovaskular
Selain latihan beban, Henry juga melakukan latihan kardio seperti larian dan berenang untuk membakar lemak dan meningkatkan stamina.
Functional Workout
Untuk peranannya sebagai Superman, Henry melakukan latihan functional workout seperti push-ups, pull-ups, dan burpees untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan tubuhnya.
Latihan Khusus
Henry juga menjalani latihan khusus untuk peranannya, seperti latihan penerbangan dan latihan pertarungan.
DIET
Protein Tinggi
Diet Henry kaya dengan protein untuk membantu pemulihan otot dan pertumbuhan. Dia mengambil makanan seperti ayam, daging, ikan, dan telur.
Karbohidrat Kompleks
Untuk mendapatkan tenaga, Henry mengambil karbohidrat kompleks seperti nasi perang, quinoa, dan ubi.
Sayuran dan Buahan
Dietnya juga termasuk banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk mendapatkan serat dan vitamin.
Pengambilan Air
Henry memastikan dia minum banyak air setiap hari untuk kekal terhidrasi.
Elak Makanan Proses
Dia mengelakkan makanan yang diproses dan makanan cepat saji untuk memastikan tubuhnya mendapat nutrisi yang seimbang.
Melihatkan cara yang diamalkan oleh Henry Cavill di atas tidak dinafikan ia memerlukan dedikasi, disiplin dan kerja keras.
Jika anda mampu melakukannya dengan cara tersebut bersama kombinasi latihan yang betul dan diet yang seimbang, impian mendapatkan bentuk tubuh badan sepertinya tidak akan menjadi mustahil.
Tapi apa yang penting untuk diingat juga bahawa setiap individu berbeza dan apa yang berfungsi untuk Henry mungkin tidak berfungsi untuk orang lain.
Penting juga untuk kita mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan atau jurulatih peribadi sebelum memulakan rutin latihan atau diet.
Selamat mencuba!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.