Pada zaman serba moden sekarang masih ramai lagi sebenarnya lelaki yang tidak berapa mengendahkan penjagaan rambut. Penggunaan syampu lelaki sebagai contohnya dilihat sebagai perkara asas memastikan rambut lebih sihat.
Kesan penjagaan yang tidak berapa baik terhadap lelaki mungkin berbeza-beza bagi setiap individu. Namun apa yang pasti jika tidak dijaga dan dibersihkan dengan baik pastinya ia akan berbau.
Lebih teruk jika lelaki itu jenis yang jarang mandi dan sering berpeluh. Namun ada juga yang sangat rajin mencuci rambut dengan syampu namun masalah kulit kepala pula muncul.
Usah khuatir kerana berkemungkinan besar ia berpunca daripada pemilihan produk rambut atau syampu yang tidak sesuai dengan jenis rambut anda.
Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk memilih syampu paling sesuai untuk lelaki? Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip yang boleh membantu anda.
Sebelum menggunakan mana-mana produk rambut seeloknya kenalilah dahulu apakah fungsi serta kegunaannya untuk anda.
Secara umumnya syampu merupakan produk yang membantu untuk anda mencuci rambut agar ia lebih bersih dan memberikan keselesaan dari segi bau dan kelembutan rambut.
Tapi sebenarnya syampu memberikan lebih daripada itu. Kebanyakan syampu mengandungi bahan dikenali sebagai surfactants yang merendahkan kadar minyak di permukaan lantas mencuci rambut. Jika tidak menggunakan syampu, amat sukar untuk membuang kotoran terutamanya jika ia berminyak.
Apabila memilih syampu pastinya faktor paling utama yang anda mahukan ialah keberkesanannya memcuci rambut dengan bersih serta memastikan tekstur rambut dalam keadaan baik. Jadi memilih syampu yang sesuai amatlah penting.
1. Pilih ikut jenis rambut
Untuk memilih syampu mengikut jenis rambut anda perlu pastikan rambut anda dalam kategori yang betul.
RAMBUT LEBAT – bagi anda berambut lurus dan normal carilah syampu yang banyak mengeluarkan buih. Ia mampu membantu ia melakukan cucian secara total.
RAMBUT NIPIS – guna syampu yang lebih pekat. Syampu jenis ini membantu cucian rambut anda lebih rapi dan membantu untuk mengurangkan rambut gugur lebih banyak.
RAMBUT KERINTING – untuk anda berambut kerinting, pilih syampu khas untuk rambut jenis ini. Ia amat penting bagi mengelakkan rambut anda berpintal dan kusut.
RAMBUT LURUS – jenis rambut idaman ramaim ini tidak cerewet untuk dijaga. Untuk mengekalkan bentuk pilih syampu yang buihnya lembut dan ringan.
RAMBUT SENSITIF – usah risau jika anda mempunyai rambut sensitif. Di pasaran terdapat syampu yang sesuai. Pilih syampu yang tidak mengandungi sulfate.
Jika anda ingin mencari syampu yang sesuai pada harga yang menarik, boleh dapatkannya di sini!