Sut Syed Saddiq Di Parlimen Dikecam Netizen, Pakar Imej Ini Beri 5 Tip Etika Dalam Majlis Formal

Share

Sejak dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq sering menjadi perhatian netizen, setiap tingkah lakunya di perkatakan. Terbaru ketika Sidang Dewan Rakyat di parlimen dilangsungkan buat kali pertama baru-baru ini, Menteri termuda ini menarik perhatian ramai lagi dengan sut yang digayakannya.

Sut Syed Saddiq Jadi Perhatian

Hadir ke Parlimen dengan memakai sut beige dan kemeja berwarna merah hati, ternyata persalinan tersebut kelihatan lain dari yang lain apatah lagi tali leher yang dipakainya adalah daripada Royal Malaysia College (RMC), sebagai tanda berbangga dengan tempat beliau menuntut ilmu suatu ketika dahulu.

Lazimnya kita akan melihat pakaian ahli parlimen ketika mereka bersidang adalah sesuatu yang formal dan pakaian mereka kebanyakkannya terdiri daripada persalinan sut hitam mahupun berwarna biru gelap. Hal ini menyebabkan ramai netizen mengecam tindakan Syed Saddiq memakai sut tersebut.

Menyifatkannya tidak sesuai dan tidak kelihatan formal, guru imej yang dikenali sebagai Mary Anni tampil membuat ulasan dan analisa mengenai pakaian Saddiq di laman faceboknya agar kita semua boleh mempelajari sesuatu yang baik daripadanya.

 

Sut Beige

Warna Sut yang Lebih Tepat

Warna Kemeja Dark Maroon

Warna Kemeja Yang Tepat

Tali Leher

Pilihan Warna Sut Yang Betul

Kesimpulannya

Namun begitu, Mary pada akhir analisa nya memberitahu bukanlah niatnya untuk menjatuhkan imej Saddiq, sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman dan tips untuk mereka diluar sana mengambil contoh cara berpakaian yang betul dan mengikut aturan untuk memahami etika dalam penampilan profesional.

 

Sumber : facebook Mary Anni 

Published by
Ruziana Zainal