7 Trik Susun Atur Perabot Lama Ini Jadikan Ruang Tamu Nampak ‘Baru’ & Berbeza!

1179

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, semua benda nak baru. Kebiasaannya, ia akan menelan kos yang banyak. Memandangkan Hari Raya ni setahun sekali, maka ramai orang sanggup overspend kerana nak semuanya nampak sempurna.

Hutang pun takpe, asalkan dapat sambut Hari Raya dengan gembira. Itu salah okey.

Tak semestinya nak raya, serba serbi anda perlu tukar baru. Kalau barangan rumah masih okey, anda hanya perlu tukar susun atur di ruang tamu sahaja. Hasilnya pun boleh buat rumah anda nampak berbeza dan ‘baru’ .

Azizul Azli Ahmad berkongsi 7 tip macam mana nak susun atur barang atau perabot yang sedia ada untuk nampak berbeza sempena raya ini. Pasti nambak lain dan kreatif.

JANGAN BELI PERABOT BARU RAYA INI?

Menjelang raya, ada tiga (3) perbelanjaan besar setiap rumah. Pakaian baru, duit raya dan perabot baru.

Jika suami kita tak kaya, lakukan ini.

1. Tukar susun atur kedudukan kerusi rumah kita, ubah dari kedudukan asal.

Buat sedikit experimen dengan ubah kedudukan agar mudahkan pergerakkan ruang kita dan tetamu yang datang.

2. Susun kembali sofa dengan kedudukan baru, ubah kedudukan tv dan letakkan sedikit bunga segar.

Sebelum dan selepas ruang yang sama diberikan susunan baru.

3. Cari satu titik tumpu didalam rumah dan berikan sedikit warna atau pasang kertas dinding. Pastikan dinding itu rata dan tiada bukaan tingkap di situ.

4. Jika ada sedikit modal, beli satu permaidani kecil gantikan diruang tamu. Modalnya kecil tetapi kesannya besar pada ruang.

5. Bersih dan cuci langsir yang lama, jika dapat tema langsir ada persamaan sedikit dengan warna permaidani kecil tadi.

Bersih kembali dan jika masih baik kekalkan gunakan yang lama, jika dah luntur sebaiknya tukar baru.

6. Bantal kecil letak diatas sofa boleh beri tenaga baru pada ruang.

Bantal kecil boleh beri mood suasana baru.

7. Lampu hiasan juga boleh memberi mood ruang yang baik sempena raya ini.

Cari lampu yang sesuai dengan bajet kita, IKEA ada sediakan pelbagai rekabentuk dan harga yang kita mampu dari serendah RM39.90.

Jangan tukar perabot baru selagi perabot lama masih berfungsi dengan baik.

Kongsikan jika bermanfaat

Azizul Azli Ahmad