Pada 12 April yang lalu, MASKULIN telah menampilkan sebuah artikel berkaitan larangan amaran penggunaan lima jenama atau model wayar extension dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Mekanikal Hong Kong (EMSD) kepada orang awamnya.
Menurut amaran tersebut mereka telah menyenaraikan lima jenis wayar extension yangh didapati tidak menepati ciri-ciri keselamatan. Ia juga boleh menyebabkan berlakunya overheat dengan cepat dan lebih teruk berlaku kebakaran.
Difahamkan produk-produk ini turut boleh didapati di negara kita dengan cukup mudah sama ada di kedai atau secara online.
Semalam seorang pengguna Facebook bernama Afil Jefri telah berkongsi sebuah posting yang berkaitan dengan salah satu wayar extension seperti yang MASKULIN nyatakan menerusi artikel sebelum ini.
BACA: Jangan Guna 5 Wayar Extension Ini Kerana Cepat Overheat & Boleh Sebabkan Kebakaran
1. Jenama: Remax, Model: RU-S4
2. Jenama: LDNIO, Model: SC3301
3. Jenama: LDNIO, Model: SC3604
4. Jenama: NA, Model: ZGN-T06
5. Jenama: NA, Model: ZGN-T08
Menerusi foto perkongsiannya MASKULIN dapati saudara Afil menggunakan wayar extension jenama LDNIO model SC3604. Dan apa yang menakutkan dia telah berdepan dengan situasi di mana telah berlaku masalah elektrik, malah hampir menyebabkan kebakaran.
Ikuti perkongsian menarik saudara Afil di bawah:
Mujur tak berlaku kebakaran. Kalau tak, tak tahulah macam mana.
⠀
Saya nak share sikit pasal port untuk USB dan plug elektrik ni. Memang bahaya dan harap-harap, sesiapa yang sedang guna, berhenti gunakan benda Allah ni.
⠀
Ceritanya begini. Benda ni jadi kemarin sebenarnya. Tapi, saya baru sempat nak share hari ni.
⠀
Seperti biasa, sebelum tidur, saya akan caj power bank untuk guna esok pagi. Jadi, saya caj guna kabel USB yang saya sambung ke port ini.
Sebelum tidur, sempat melayan Netflix sekejap dan saya terhidu bau hangit. Tapi waktu tu saya ingatkan, bau tu dari luar sebab pintu balkoni terbuka.
⠀
Jadi, okaylah. Saya pun tak ada risau apa pun.
Bila saya tengok betul-betul, mini USB yang sambung ke input power bank tu dah melekat sebab plastik power bank tu dah cair.
Bila saya pusing ke bahagian belakang power bank, rupanya ada kesan terbakar dan bau hangit yang saya hidu semalam tu rupanya bau terbakar power bank inilah.
⠀
Saya tak pasti apa term untuk masalah elektrik ni. Tapi, saya yakin, benda ni tak ada perintang untuk filter jumlah tenaga yang masuk. Saya rasalah. Saya tak reti sangat bab elektrik.
Tapi apa yang saya nak sampaikan, kalau boleh, elakkan guna benda ini sebab malang tak berbau. Tapi, benda terbakar memang berbau.
⠀
Jadi, sebelum terbau benda terbakar yang boleh menyebabkan kemalangan, saya kongsikan untuk peringatan bersama.
⠀
Harga benda ni tak mahal sangat dan harganya berbeza-beza. Yang dijual di online, harganya berbeza daripada yang dijual di kedai-kedai gadget.
MASKULIN nasihatkan kepada anda yang menggunakan 5 wayar extension seperti yang dinyatakan agar berhati-hati. Gunalah produk yang mendapat kelulusan SIRIM dan menepati ciri-ciri keselamatan.
Posting asal di Facebook;