Pada 12 April yang lalu, MASKULIN telah menampilkan sebuah artikel berkaitan larangan amaran penggunaan lima jenama atau model wayar extension dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Mekanikal Hong Kong (EMSD) kepada orang awamnya.

Menurut amaran tersebut mereka telah menyenaraikan lima jenis wayar extension yangh didapati tidak menepati ciri-ciri keselamatan. Ia juga boleh menyebabkan berlakunya overheat dengan cepat dan lebih teruk berlaku kebakaran.

Difahamkan produk-produk ini turut boleh didapati di negara kita dengan cukup mudah sama ada di kedai atau secara online.

Semalam seorang pengguna Facebook bernama Afil Jefri telah berkongsi sebuah posting yang berkaitan dengan salah satu wayar extension seperti yang MASKULIN nyatakan menerusi artikel sebelum ini.

BACA: Jangan Guna 5 Wayar Extension Ini Kerana Cepat Overheat & Boleh Sebabkan Kebakaran

5 WAYAR EXTENSION TERSEBUT

1. Jenama: Remax, Model: RU-S4
2. Jenama: LDNIO, Model: SC3301
3. Jenama: LDNIO, Model: SC3604
4. Jenama: NA, Model: ZGN-T06
5. Jenama: NA, Model: ZGN-T08

IKLAN

Menerusi foto perkongsiannya MASKULIN dapati saudara Afil menggunakan wayar extension jenama LDNIO model SC3604. Dan apa yang menakutkan dia telah berdepan dengan situasi di mana telah berlaku masalah elektrik, malah hampir menyebabkan kebakaran.

Ikuti perkongsian menarik saudara Afil di bawah:


Susulan Tular Wayar Extension Cepat Overheat, Lelaki Ini Kongsi Rumahnya Hampir Alami Kebakaran

Mujur tak berlaku kebakaran. Kalau tak, tak tahulah macam mana.

Saya nak share sikit pasal port untuk USB dan plug elektrik ni. Memang bahaya dan harap-harap, sesiapa yang sedang guna, berhenti gunakan benda Allah ni.

Ceritanya begini. Benda ni jadi kemarin sebenarnya. Tapi, saya baru sempat nak share hari ni.

Seperti biasa, sebelum tidur, saya akan caj power bank untuk guna esok pagi. Jadi, saya caj guna kabel USB yang saya sambung ke port ini.

IKLAN

BAU HANGIT

Susulan Tular Wayar Extension Cepat Overheat, Lelaki Ini Kongsi Rumahnya Hampir Alami Kebakaran
Sebelum tidur, sempat melayan Netflix sekejap dan saya terhidu bau hangit. Tapi waktu tu saya ingatkan, bau tu dari luar sebab pintu balkoni terbuka.

Jadi, okaylah. Saya pun tak ada risau apa pun.

Esoknya, bila saya nak cabut power bank yang saya dah caj semalamam itu, tak boleh cabut. Bila tekan butang yang ada di tepi, memang lampu biru pun dah tak menyala.

PLASTIK CAIR

Bila saya tengok betul-betul, mini USB yang sambung ke input power bank tu dah melekat sebab plastik power bank tu dah cair.

Susulan Tular Wayar Extension Cepat Overheat, Lelaki Ini Kongsi Rumahnya Hampir Alami Kebakaran

KESAN TERBAKAR 

Bila saya pusing ke bahagian belakang power bank, rupanya ada kesan terbakar dan bau hangit yang saya hidu semalam tu rupanya bau terbakar power bank inilah.

Saya tak pasti apa term untuk masalah elektrik ni. Tapi, saya yakin, benda ni tak ada perintang untuk filter jumlah tenaga yang masuk. Saya rasalah. Saya tak reti sangat bab elektrik.

IKLAN

Susulan Tular Wayar Extension Cepat Overheat, Lelaki Ini Kongsi Rumahnya Hampir Alami Kebakaran

Tapi apa yang saya nak sampaikan, kalau boleh, elakkan guna benda ini sebab malang tak berbau. Tapi, benda terbakar memang berbau.

Jadi, sebelum terbau benda terbakar yang boleh menyebabkan kemalangan, saya kongsikan untuk peringatan bersama.

Harga benda ni tak mahal sangat dan harganya berbeza-beza. Yang dijual di online, harganya berbeza daripada yang dijual di kedai-kedai gadget.

Contohnya, di satu kedai gadget yang terletak dj Nu Sentral, saya nampak harganya ada yang RM120 dan di kedai lain ada yang harganya RM50.

Berapa pun harganya, kalau membahayakan nyawa, baik tak payah guna. Ini pengajaran untuk diri sendiri juga. Semoga bermanfaat.

Sayang juga sebab power bank tu dah ikut saya bertahun-tahun. Jatuh berkali-kali dah pun tetap boleh guna. Memang power sebab berkali-kali caj phone pun, boleh tahan lagi. Memang sesuai nama dia ‘power bank’.


Afil,
Nak belajar guna tenaga solar. Haha.


MASKULIN nasihatkan kepada anda yang menggunakan 5 wayar extension seperti yang dinyatakan agar berhati-hati. Gunalah produk yang mendapat kelulusan SIRIM dan menepati ciri-ciri keselamatan.

Posting asal di Facebook;

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI