Kadangkala lelaki yang tidak mempunyai jambang ini pastinya sedikit sebanyak cemburu melihat artis atau rakan-rakan mereka yang tampil kacak dengan gaya ini.
Sama ada mahu terima atau tidak, selain wajah bebas jerawat dan kulit yang licin, janggut atau jambang juga memainkan peranan yang besar untuk menaikkan peratus kacak seorang lelaki!
Jadi apabila nak melebatkannya, pastikan anda bela betul. Bukan membiarkan ia tumbuh tanpa kawalan hingga memburukkan wajah anda.
Dalam masa yang sama, jika anda baru sahaja lepas bercukur, ada kalanya muka anda kelihatan sangat muda dan ‘kosong’ kerana janggut sudah tiada.
Ia bukan sahaja mengurangkan keyakinan anda kerana anda yang berpendapat ‘wajah tua’ adalah imej penting untuk menunjukkan seseorang lelaki itu kelihatan matang.
Jadi kalau anda mahukan janggut kembali tumbuh dengan lebat, ini adalah 5 tip simple yang boleh anda lakukan.
1. Kurangkan bercukur
Ads
Untuk mendapatkan janggut yang tebal, anda perlu mengelak daripada membentuk atau mencukur janggut di wajah anda dengan terlalu kerap.
Jika anda mahukan gaya stubble, ianya amat mudah. Caranya adalah anda tidak perlu bercukur selama beberapa hari dan anda memilikinya dengan cara yang paling mudah dan hanya memerlukan penjagaan asas sahaja untuk memastikan gaya itu kekal.
2. Biarkan janggut sehingga 4-6 minggu
Pertumbuhan janggut merupakan suatu komitmen bagi diri anda. Anda perlu membiarkan janggut anda tumbuh tanpa sebarang gangguan selama empat hingga enam minggu.
Selepas enam minggu, anda boleh menggunting janggut anda untuk mengemaskannya apabila ianya telah matang dan anda boleh mula membentuk janggut dengan gaya yang diinginkan anda apabila ia telah berkembang sekurang-kurangnya 1 atau 1½ inci.
Ads
3. Cuci dan rapikan secara teratur
Sama seperti rambut anda, janggut anda juga memerlukan penjagaan dan perhatian yang kerap. Anda perlu membasuh janggut anda menggunakan pencuci muka mild bersama air suam dua kali sehari. Ini akan mempercepat pertumbuhan rambut.
Juga, gunakan syampu ringan di janggut anda dua atau tiga kali seminggu untuk memastikan rambut bersih dan bebas daripada makanan yang sesat dan zarah lain. Selepas mencuci, gunakan sedikit perapi untuk menjaga rambut yang kuat dan memberikan penampilan yang penuh dan tebal.
4. Urutkan wajah anda
Ads
Untuk merangsang pertumbuhan rambut di muka anda, mengurut secara teratur adalah suatu keharusan.
Mengurut wajah anda akan meningkatkan peredaran darah ke kawasan tersebut dan membantu nutrien mencapai folikel rambut sehingga rambut tumbuh lebih cepat dan lebih tebal. Ini akan memberikan rupa janggut yang lebih lengkap dan lebih maju.
5. Guna bahan semula jadi
Untuk menyediakan minyak urut, anda boleh menggabungkan 1 sudu makan minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak badam manis dan tambah 5 hingga 7 titis minyak pati kayu putih. Atau, anda boleh menggunakan campuran 2 hingga 3 sudu minyak zaitun dan beberapa titis minyak kayu putih.
Caranya adalah:
Panaskan gabungan minyak dalam gelombang mikro selama beberapa saat.
Letakkan minyak yang telah hangat di telapak tangan anda.
Sapukan dengan teliti sepanjang janggut anda.
Urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat selama 10 minit.
Bilas minyak menggunakan air suam
Lakukan dua kali sehari.
Selamat mencuba! Semoga penampilan anda bertambah kacak dari hari ke hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki yang mempunyai rambut panjang dilabelkan sebagai seseorang yang berjiwa klasik, sentimental dan sangat kreatif dalam hal-hal yang tertentu. Masa yang sama, lelaki yang ada rambut panjang juga ada tarikannya yang tersendiri.
Selain dikatakan bijak menyusun karakter diri dan menyesuaikannya dengan orang ramai, golongan lelaki rambut panjang ini memiliki auranya yang tersendiri.
Misalnya apabila berjalan di khalayak umum, rambut panjang yang kemas dan beralun itu sesekali boleh membuatkan lelaki lain cemburu.
Jika anda ada menanam cita-cita mahu membela rambut panjang atau sedang memiliki rambut panjang, ini perkara yang perlu anda buat, ikut sahaja petua yang MASKULIN sediakan ini :
1. Basuh rambut setiap hari
Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.
2. Elak gosok rambut basah dengan tuala
Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering. Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.
3. Elak ikat rambut terlalu ketat
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
4. Guna krim pelindung rambut
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya.
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku. Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tips lain? Apa kata kongsikan bersama Maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Umur dah masuk 30 tahun tapi nampak macam jejaka baru lebih habis belajar. Seronok bila dengar orang kata begini pada kita. Awet muda dari usia sebenarnya menjadi dambaan semua orang termasuk golongan lelaki.
Siapa yang tak mahu kan, awet muda terserlah dari kulit kita yang sihat dan cerah bersinar? Kekal muda walaupun usia dah meningkat.
Berikut adalah cara mudah untuk kamu tampak lima tahun lebih muda dari usia sebenar.
Salah satu cara agar kulit jadi sihat dan bersinar adalah amalan makan makanan semula jadi berwarna-warni seperti beri biru, tembikai dan brokoli.
2. Buat aktiviti yang mengeluarkan peluh
Gerakkan tubuh anda paling kurang 30 minit sehari agar fikiran dan kulit menjadi sihat. Senaman akan melancarkan perjalanan darah. Malah dengan bersenam, wajah anda akan kelihatan kemerah-merahan dan segar beberapa jam setelah mengeluarkan tenaga yang cukup banyak. Anda juga boleh bersauna kerana aktiviti ini akan menyebabkan jantung mengepam lebih banyak darah dari biasanya, seterusnya meningkatkan aliran darah ke wajah.
Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit. Ia juga boleh melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat dan mengundang garis-garis halus pada mata.
4. Elak makanan yang kurang berkhasiat
Makanan ringan, makanan atau minuman dalam pek segera, makanan segera dan sewaktu dengannya sangat tidak berkhasiat. Jangan jadikan makanan-makanan ini sebagai rutin makanan harian anda kerana ia boleh mengundang pelbagai jenis penyakit pada tubuh.
Lelaki yang sentiasa tenang ketika menghadapi masalah dan bijak menyelesaikannya, kebiasaannya kurang mengalami stres. Lihat sahaja pada wajah mereka, kelihatan tersenyum saja seolah-olah tidak ada apa-apa masalah yang berlaku.
Nota Tambahan
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
Amalkan menanam kuku atau rambut yang dipotong atau gugur.
Sejurus bangun pagi, sebelum mandi amalkan petua ini. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi sebanyak 3 kali. Amalkan urutan ini setiap hari untuk wajah kelihatan lebih muda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN percaya ramai di antara anda kini mempunyai rambut yang sudah semakin panjang. Selepas lebih 40 hari kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita sedia maklum perniagaan premis kedai gunting rambut atau salun masih tidak dibenarkan untuk berpoperasi.
Walaupun sekarang negara kita sudah mula ke tahap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun premis tersebut masih tiak dibenarkan untuk dibuka. Jadi lebih lama lagilah terpaksa kita tunggu untuk gunting rambut.
Tapi pernahkah anda terfikir bahawa mungkin inilah momen yang paling sesuai untuk anda sim,pan rambut panjang?
Tapi memunyai rambut yang panjang perlu datang dengan kesungguhan untuk menjaganya dengan baik. Kalau tidak dijaga nanti rambut dan kepala boleh berbau.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi cara terbaik bagaimana nak jaga rambut yang panjang.
Produk Sesuai
Kalau nak berambut panjang pastinya anda harus bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.
Cuci Cara Betul
Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam.
Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup.
Guna Sikat Yang Betul
Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang. Mula menyisir pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.
Kurangkan Guna Curling Iron & Dryer
Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.
Minyak Kelapa
Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya. Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.
Diet Seimbang & Minum Air Cukup
Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.