Susah Nak Maintain Berat Badan Anda? Ini Mindset Yang Perlu Anda Ubah

Share

 

Nak kurus sebenarnya senang, tapi nak maintain kurus tu sangat susah. Jika anda seorang yang gemuk, pasti bila anda dah kurus, anda paling takut untuk kembali ke ‘laut’ dalam bukan? Ini antara perkara yang membuatkan anda hanyut kembali ke dunia lama.

 

  • Kurang faham tentang kalori makan

 

Sebelum ini apabila anda ber diet, anda akan mengikut semua meal plan yang diberikan di internet dan juga orang sekeliling. Jika mereka membantah anda makan nasi, anda pasti tidak menyentuhnya beberapa bulan kerana keinginan anda untuk mengecilkan badan. Setelah anda kurus, pengambilan nasi pasti seperti biasa kan? Nak nak bila lama tak makan, sekali makan, memang selamat tinggallah. Anda perlu faham diet anda, dapatkan nasihat daripada pakar-pakar fitness dan doktor anda. Barulah anda tidak kembali ke dunia lama.

 

  • Kawalan makanan terlalu ketat

 

Nak kurus ni memerlukan masa yang sangat lama. Jangan terlalu rushing untuk mendapat bentuk badan yang cantik. Jika anda craving untuk menikmati makanan berlemak dan tidak sihat, anda boleh mengambil makanan tersebut. Namun janganlah selalu. Takut anda akan terbabas? Apa kata anda kongsi makanan anda itu dengan orang lain. Kuantiti yang anda ambil pun tidaklah begitu banyak.

 

 

  • Tidak lagi bersenam

 

“Ah, dah kurus buat apa senam” ini minda yang sentiasa ada dalam fikiran manusia. Dalam artikel sebelum-sebelum ini, kami ada menyentuh isu bahawa untuk diet kawalan pemakanan haruslah 80% manakala senaman hanya berkesan sebanyak 20% sahaja. Anda tidak perlu senam selama sejam pun jika anda tidak punya masa yang banyak. Bersenam selama 20 minit saja sudah membantu anda untuk keluar peluh agar anda tidak begitu terbabas jauh.

 

  • Ajakan rakan-rakan

Biasalah kalau dah zaman berkerja ni, anda pasti akan dapat rakan-rakan yang sungguh pemurah dengan belanja anda makan hampir setiap hari. Anda pula jenis gemar dengan makan free, jadi ia membuatkan anda akan terbabas. Ini kerana setelah kurus, anda tidak lagi membawa bekal makanan sihat ke pejabat. Mulalah makan makanan yang penuh dengan minyak dan tidak berkhasiat. Walaupun anda tidak lagi bersungguh-sungguh dalam diet, namun untuk maintain, anda harus faham kalori makan, seperti yang disebut pada awalan tadi. Jadi, bila anda faham tentang kalori makanan, tak ada masalah kalau kawan nak belanja anda makan, anda dah tahu nak ambil makanan apa.

 

  • Sakit badan

Pastinya anda akan merasa sengal-sengal badan sepanjang anda ber diet kan. “Kurus ni susahlah, sakit badan. Dah kurus ni,tak payah senam lah, nanti lagi sakit badan”. Ini terjadi kerana anda tidak melakukan senama secara betul. Kerana itu potensi untuk anda sakit-sakit badan sangat tinggi. Lulut merupakan bahagian yang paling selalu anda dapat ketika anda sedang ber diet. Disini anda harus bertanya sekeliling tentang teknik yang betul, supaya anda tidak sakit badan dikemudian hari. Jadi tak ada alasan lagilah lepas ni untuk kekal maintain.

Published by
Maiya Deen