Siapa sangka jenama yang terkait dengan sukan papan selaju sepeti Supreme kini menjadi jenama paling popular dalam dunia fesyen.
Kolaborasi Supreme bersama dengan jenama lain bukan lagi satu perkara biasa. Malah item kolaborasi inilah yang menjadi rebutan penggemar fesyen sama ada streetwear mahupun high end fesyen.
Buat mtahun ketiga berturut-turut jenama yang terkenal dengan box logo merah putihnya, Supreme berkolaborasi dengan jenama premium Lacoste.
Kerjasama kolaborasi yang bermula pada tahun 2017 ini dilihat berkembang semakin baik.
Ads
Untuk tahun ini Supreme x Lacoste menampilkan koleksi musim luruh atau Fal 2019. Dan seperti biasa Lacoste lebih senang menonjolkan koleksi pakaian standard mereka yang diinspirasikan daripada sukan tenis.
Antara pakaian yang terdapat menerusi koleksi eksklusif kali ini ialah baju polo, topi enam panel, pullover half-zip dan track pants. Selain itu aksesori lain seperti mesengger bag dan beanies turut ditampilkan.
Ads
Koleksi eksklusif edisi terhad ini dijangka mempunyai nilasi selepas jual yang sangat tinggi.
Koleksi Supreme x Lacoste Fall 2019 hanya boleh didapati secara online dan in-store di outlet New York, Brooklyn, Los Angeles, London dan Paris pada 26 September. Manakala untuk pasaran Jepun pada 28 September 2019.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baju polo ialah pakaian asas lelaki yang tak lapuk dek zaman dan mesti ada dalam setiap almari.
Keunikannya terletak pada gabungan gaya kasual dan formal, menjadikannya sesuai untuk pelbagai acara, dari santai hingga semi-formal.
Sebagai salah satu tunjang dan pemangkin fesyen lelaki di Malaysia, MASKULIN 10 baju polo terbaik untuk lelaki yang menawarkan gaya, keselesaan dan kualiti.
Baju polo Lacoste adalah ikon dalam dunia fesyen. Diperbuat daripada kapas piqué berkualiti tinggi, ia menawarkan keselesaan dan kebolehtelapan udara.
Logo buaya ikonik menambah sentuhan elegan, menjadikannya sesuai untuk acara kasual dan semi-formal.
Fred Perry Twin Tipped Polo adalah klasik dengan sentuhan kontemporari. Tepi kolar dan lengan yang berkembar, bersama dengan logo karangan bunga laurel yang bersulam, mencipta penampilan yang bergaya dan berbeza. Diperbuat daripada kapas piqué, ia menawarkan ketahanan dan keselesaan.
Bagi mereka yang mencari kemampuan tanpa mengorbankan kualiti, Uniqlo Dry Piqué Polo adalah pilihan terbaik.
Ia mempunyai sifat penyerap lembap untuk memastikan anda sejuk dan kering, menjadikannya ideal untuk cuaca panas. Reka bentuk yang ringkas memastikan ia boleh dipadankan dengan pelbagai pakaian.
Sunspel Riviera Polo mendapat perhatian sebagai pilihan baju polo James Bond dalam “Casino Royale.”
Diperbuat daripada kapas mesh yang bernafas, ia menawarkan rasa mewah dan keselesaan yang luar biasa. Reka bentuk minimalis menjadikannya pakaian serbaguna yang boleh digayakan secara formal atau kasual.
Tommy Hilfiger Essential Polo adalah keperluan dalam almari pakaian. Diperbuat daripada kapas lembut, ia menawarkan keselesaan dan potongan yang relaks.
Logo bendera yang bersulam di dada atau di lengan baju menambah sentuhan pengiktirafan jenama tanpa terlalu mencolok, menjadikannya sesuai untuk suasana kasual.
Everlane Premium Weight Polo terkenal dengan kelestarian dan bahan berkualiti tinggi. Diperbuat daripada kapas berat, ia memberikan potongan yang tahan lama dan berstruktur. Reka bentuk minimalis dan pengeluaran etikal menjadikannya pilihan bijak bagi mereka yang mementingkan alam sekitar.
Variasi dari yang klasik, Custom Slim Fit Mesh Polo menawarkan siluet yang lebih berstruktur sambil mengekalkan kualiti tanda tangan Ralph Lauren. Fabrik mesh yang bernafas dan pelbagai pilihan warna menjadikannya tambahan yang serbaguna dan bergaya dalam almari pakaian.
J.Crew Broken-In Jersey Polo menawarkan potongan yang lebih lembut dan relaks berbanding baju polo piqué tradisional. Diperbuat daripada kapas jersey yang diwarnai, ia memiliki rupa dan rasa vintage, sempurna untuk gaya kasual yang santai. Tekstur yang sudah dipakai menambah karakter pada baju.
Ted Baker Pique Polo menonjol dengan cetakan dan perincian uniknya. Diperbuat daripada kapas lembut, ia menawarkan keselesaan dan gaya yang seimbang.
Perhatian kepada perincian, seperti trim dan butang yang berkontras, menambah sentuhan unik, menjadikannya pilihan yang hebat bagi mereka yang ingin membuat pernyataan fesyen.
Lihat sahaja lelaki yang aktif dalam aktiviti harian sama ada berkerja, bersuka ataupun beriadah. Apakah aksesori wajib yang selalu lelaki bawa? Pada masa kini lelaki dan beg seakan tidak dapt dipisahkan. Sama ada beg sandang, galas atau pun berbentuk folder, beg kini menjadi item yang cukup essential dalam kehidupan seharian.
Salah satu jenama beg yang cukup popular ialah Braun Büffel. Sering tampil dengan pelbagai seleksi beg yang berkualiti tinggi dan trendy, Braun Büffel kini memperkenalkan koleksi terbarunya yang akan diperkenalkan bersempena musim Luruh dan Sejuk 2021.
Lebih menarik koleksi ini hadir dengan tema ‘Micro/Makro’ yang membawa signifikasi rekaan yang sentiasa relevan dengan perkembangan fesyen semasa. Bagi koleksi ini, Braun Büffel mengajak kita semua untuk menerokai dunia yang penuh dengan kebarangkalian dan bereksperimen bagi mencari sesuatu cukup indah.
Sebagai salah seorang nadi utama koleksi ‘Micro/Makro’, Pengarah Kreatif Braun Büffel, Fabio Manzeri turut mengajak kita semua untuk melihat perspektif dunia yang sering berubah dan mencipta corak yang cukpu luas. Dengan mendakap konsep ‘Metamodernism’, koleksi ini juga dilihat sebagai pertembuangan sentuhan rekaan klasik dari Itali serta inovasi kejuruteraan hebat dari Jerman.
Koleksi ‘Micro/Macro’ membawa refleksi tekstur dan warna dalam setiap rekaannya. Manakla karakter kotemporari dari setiap sentuhan pula dihasilkan dari apresiasi elemen klasik serta sentuhan kejuruteraan moden Jerman.
Aplikasi sentimen lama yang dicantumkan bersama teonologi moden terkini menjadi koleksi ‘Micro/Macro’ Braun Büffel sesuatu yang bukan sahaja unik malah mempunyai nilai estetika cukup tinggi.
Malah tidak dapat disangkal bahawa koleksi Braun Büffel FW2021 ini juga dianggap sebagai pemangkian gaya klasik yang bersifat cukup ‘timeless’. Hadir untuk koleksi lelaki dan wanita, ia turut hadir dengan seleksi yang cukup banyak.
Bagi koleksi lelaki penggunaan tona hitam yang cukup signifikan dan kombinasi material Recycled Nylon bersama Nappa memberikan ketahanan yang cukup baik. Antara yang ditawarkan untuk koleksi lelaki ialah Node, Iconic, Otto, Viktor dan banyak lagi!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika wanita terkenal dengan suka membawa handbag atau beg tangan. Lelaki juga ada aksesori wajib yang selalu digunakan iaitu Fanny pack, pouch bag atau apa saja panggilannya.
Apa yang penulis ingin sampaikan ia adalah beg yang dililit pada badan. Jika dahulu aksesori wajib bagi lelaki adalah clutch di mana anda kena pegang, kini ia lebih mudah dengan hanya melilit pada badan sahaja.
Di Amerika panggilannya lebih kepada ‘Fanny Pack’ namun berlain pula panggilannya jika anda pergi ke UK, ia digelar ‘Bum Bag’.
Fesyen item ini menawarkan fungsi yang tersendiri bagi mereka yang inginkan kelainan dalam bergaya tetapi tidak mahu menyandang beg yang besar.
MASKULIN berikan serba sedikit tip pemakaian fanny pack dengan betul.
Elakkan daripada sumbat segala perkakas yang anda bawa di dalam fanny pack. Bila ia terlalu menggelembung sebab sarat dengan barang, stail anda akan musnah dan fanny pack itu adalah penyebabnya. Jadi, hanya bawa apa yang perlu sahaja seperti telefon bimbit, wallet, powerbank, kabel pengecas telefon dan kunci kereta.
Item fesyen ini tidak terhad kepada lelaki sahaja, kaum wanita juga boleh gayakan fanny pack ikut keselesaan anda. Selain lilit di badan, anda boleh buatkan ia sebagai tali pinggang untuk ketatkan seluar yang longgar.
Fesyen ini tiada sempadan. Anda bebas untuk bergaya mengikut pilihan dan keselesaan. Fanny pack boleh dililit pada badan, lilit pada pinggang, sarung di celah lengan dan sebagainya.
Anda tidak digalakkan untuk melilit fanny pack di bahagian belakang badan tidak kira samada ia digayakan pada pinggang atau badan. Ini adalah untuk membuatkan anda tidak menjadi mangsa penyeluk saku. Jadi, jangan jadi mangsa peragut kerana ingin bergaya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.