Trend membeli belah kini sudah jauh berbeza. Selain urusan beli-belah secara online, pengalaman di gedung membeli-belah masih lagi relevan. Namun apa yang berubah adalah mekanisme pembayaran yang kini lebih banyak menggunakan e-wallet.

Sebagai penyedia rangkaian gedung beli-belah Sunway Malls memperkenalkan Terminal Pembayaran Bersepadu. Ia merupakan terminal pembayaran semua dalam satu yang menerima pelbagai bentuk pembayaran tanpa tunai daripada transaksi yang dibuat menggunakan e-dompet (e-wallet), kad debit dan kredit.

Ia dijangka memberi manfaat bukan sahaj kepada peruncit tetapi juga kepada pengguna. Terminal Pembayaran Bersepadu berkenaan dapat menawarkan pembeli-belah lebih banyak opsyen pembayaran tanpa tunai yang dapat membuahkan pengalaman yang lebih mudah dan lancar.

Pengenalan Terminal Pembayaran Bersepadu jga boleh mengelakkan para peruncit daripada mengerahkan berbilangan buah terminal untuk menerima pembayaran, lantas dapat menjurus kepada kos sewaan terminal yang lebih rendah. Oleh kerana terminal tersebut membolehkan para peruncit menerima bayaran daripada pelbagai jenis e-dompet, maka jurang batasan untuk menerima pembayaran tanpa tunai dapat disingkirkan.

IKLAN

Sunway Malls Ketengahkan Terminal Pembayaran Bersepadu Dengan Pelbagai Opsyen

Setakat Disember 2019, Sunway Malls telah menyaksikan lebih daripada 750 peruncitnya menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai, dan rakan-rakan kongsi e-dompet yang terkini meliputi Alipay, Boost, Grabpay, GoodKredit, Maybank QRPay, Mcash, NETS, Touch ‘n Go dan WeChat Pay, serta lain-lain yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

IKLAN

Untuk menggalakkan pembeli-belah menggunakan kemudahan baharu ini, Sunway Pyramid sedang menawarkan pembeli-belah peluang untuk mendapatkan 10x mata ganjaran Sunway Pals apabila mereka menggunakan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet pembekal yang terlibat (Boost, GrabPay, Maybank QRPay, dan Touch ‘n Go) di Sunway Pyramid sehingga 31 Disember tahun ini. Bagi pembeli-belah yang membelanjakan RM200 dan ke atas menggunakan NETS, mereka akan menerima mata ganjaran Sunway Pals yang bernilai RM15 sehingga akhir bulan Jun 2020.

IKLAN

HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks sementara itu menyatakan, “Pengenalan Termininal Pembayaran Bersepadu ini merupakan antara inisiatif kami untuk menambah baik pengalaman buat para pembeli-belah dan peruncit kami di Sunway Pyramid.

“Kami berharap untuk membekalkan persekitaran yang lebih memudahkan, efisien dan selamat untuk setiap individu yang memilih kami sebagai destinasi pusat beli-belah pilihan mereka pada hari ini dan pada masa yang akan datang.”

Sejak Oktober lalu, Sunway Malls telah melancarkan inisiatif ini menerusi empat pusat beli-belah lain yang meliputi Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall, Sunway Carnival Mall dan Sunway Citrine Hub.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI