Potong kuku pada hari Jumaat sudah menjadi kelaziman buat kita. Bukan hanya menjaga kebersihan diri malah potong kuku hari Jumaat juga menjadi sunnah nabi kita.
Indahnya agama Islam ini kerana setiap perkara yang kita lakukan pasti ada panduannya, termasuklah cara memotong kuku. Walaupun mungkin kita anggap amalan memotong kuku ini remeh namun bila kita lakukan dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, maka pasti akan mendapat pahala sunnah.
Rasulullah SAW bersabda:
خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
Maksudnya: “5 perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.” (HR Bukhari & Muslim, hadis sahih)
Kebiasaan memotong kuku ini dilakukan pada hari Jumaat, berdasarkan pendapat para sahabat dan tabi’in, antaranya:
Abdullah bin Umar al-Khattab r.a biasanya memotong kuku dan merapikan misai pada hari Jumaat. (Sunan Al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi, 3/244)
Seorang tabi’in, Muhammad bin Ibrahim al-Taimi berkata, “sesiapa yang memotong kuku dan memendekkan misainya pada hari Jumaat maka dia telah menyempurnakan hari Jumaatnya.” (Al-Musannaf oleh Abd al-Razzaq, 3/197)
SubhanAllah, bahkan para ulama fiqh daripada kalangan Syafi’iyyah dan Hanabilah, menyebut galakan memotong kuku pada setiap hari Jumaat. Imam an-Nawawi berkata: “Al-Syafi’e dan ashabnya dengan tegas menyebut anjuran memotong kuku ialah pada hari Jumaat.” (Al-Majmu’, 1/340)
Ads
Khamis waktu Maghrib dah boleh potong
Sebenarnya walaupun dituntut untuk potong kuku pada hari Jumaat, namun kita sudah boleh memotong kuku selepas masuk waktu maghrib pada hari Khamis. Maksudnya pada hari Khamis malam Jumaat.
Berikut adalah turutan memotong kuku mengikut pendapat para ulama dalam Islam.
1. Imam an-Nawawi: Tangan kanan, dimulakan dari jari telunjuk sampai jari kelingking, kemudian barulah potong kuku jari ibu. Bagi tangan kiri, bermula dari jari kelingking sampai jari ibu.
Ads
2. Imam al-Ghazali: Pada tangan kanan, dimulakan dari jari telunjuk sampai jari kelingking. Kemudian jari kelingking tangan kiri sampai jari ibu tangan kiri dan diakhiri dengan jari ibu tangan kanan.
Cara ini adalah bagi memotong kuku jari-jari tangan, manakala untuk memotong jari kaki pula dimulakan dengan jari kelingking kaki kanan dan diakhiri dengan jari kelingking kaki kiri.
Ads
Kesimpulannya, kuku disunatkan untuk dipotong pada hari Jumaat atau Khamis malam Jumaat dan turutannya boleh dibuat mengikut panduan yang dikongsi.
Tengku Hassanal terus mencuri hati rakyat dengan keperibadiannya yang menawan dan gaya hidup yang seimbang.
Tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @hudahpr yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini meraih jumlah tontonan sebanyak 385 ribu, tanda suka sebanyak 20 ribu, dan sebanyak 237 komen.
Di dalam video tersebut, kelihatan Tengku Hassanal yang sedang beramah mesra dengan rakyat jelata. Namun, apa yang menarik perhatian adalah gaya potongan rambut Tengku Hassanal yang membuatkan ramai jatuh hati melihatnya.
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Tengku Hassanal kelihatan bertambah kacak apabila membuat rambut sebegitu. Gaya rambut mullet yang digayakan Tengku Hasanal ini pernah popular pada era 80-an dan 90-an dulu kini kembali mencuri perhatian ramai.
Fakta Menarik Tentang Gaya Rambut Mullet
Gaya rambut ini dikenali dengan potongan yang pendek di bahagian depan dan sisi, tetapi panjang di bahagian belakang. Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang gaya rambut mullet:
Asal Usul Nama “Mullet” Nama “mullet” dipercayai berasal dari lagu “Mullet Head” oleh Beastie Boys yang dikeluarkan pada tahun 1994. Dalam lagu tersebut, mereka menggambarkan gaya rambut ini dengan terperinci dan mempopularkan istilah “mullet” untuk gaya tersebut.
Gaya Rambut Simbol Pemberontakan Pada era 80-an dan 90-an, gaya rambut mullet sering dikaitkan dengan golongan muda yang ingin memberontak terhadap norma-norma sosial. Gaya ini melambangkan kebebasan dan individualisme.
Popular di Kalangan Pemuzik dan Atlet Banyak pemuzik rock dan atlet terkenal memilih gaya rambut mullet sebagai identiti mereka. Antara yang paling terkenal ialah Billy Ray Cyrus, penyanyi country yang popular dengan lagu “Achy Breaky Heart”, serta pemain hoki seperti Jaromir Jagr.
Kembali Popular dalam Budaya Pop Gaya rambut mullet mengalami kebangkitan semula dalam budaya pop moden. Selebriti dan ikon fesyen masa kini mula menggayakan rambut mullet, menjadikannya kembali popular dan relevan. Tengku Hassanal, Raja Muda Pahang, adalah salah satu contoh terkini yang mencetuskan fenomena ini di Malaysia.
Rambut ‘Mullet’ Tengku Hassanal Jadi Bualan, Fakta Menarik Style Ini
Pelbagai Variasi Mullet Terdapat pelbagai variasi gaya rambut mullet, termasuk “fashion mullet” yang lebih terkini dan moden. Potongan ini mungkin lebih pendek atau lebih panjang, dan boleh disesuaikan dengan tekstur dan panjang rambut individu.
Gaya Rambut yang Praktikal Gaya rambut mullet dianggap praktikal kerana membolehkan individu mengekalkan panjang rambut di bahagian belakang sambil menjaga penampilan yang kemas dan rapi di bahagian depan. Ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang menginginkan gaya rambut yang unik tetapi masih mudah dijaga.
Simbol Identiti Kebudayaan Dalam sesetengah kebudayaan, gaya rambut mullet dianggap sebagai simbol identiti dan warisan. Sebagai contoh, di Australia, gaya rambut ini dikenali sebagai “bogan style” dan dikaitkan dengan budaya tempatan tertentu.
Gaya rambut mullet bukan sekadar potongan rambut, tetapi juga merupakan simbol budaya, individualisme, dan pemberontakan. Dengan variasi yang lebih moden dan kontemporari, gaya rambut mullet terus relevan dan diminati oleh pelbagai golongan, termasuk pemimpin muda seperti Tengku Hassanal.
Sebelum membeli perfume atau minyak wangi apakah perkara yang anda paling titik beratkan?
MASKULIN dapat mengagak harga pasti memainkan peranan sangat penting. Dengan keadaan ekonomi tidak menentu sekarang pastinya anda mahu menjadi seorang pengguna dan pembeli yang bijak.
Namun untuk perfume terdapat beberapa faktor lain yang tidak kurang pentingnya sama seperti harga. Antara faktor paling penting ialah kesesuaian minyak wangi mengikut jenis bau badan dan juga kegunaannya untuk majlis tertentu.
Tidak guna anda menggunakan perfume yang harganya hampir RM1,000 sebtol jika ia tidak sesuai dengan bau badan anda. Bukan sahaja merugikan wang ringgit malah ia membuatkan personaliti anda pada orang lain tampak bercelaru.
Oleh itu sangat penting untuk anda tahu apakah perbezaan dan karakter bagi setiap bauan yang dikeluarkan oleh perfume. Kali ini MASKULIN ingin membantu anda semua mengenali jenis-jenis bauan yang sesuai untuk anda pilih untuk diri sendiri.
FAHAMI JENIS BAU DAN KARAKTERNYA
FRESH ATAU MENYEGARKAN
Antara bauan yang sinonim dengan karakter segar ialah Giorgio Armani Acqua di Gio. Sesuai untuk anda yang tak melakukan aktiviti terlalu lasak dan lebih banyak habiskan mada dalam pejabat.
FLORAL
Ya, lelaki juga boleh guna minyak wangi berbau bungaan. Tapi tidak semua jenis bau bunga yang sesuai. Buat lelaki bau bunga lavender mampu memberikan personaliti seksi kepada pemakainya. Dior Homme antara contoh perfume bau seperti ini.
WOODY ATAU KAYU
Minyak wangi yang paling sinonim dengan karakter maskulin dan kelelakian. Mampu menyerlahkan sifat kejantanan paling maksima kerana ia lebih keras dan mampu memberikan gaya keyakinan kepada pemakainya.
PENGGUNAAN HARIAN
Setiap minyak wangi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh keberkesanannya di dalam kondisi atau persekitaran tertentu. Jika anda mahu elemen tarikan luar biasa di pejabat pilihlah bau woody.
Manakala untuk lebih santai dan bersahaja, bauan fresh paling sesuai buat anda. Dan jika anda ingin tampil seksi pada janji temu pilihlah bauan floral.
PENGGUNAAN KE MAJLIS
Setiap majlis pastinya datang dengan tema berbeza. Sebagai seorang lelaki yang mementingkan karakteristik bauan pastinya anda ingin memilih minyak wangi sesuai dengan acara.
Majlis formal – bauan yang mempunyai sifat elegan dan eksklusif seperti Amouage, Creed atau Tom Ford
Majlis tak formal – sesuai dengan bauan woody atau fresh yang sesuai dengan karakter anda. Antara pilihan sesuai Polos Sport Extreme dan Bleu de Chanel.
Aktiviti luaran – pilihlah minyak wangi yang menyerlahkan bau ketika anda berpeluh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa pernah ke salun untuk cuci dan syampu rambut. Selain kehebatan servis yang ditawarkan, rambut kita juga akan menjadi sangat licin, bersinar dan rasa lebih sihat.
Berbeza sangat dengan hasilnya bila syampu sendiri.
Nak tahu sebabnya mengapa? Selain produk profesional yang digunakan, cara pendandan rambut itu membasuh rambut anda juga memainkan peranan penting.
Mereka menggunakan air suam atau sejuk pada rambut anda. Urut rambut dengan lembut dengan syampu pada seluruh permukaan kulit kepala. Dan mengenakan perapi untuk hasil lebih hebat.
Tapi sebenarnya jika anda lakukan dengan betul ia boleh dilakukan sendiri di rumah. Bukan sahaja menjimatkan malah anda dapat rambut lebih bersinar dan licin! Ikuti tip cuci rambut gaya ala-salun di bawah!
1. USAH TERLALU KERAP
Membasuh rambut terlalu kerap menghilangkan minyak semula jadi daripada kulit kepala anda, dan mengakibatkan kesan sebaliknya; akar rambut menjadi lebih berminyak.
2. LARASKAN SUHU AIR
Air seharusnya suam atau sejuk, jangan sekali-kali terlalu panas; haba berlebihan boleh menyebabkan rambut anda kering.
3. JIMATKAN SYAMPU
Amaun syampu yang sama dengan 1/4 daripada tapak tangan anda cukup untuk rambut anda. Hanya gunakannya sekali, agar rambut tidak menjadi berat.
Dengan gerakan membulat, gosok syampu selama lebih kurang 20 saat. Biarkan syampu mengalir turun ke hujung rambut.
5. PERHATIAN KEPADA PERAPI
Tidak seperti syampu, perapi hanya perlu digosok pada rambut dan hujungnya. Biarkan perapi itu terperap pada rambut anda selama 5 hingga 7 minit.
6. LESS IS MORE
Amaun yang bersamaan dengan satu sudu kecil sudah cukup untuk rambut pendek. Untuk rambut yang sederhana panjang hingga panjang, setengah sudu besar sudah memadai.
7. BILAS RAMBUT DENGAN BAIK
Pastikan semua sisa dibersihkan. Bilas rambut anda sekali lagi dengan air sejuk; kejutan terma daripada perubahan suhu menjadikannya lebih berkilat!
8. AKTIFKAN PEREDARAN PADA AKAR
Semasa masih lagi berada di dalam bilik mandi, gunakan sikat untuk meleraikan kekusutan rambut perlahan-lahan, sentiasa dari hujung rambut ke bahagian tengah rambut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.