Rasanya sangat mustahil terutamanya di kalangan kaum lelaki tidak kenal dengan nama Ronaldo. Sama ada anda peminat sukan bola sepak atau tidak, nama Ronaldo mempunyai impak dan pengaruh besar melangkaui sukan tersebut.
Bintang berasal dari Portugal yang banyak mencipta kejayaan peribadi dan pasukannya seperti Manchester United, Real Madrid dan kelab terkini, Juventus.
Kehebatannya di atas padang ternyata turut diterjemahkan di luar padang dengan pengaruh besar yang dibawanya. Jadi tidak hairanlah apabila Ronaldo telah berjaya menjadi pemain bola sepak pertma bergelar sebagai bilionair.
Ronaldo kini boleh gah sebaris dengan legenda sukan yang lain seperti peninju, Floyd Mayweahter dan pemain golf, Tiger Woods.
Ronaldo yang kini berusia 35 tahun sebelum ini telah diumumkan sebagai pemain bole sepak paling kaya di dunia untuk tahun 2020. Malah sepanjang lockdown akibat COVID-19, Ronaldo masih mampu menjana pendapatan tinggi.
Menurut Forbes, sepanjang aktiviti bola sepak dihentikan dia telah berjaya meraih pendapatan sebanyak RM10.27 juta hanya di Instagram.
Dengan jumlah followers lebih 429.3 juta di semua laman media sosialnya serta gaji tahunan serta bonus bersama Juventus RM277.42 juta, Ronaldo kini menjadi bintang sukan kekal sebagai antara atlet berpendapatan paling tinggi.
Pendapatan tahunannya untuk 2020 dianggarkan sebanyak USD105 juta (RM448 juta). Ia termasuklah dari Nike, Altice, Herbalife dan juga jenama peribadinya CR7. Ia menjadikan nilai kekayaan keseluruhan Ronaldo meningkat kepada USD1 billion!
Untuk senarai atlet berpendapatan paling tinggi bagi tahun 2020, Ronaldo menduduki di tangga kedua.
Ads
Berikut merupakan 20 atlet berpendaapatan paling tinggi untuk tahun 2020.(dalam nilai USD)
1. Roger Federer (tenis) – $106.3 juta
2. Cristiano Ronaldo (bola sepak) – $105 juta
3. Lionel Messi (bola sepak) – $104 juta
4. Neymar (bola sepak) – $95.5 juta
5. LeBron James (bola keranjang) – $88.2 juta
Ads
6. Stephen Curry (bola keranjang) – $74.4 juta
7. Kevin Durant (bola keranjang) – $63.9 juta
8. Tiger Woods (golf) – $62.3 juta
9. Kirk Cousins (American football) – $60.5 juta
10. Carson Wentz (American football) – $59.1 juta
11. Tyson Fury (tinju) – $57 juta
Ads
11. Russell Westbrook (bola keranjang) – $57 juta
13. Lewis Hamilton (F1) – $54 juta
14. Rory McIlroy (golf) – $52 juta
15. Jared Goff (american football) – $49 juta
16. Conor McGregor (MMA) – $48 juta
17. James Harden (bola keranjang) – $47.8 juta
18. Giannis Antetokounmpo (bola keranjang) – $47.6 juta
19. Anthony Joshua (tinju) – $47 juta
20. Deontay Wilder (tinju)- $46.5 juta
Sebelum anda pergi, jamu mata dengan pelbagai tawaran hebat sempena 6 Jun di https://invol.co/cloqnp.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bersempena dengan edisi ketiga Green Carpet Fashion Awards yang berlangsung pada 23 September 2019 di Teatro alla Scala, pereka fesyen terkenal Ermenegildo Zegna telah menerima anugerah CNMI Award in Recognition for Sustainability.
Pernghargaan yang cukup berprestij itu diberikan kerana komitmen yang berpanjangan serta sumbangan besarnya terhadap membentuk kelestarian dalam sistem industri fesyen.
Anugerah ini juga merupakan mengangkat martabat Zegna yang memperkenalkan kempen projek #USETHEEXISTING di bawah selian arahan seni Alessandro Sartori.
#USETHEEXISTING yang dilancarkan oleh Zegna merupakan sebahagian daripada kempen Zegna XXX Winter 2019 Show dan ia dipanjangkan sehingga ke Summer 2020 Show.
Kempen tersebut menyaksikan Zegna menyeru penggiat fesyen untuk menggunakan sumber kain kapas dan fabrik teknikal yang sedia ada. Ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan proses inovatif dan kitar semula terutamanya bahan daripada botol plastik dan fiber buluh.
“Sejak dari dulu perniagaan keluarga kami teah didorong oleh pendekatan kelestarian alam dan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap komuniti.
“Misi global Zegna telah diinpirasikan selari dengan visi jenama Zegna yang memahami betapa pentingnya untuk kita menjaga, menghormati dan memulihara alam sekitar,” jelas Ermenegildo Zegna selaku CEO Ermenegildo Zegna Group.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas menjadi naib juara Piala AFF Suzuki baru-baru ini, bola sepak negara terus dihiasi dengan berita baik pada hari ini apabila penyerang skuad bawah 19 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak menandatangani kontrak selama setahun bersama kelab Jepun, Fagiano Okayama.
Kelab yang beraksi di J2 League, liga profesional kedua negara tersebut merupakan kelab kebanggaan buat warga Okayama, Jepun.
Selepas menjalani sesi latihan sebanyak dua kali bersama kelab tersebut pada bulan September dan November yang lalu, impian Hadi untuk beraksi di negara matahari terbit kini menjadi kenyataan.
Jelas Hadi menerusi Instagram, penghijrahanya ke kelab Fagiano Okayama merupakan satu permulaan baru karier bola sepaknya. Walaupun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tahun 2018 namun ia telah membuahkan hasil.
Di kesempatan itu juga dia mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan Pengarah Urusan Yakult Malaysia Sdn Bhd, Hiroshi Hamada yang banyak membantu merealisasikan impiannya.
Difahamkan juga Hadi turut pernah menjalani latihan bersama sebuah lagi kelab Liga J2, Roasso Kumamoto pada Ogos lalu namun mungkin rezekinya tiada bersama kelab tersebut.
Hadi yang kini berusia 18 tahun merupakan bekas pemain Johor Darul Ta’zim II pada awalnya pergi ke Jepun untuk menimba pengalaman dan ia diuruskan oleh syarikat minuman Yakult (M) Sdn Bhd.
Usaha sama seperti inilah yang sebenarnya kita sebagai peminat bola sepak negara ingin lihat agar bakat-bakat muda berpotensi mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.
Dengan menyarung jersi Fagiano Okayama, Hadi menjadi pemain Malaysia pertama dalam sejarah yang akan beraksi di Liga J2.
Beberapa tahun sebelum ini dua bekas pemain Harimau Muda negara iaitu Nazirul Naim dan Wan Zack Haikal pernah beraksi bersama FC Ryukyu, kelan divisyen 3.
Selamat berjaya di negara Jepun kami ucapkan buat Hadi. Make Malaysia proud!
Kredit foto: Yakult Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jantung merupakan organ yang sangat penting dalam badan kita. Ia umpama ‘enjin’ yang menggerakan dan menjadikan tubuh kita sebagai manusia untuk berfungsi dengan baik.
Jadi cuba bayangkan bagaimana kita mampu untuk hidup dan berfungsi dengan baik walaupun dalam tempoh waktu sekejap tanpa jantung. Namun itulah yang berlaku kepada seorang lelaki tidak lama dahulu. Lelaki berusia 25 tahun bernama Stan Larkin dilaporkan telah berjaya untuk hidup tanpa jantung selama lebih setahun.
Lebih menakjubkan lagi dia juga mampu melakukan aktiviti harian seperti bermain sukan dengan rakan-rakannya. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?
Sebenarnya Stan Larkin merupakan seorang pesakit jantung yang sedang menunggu penderma jantung untuk pembedahan permindahan jantung. Jadi sebelum menerima jantung dari senarai penderma, Stan terpaksa bergantung kepada satu alat dikenali sebagai SyncArdia.
Sepanjang tempoh 555 hari, Stan terpaksa bergantung kepada ‘jantug artifisial’ tersebut yang harus digalasnya setiap hari di dalam beg sandang. Selama tempoh itulah dia harus membiasakan diri untuk hidup bersama alat tersebut demi meneruskan hidup.
Dengan berat kita-kira 6 kilogram, membawa SyncArcadia merupakan satu cabaran buat dirinya. Berkongsi kisahnya kepada Science Daily, Stan berkata pengalamannya berdepan perkara tersebut merupakan satu perjalanan penuh emosi.
“Selepas berjaya melakukan pembedahan pemindahan jantung saya berasa sangat baik dan mampu melakukan pelbagai aktiviti tanpa sebarang masalah. Saya inginmengucapkan terima kasih kepada penderma yang memberikan saya peluang ini. Suatu hari nantui saya ingin berjumpa keluarganya. Semoga mereka ingin berjumpa dengan sata,” jelasnya.
Stan dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang mempunyai sejarah penyakit jantung yang dikenali sebagai cardiomyopathy, serangan jantung yang boleh berlaku tanpa sebarang amaran. Malah, abangnya juga berdepan penyakit sama dan terpaksa melalui pembedahan pemindahan jantung.
Kehebatan sains perubatan moden masa kini telah menyelamatkan nyawanya. Semoga kemajuan perubatan ini dapat diperluaskan penggunaannya di serata dunia untuk mereka yang bernasib sama.
Kredit: University of Michigan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...