“Ambil beberapa biji bunga cengkih dan sumbatkanlah ke dalam botol syampu. Nescaya anda akan merasai perubahan yang hebat di kepala.”
Kedengaran aneh dan mustahil bukan? Tetapi inilah realiti yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial, Najwa Qadah tentang khasiat di sebalik bunga cengkih itu.
Ujar Najwa, dia yang mengambil petua dari negara Arab itu sudah mengamalkannya sebanyak dua kali.
Ini kerana bunga cengkih memiliki banyak kegunaannya selain daripada digunakan untuk tujuan memasak.
Antaranya, bunga cengkih boleh menghilangkan masalah kelumumur, rambut berminyak serta rambut gugur.
Caranya mengikut cadangan Najwa, anda perlu masukkan beberapa biji bunga cengkih itu ke dalam botol syampu yang anda gunakan.
Selain itu, amalan ini turut memberi hasil lain yang lebih memuaskan sama ada kepada bayi atau wanita bertudung seperti :
1. Melebatkan rambut bayi
2. Menghilangkan gatal kulit kepala
3. Selesaikan masalah rambut kering
4. Kuatkan semula daya tahan rambut.
Anda boleh menggunakan apa-apa syampu kegemaran anda dan semoga dengan perkongsian ini, ia memberi banyak manfaat!
Kredit : Najwa Qadah