
“Ambil beberapa biji bunga cengkih dan sumbatkanlah ke dalam botol syampu. Nescaya anda akan merasai perubahan yang hebat di kepala.”
Kedengaran aneh dan mustahil bukan? Tetapi inilah realiti yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial, Najwa Qadah tentang khasiat di sebalik bunga cengkih itu.
Sudah kali kedua guna petua dari Arab
Ujar Najwa, dia yang mengambil petua dari negara Arab itu sudah mengamalkannya sebanyak dua kali.
Ini kerana bunga cengkih memiliki banyak kegunaannya selain daripada digunakan untuk tujuan memasak.
Bantu atasi masalah rambut
Antaranya, bunga cengkih boleh menghilangkan masalah kelumumur, rambut berminyak serta rambut gugur.
Caranya mengikut cadangan Najwa, anda perlu masukkan beberapa biji bunga cengkih itu ke dalam botol syampu yang anda gunakan.
Antara khasiat lain
Selain itu, amalan ini turut memberi hasil lain yang lebih memuaskan sama ada kepada bayi atau wanita bertudung seperti :
1. Melebatkan rambut bayi
2. Menghilangkan gatal kulit kepala
3. Selesaikan masalah rambut kering
4. Kuatkan semula daya tahan rambut.
Anda boleh menggunakan apa-apa syampu kegemaran anda dan semoga dengan perkongsian ini, ia memberi banyak manfaat!
Kredit : Najwa Qadah
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Paling Malas Buat Check Up Di Klinik?

RAWATAN DITERIMA LELAKI APABILA MEDICAL CHECK-UP
Sedia maklum lelaki jarang melakukan pemeriksaan kesihatan. Hanya akan melakukan pemeriksaan kesihatan apabila ingin masuk kerja atau untuk tujuan tertentu. Apakah pemeriksaan yang akan diterima lelaki apabila mereka ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ini? Berbanding dengan wanita , lelaki lebih kurang prihatin untuk melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan. Kita tahu wanita melakukan pemeriksaan mammogram dan pap smear untuk mencegah kanser payu dara serta kanser pangkal serviks. Berikut adalah cadangan pemeriksaan kesihatan untuk lelaki :
Lelaki berumur sehingga 20 tahun
1- Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
2-Pemeriksaan mata setiap 2 tahun atau setiap tahun jika mempunyai masalah penglihatan
3-Tekanan darah diperiksa setiap 2 tahun setengah.
4-Pemeriksaan penuh darah untuk buah pinggang , fungsi hati , darah , kencing manis , kolesterol , pemeriksaan urin ,
Lelaki berumur 20-50 tahun
1-Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan atau yang di syorkan oleh doktor gigi
2-Pemeriksaan mata setiap 2 tahun atau tahunan jika mempunyai masalah mata
3-Pemeriksaan fizikal setiap 3 tahun atau yang dicadangkan oleh doktor merawat.
4-Pemeriksaan darah tinggi setiap 2 tahun setengah atau setiap tahun jika anda mempunyai faktor risiko darah tinggi
5-Pemeriksaan kolesterol setiap 3 tahun
6-Pemeriksaan kolon dan rectal selepas berumur 40 tahun
7-Pemeriksaan prostat selepas berumur 45 tahun
8- Pemeriksaan penuh darah .
Lelaki berumur 50 tahun ke atas
1-Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
2-Pemeriksaan darah tinggi setiap tahun
3-Pemeriksaan kolesterol setiap 3 tahun jika normal atau atas nasihat doktor merawat
4-Pemeriksaan penuh darah
5-Pemerisaan kolon dan prostat
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Perlu Amal 7 Perkara Ini Untuk Elak Kencing Tidak Lawas

Cara Atasi Masalah Kencing Tak Lawas
Pernahkah anda mengalami keadaan di mana apabila buang air kecil, air kencing macam tidak habis-habis.
Apabila diperhatikan, aliran air kencing mengecil, aliran air kencing tersekat-sekat, Apabila buang air kecil, masih ada aliran air kencing menitis dan pernah juga rasa tidak puas selepas buang air kecil?
Kencing tak lawas
Bagi mengurangkan dan mengatasi masalah kencing tidak lawas, berikut adalah petua yang dapat diikut oleh pesakit untuk mengubati dan merawat penyakit ini. Tidak kira samada lelaki atau perempuan, dua-dua boleh guna.
1. Daun sirih
Rebus beberapa helai daun sirih. Apabila mendidih, minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.
2. Biji barli
Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Ianya dapat melegakan sekiranya ada rasa sakit akibat kencing tidak lawas dan selain itu ianya juga dapat menyejukkan badan.
3. Buah nenas
Ambil sebiji nenas yang kurang masak, Kupaskan bahagian kulitnya. Apabila siap, bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan kecil.
Ambil beberapa potongan nenas tersebut dan kisarkan bersama beberapa gelas air. Tapis air tersebut dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari sehingga pulih.
4. Air basuhan beras
Ambilkan air basuhan beras yang terakhir apabila selesai membasuh beras, kemudian tuangkan ke dalam sebiji gelas.
Minum air basuhan beras tersebut selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh.
5. Tanggal semua termasuk seluar
Ketika membuang air kecil, tanggal semua termasuk seluar dalam agar penyaluran kencing mengarah ke bawah dan lancar, sehingga tidak ada air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing.
6. Anda boleh buat Squat Jump
Apakah itu Squat Jump? Ia adalah satu exercise dimana perlu membongkok kemudian berdiri jinjit secara berulang-ulang kali.
Lakukan sebanyak 50 kali pagi dan 50 kali petang. Senaman ini adalah bertujuan untuk memperkuatkan otot-otot pada bahagian punggung penghidap.
7. Perbanyakkan senaman berjalan kaki
Bukan sahaja luaran sihat, dalaman pun sihat juga.
Bagaimana mencegah dari kencing tak lawas?
Menurut portal Kementerian Kesihatan, myhealth.gov.my, berikut adalah antara yang dicadangkan:
Minum air dengan secukupnya.
Amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangkan makanan berlemak dan meningkatkan pengambilan buah-buahan.
Mendapatkan berat badan yang unggul dan mengelakkan kegemukan
Bersenam selalu
Mengurangkan stress
Melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat. Elakkan dari mendapat penyakit kelamin dengan mengelakkan hubungan seksual rambang. Penyakit kelamin seperti gonorrhea menyebabkan radangan dan jangkitan prostat dan salur air kencing.
Jaga kebersihan diri dan persekitaran untuk mengelakkan jangkitan.
Elakkan kecederaan di kawasan perineal seperti semasa berbasikal dan menunggang kuda
Jangan tahan air kencing
Elakan pengambilan alkohol berlebihan kerana ia boleh memburukkan lagi gejala masalah kencing
Bejumpa doktor sekiranya mempunyai sebarang gejala masalah kencing.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jangan Badan Sahaja Berotot Sasa, Otak Juga Harus Berilmu_Irwan Izzat

Maskulin adalah satu kata ‘tradisional’, seorang lelaki tabah yang dapat memberi perlindungan buat kaum wanita. Dia bertanggungjawab dalam menguruskan kehidupan harian. Sekali dia punya sifat ‘tanggungjawab’ itu, sifat-sifat terpuji yang lain seperti sopan , hormat, matang , karisma dan soal kebersihan dan kesihatan akan terbentuk dengan sendirinya dalam diri dia. Sifat ini adalah semula jadi. You don’t need six-packs to become masculine. You need ‘confident’. Itu kata kuncinya.
MASKULIN : BILA BERMULA AKTIF DI DALAM DUNIA KECERGASAN?
Sangat aktif dengan sukan padang sejak saya kecil. Saya bermain bola sepak di sekolah rendah, selanjutnya saya bermain rugby sebagai wakil Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSTMI) sebelum saya terlibat dengan kecederaan lutut yang parah. Kecelakaan ini merupakan momen yang suram dalam hidup saya. Ia sesungguhnya menghancurkan impian saya.
Selepas saya menjalani pembedahan lutut itu, saya sedar, saya harus melakukan sesuatu yang bermanfaat dalam hidup saya. Justeru saya memutuskan untuk menjadi seorang jurulatih kecergasan, berkat pengalaman saya sepanjang saya aktif dalam sukan padang.
MASKULIN : 5 ASPEK PENTING DALAM DUNIA KECERGASAN
Lima aspek utama yang anda harus tahu tentang kecergasan adalah ‘Kecergasan Fizikal’, ‘Kecergasan Kardiorespitarori’, ‘Kekuatan Otot’, ‘Ketahanan Otot’, ‘Komposisi Badan’ dan ‘Kelenturan/Flexibility’. Fitness is not a destination, it is a way of life. Lakukan satu per satu. Yang paling penting, jangan diet secara semborono, makanlah mengikut kesesuaian. Kekal hidrasi dan senyum selalu. It Helps !
MASKULIN : APAKAH RUTIN HARIAN YANG DILAKUKAN?
Bekerja sambil belajar bukanlah suatu perkara yang mudah. Saya hadiri kelas pada hari Isnin dan Selasa, sementara pada hari Rabu hingga Ahad saya akan menghabiskan masa di gimnasium bagi mengajar pelanggan kecergasan saya. Biar pun begitu, saya rasa bangga dan berpuas hati dapat menjadi sebahagian dari perjalanan mereka ke arah hidup yang sihat.
MASKULIN : TANGGUNGJAWAB SEBAGAI JURULATIH KECERGASAN?
Tanggunggungjawab seorang jurulatih kecergasan amatlah berat. Saya harus menyokong mental, fizikal, dan spiratual para pelanggan saya. Bukan sahaja saya perlu menjaga semua hal ini di dalam gimnasium, tetapi saya juga harus sentiasa menjejaki pola pemakanan dan aktiviti kecergasan ringan mereka di luar gimnasium. Saya perlu tahu perasaan dan rohani mereka. Saya juga bermula dari bawah. Jangan takut untuk bermula. Let them mock, let them laugh at your dreams. This is your life, so live it !
MASKULIN : PENCAPAIAN
Berpengalaman melakukan Push Up Challenge bersama Menteri Sukan, YB Khairy Jamaluddin ketika sambutan Hari Belia 2013 di Putrajaya. Saya juga berpeluang melatih isteri beliau, Puan Nori Abdullah. Saya juga pernah melatih pasangan selebriti terkemuka negara, Johan dan Ozlyn.
MASKULIN : IDOLA DAN INSPIRASI
Jurulatih peribadi selebriti, Harley Pasternak dan ahli gusti profesional merangkap pelakon Hollywood terkenal, Dwayne “The Rock” Johnson. Mereka membawa kecergasan ke satu tahap yang baru. Tak kira betapa jadual mereka padat, mereka selalu peruntukkan masa untuk kecergasan. Tambahan pula, kedua-dua figura ini botak seperti saya ! (Ketawa)
MASKULIN :TIP DAN NASIHAT
Pesanan buat semua lelaki, wanita bukan hanya menyukai otot-otot besar kamu semata-mata. Mereka lebih suka lelaki yang punya otak. Kita sebagai lelaki harus membina otot dan juga mental, agar kita punya pengetahuan yang tinggi seiring otot yang kekar. Lakukan aktiviti ilmiah seperti membaca, belajar dan mengembara. Jangan takut untuk belajar perkara baru.
MASKULIN :PERANCANGAN DAN HARAPAN
Impian setiap jurulatih kecergasan adalah membuka gimnasium sendiri. Ia seperti “Monuments Of Success”. Saya mahu mengubah persepsi rakyat Malaysia bahawa kecergasan itu bukan hanya sekadar hobi. Ia satu pekerjaaan. Kelak, saya juga mahu menjadikan industri kecergasan kita ini setaraf industri kecergasan Amerika dan Eropah. Dengan izin tuhan.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI