Keprihatinan rakyat Malaysia terbukti apabila Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 yang dilancarkan Sinar Harian berjaya mengumpul lebih RM85 ribu pada jam 2.30 petang hari ini.
Tabung ini dilancarkan bagi tujuan untuk membantu barisan hadapan Malaysia seperti doktor dan jururawat dalam memerangi penularan wabak Covid-19, selain mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri atau personal protective equipment dan makanan.
Pagi tadi, Team Sukarelawan Sinar Covid telah mengedarkan keperluan terdesak ini.
Menerusi perkongsian Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub di laman Facebooknya, team Sukarelawan Sinar Covid telah berjaya mengedarkan keperluan ini pagi tadi, selain merakamkan tanda bersyukur atas keprihatinan rakyat Malaysia.
Alhamdulillah setakat jam 10.30 pagi tadi Tabung Sinar Covid berjaya pungut Sejumlah RM61,764.20 dari sumbangan rakyat Malaysia pelbagai kaum yang perihatin. Tahniah atas kemurahan hati kalian. Team Sukarelawan Sinar Covid tidak tunggu lama, mereka telah bergerak sejak semalam lagi untuk beli & edarkan keperluan mendesak ini. Syabas!!!
Alhamdulillah, at 2.30 pm today, RM85,909.20 collected so far from generous Malaysians for #sinaruntukfrontlinerscovid
#rakyatbanturakyat
#kitalahmalaysia
Tabung Bantuan Frontliners Covid-19, Rakyat Bantu Rakyat ini pastinya dapat mengurangkan bebanan petugas-petugas di seluruh Malaysia dalam menangani penularan wabak COVID-19 ini.
Bagi yang berhasrat untuk menyumbang, salurkan bantuan anda ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025. Sama-sama kita membantu barisan hadapan di seluruh Malaysia, Rakyat Bantu Rakyat #KitalahMalaysia. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 013-4228802 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja).
Sumber: FB Datuk Dr Hussamuddin Yaacub & Sinar Harian