
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, budaya vape semakin meningkat naik sehinggakan golongan muda termasuk wanita tanpa segan silu vape di hadapan khalayak ramai kerana menyangka menghisap rokok elektronik itu tidaklah bahaya.
Malah, industri vape terus berkembang saban tahun dengan menjana berbilion ringgit.
Namun, penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan masyarakat terutama kanak-kanak dan remaja kain membimbangkan.

Terbaru, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini menyarankan supaya penggunaan rokok elektronik atau turut dikenali ramai sebagai vape untuk diharamkan sepenuhnya. Ia turut ditekankan yang mana rokok elektronik merosakkan kesihatan, selain menjadi antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah.
Untuk makluman, mengikut agama Islam, JAKIM sedia berkongsi mengatakan hukum penggunaan rokok elektronik adalah haram. Disamping itu, sejumlah lokasi juga mengharamkan penggunaan rokok elektronik di Malaysia.
Sultan Pahang bertitah akan menyuarakan berkenaan pengharaman penggunaan rokok elektronik atau vape secara sepenuhnya ini kepada kerajaan.
BACA LAGI : “Itu Riba Namanya…” UAI Jelaskan Hukum Ambil Upah ‘Service’ Tukar Duit Raya!
Sumber : Sinar Harian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Petanda Utama Serangan Strok, Perhatikan 10 Kondisi Penting Ini!

Sebut sahaja tentang serangan strok pasti ramai yang mula gerun dan takut. Apa tidaknya ia merupakan serangan yang boleh mendatangkan maut.
Pertama sekali kita perlu faham bagaimana ia boleh berlaku. Serangan strok berlaku apabila aliran darah ke bahagian otak terganggu atau berkurangan, menyebabkan tisu otak kehilangan oksigen dan nutrien.
Ini boleh menyebabkan kerosakan atau mati kepada sel-sel otak dalam beberapa minit, dan oleh itu, strok adalah keadaan perubatan kecemasan yang memerlukan rawatan segera.
Terdapat dua jenis utama strok:
Strok Iskemik
Ini adalah jenis strok yang paling biasa, berlaku apabila saluran darah yang membawa darah ke otak tersumbat, biasanya oleh gumpalan darah. Hal ini menghalang darah dan oksigen daripada mencapai bahagian otak.
Strok Hemoragik
Strok ini berlaku apabila pembuluh darah di dalam otak pecah atau bocor. Ini menyebabkan pendarahan di dalam atau di sekeliling otak, yang boleh menyebabkan kerosakan kepada sel-sel otak.
Selain itu, terdapat juga keadaan yang dikenali sebagai “serangan iskemik sementara” (TIA), sering disebut sebagai “mini-strok”.
TIA berlaku apabila aliran darah ke bahagian otak terhenti untuk masa yang singkat dan sementara. Gejala-gejalanya mirip dengan strok tetapi biasanya hilang dalam beberapa minit hingga beberapa jam tanpa meninggalkan kerosakan jangka panjang.

Berikut adalah petanda utama serangan strok yang perlu diberi perhatian:
Hilang Kekuatan atau Jadi Lemah
Salah satu tanda paling biasa adalah kelemahan mendadak atau kehilangan kekuatan pada satu sisi badan, termasuk muka, lengan atau kaki.
Kelumpuhan Muka
Muka mungkin kelihatan senget atau melendung. Ketika tersenyum, satu sisi muka mungkin tidak bergerak sebaik sisi yang lain.
Sukar Bercakap dan Faham
Masalah dalam bercakap atau memahami apa yang dikatakan orang lain. Ini mungkin termasuk sukar untuk menyusun ayat yang masuk akal atau kesukaran dalam mengartikulasikan perkataan.

Gangguan Penglihatan
Penglihatan kabur atau hilang, yang mungkin berlaku secara tiba-tiba, dan boleh berlaku pada satu atau kedua-dua mata.
Sakit Kepala Teruk
Sakit kepala yang tiba-tiba, sangat teruk dan tidak biasa tanpa sebab yang jelas.
Kesukaran Berjalan
Kehilangan keseimbangan atau koordinasi, termasuk pusing atau kesukaran berjalan.

Perasaan dan Sensasi Kebas
Rasa kebas atau kesemutan pada satu sisi badan.
Kesukaran Menelan
Kesukaran menelan boleh menjadi tanda awal strok, terutama jika ia disertai dengan gejala-gejala lain.
BACA: Senaman Kardio Berlebihan Punca Penyakit Osteoporosis, Pakar Kongsi Rutin Terbaik!
Kebingungan
Perubahan mendadak dalam kesedaran atau kebingungan, termasuk kesukaran dalam mengingat atau memahami perkara.
Vertigo atau Pusing
Rasa vertigo yang kuat atau pusing yang tidak dapat dijelaskan.
Ingat, strok adalah keadaan perubatan kecemasan. Jika anda atau seseorang yang anda kenal mengalami tanda-tanda ini, panggil perkhidmatan kecemasan segera. Rawatan cepat boleh mengurangkan kerosakan kepada otak dan meningkatkan peluang pemulihan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Selain Dapat T-shirt & Medal, Boleh Menang Duit & Jam. Caranya, Lari 50KM Dalam Masa 40 Hari!

Bagi anda yang suka sertai acara larian atau jadikan aktiviti larian sebagai hobi di hujung minggu, apa kata sertai VIRTUAL RUN MASKULIN DARE 50KM SIRI 1 yang MASKULIN anjurkan buat julung kalinya ini. Sambil berlari, jom kutip catatan larian anda sehingga 50KM dalam masa 40 hari.
Selain layak mendapat t-shirt, medal bercetak nama sendiri dan E-Sijil (berjaya mencapai catatan larian minimum 50KM), anda juga berpeluang memenangi hadiah Top 3 Individu berupaya wang tunai berjumlah RM500, RM300 dan RM200. Malah kalau bertuah, boleh bawa pulang hadiah smart watch, kasut dan pelbagai lagi hadiah menarik.
MAKSUD VIRTUAL RUN
Virtual run ini merupakan aktiviti larian yang boleh anda lakukan di mana-mana sahaja, malah boleh dilakukan di atas permukaan jalanan, trail, trek, padang atau di atas treadmill. Cabaran larian ini diambil kira berdasarkan prestasi data dan elemen kompetitif secara virtual (maya).
Malah menerusi cabaran larian ini, anda akan bersaing dengan peserta-peserta lain mengikut jumlah jarak dan objektif yang disempurnakan. Jadi jom cabar diri anda untuk berlari sejauh 50KM dalam masa 40 hari!
Ada bran untuk melakukannya? Jom tunjukkan kemampuan anda!
MASKULIN DARE 50KM SIRI 1
– Rebut yuran pendaftaran untuk harga EARLY BIRD berjumlah RM60 (dari 6 April 2019 hingga 30 April 2019). Yuran pendaftaran selepas tarikh 1 Mei 2019 hingga 10 Mei 2019 berharga RM65 (harga asal).
– Kumpul catatan larian minimum 50KM selama 40 hari bermula 15 April 2019 hingga 24 Mei 2019 (11.59 malam).
1. CARA DAFTAR
Berminat nak join? DAFTAR MASKULIN DARE 50KM DI SINI.
Ada 4 langkah yang perlu anda ikuti.
* Anda boleh menggunakan apps lain selain yang disenaraikan, asalkan apps tersebut mempunyai nama anda, jarak larian dan tarikh sebagai bukti.
2. CARA UPLOAD BUKTI LARIAN
Klik butang “Upload Virtual Run Result” & rujuk gambar untuk langkah seterusnya.
3. HADIAH FINISHER ENTITLEMENTS
Jika anda mencapai catatan larian minimum 50KM, anda layak untuk menerima hadiah Finisher Entitlements berupa T-shirt, Medal bercetak nama & E-Certificate.
HADIAH UNTUK TOP 3 INDIVIDU
HADIAH CABUTAN BERTUAH
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
- Terbuka kepada warganegara MALAYSIA sahaja.
- Peserta mestilah melengkapkan butiran peribadi dan membuat pembayaran sebelum memulakan larian.
- Pembayaran boleh dilakukan dengan kaedah online transfer.
- Peserta boleh memulakan larian mereka semasa tempoh larian (peserta tidak perlu melengkapkan larian hanya satu hari sahaja) tidak kira jarak berapa sekalipun (contohnya 1km atau 2km sehari) pada bila-bila masa antara tempoh larian bermula sehingga tarikh akhir larian.
- Peserta harus melengkapkan jarak larian dan menghantar bukti larian melalui SNAPSHOT daripada apps larian daripada Strava, Garmin, RUNTASTIC atau NIKE+ sahaja (pastikan ada nama anda, jarak larian dan tarikh sebagai bukti).
- Penganjur berhak menolak bukti larian anda jika mendapati terdapat penipuan atau kecurigaan pada bukti larian yang dihantar.
- Penghantaran medal dan t-shirt ‘finisher’ akan dilakukan selepas tamat tempoh larian dalam tempoh 60 hari bekerja dan nombor tracking akan diberi di dalam e-mel anda.
- Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau meminda acara pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta, dalam hal ini pihak penganjur akan berusaha untuk memberitahu peserta sebelum tarikh acara. Sekiranya peristiwa itu telah dibatalkan atau ditangguhkan, bayaran balik akan dikenakan untuk yuran pendaftaran yang dibayar dan penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kesulitan yang lain.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kematian semasa larian berlangsung jika perkara tersebut berlaku disebabkan kecuaian para peserta sendiri.
- Cabutan bertuah akan dijalankan secara LIVE FACEBOOK dan akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui sosial media penganjur.
Ingin tahu lebih lanjut, anda boleh layari website MASKULIN DARE di sini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Atlet Bina Badan, Suharwardi Dahlan Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Atlet bina badan yang meningkat naik, Suharwardi Dahlan berusia dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung sehari selepas bertanding dalam sebuah acara.
Suharwardi yang berusia 28 tahun telah dikejarkan ke Hospital Miri untuk rawatan kecemasan. Namuin dia dipercayai meninggal dunia di kediamannya di Pujut Tanjung Batu, Miri sekitar jam 3 pagi Isnin.
Persatuan Bina Badan Miri mengesahkan berita kematian bintang bina badan mereka, Suharwardi melalui laman Facebook mereka semalam.
Allahyarham merupakan seorang atlet yang pernah mewakili Miri dalam pertandingan Mr Sarawak 2024.
Menurut catatan di Facebook Persatuan Bina Badan Miri, Miri kehilangan seorang atlet yang mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan bina badan.
“Assalamualaikum dan selamat pagi. Innalillahiwainnalillahirajiun. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون. Dimaklumkan bahawa sahabat kita, Suharwardi Bin Dahlan (Wardy) telah kembali ke rahmatullah di kediamannya di Pujut Tanjung Batu, Miri.
“Arwah merupakan salah seorang atlet yang mewakili bahagian Miri di Mr Sarawak 2024. Miri kehilangan seorang atlet yang mempunyai masa depan cerah dalam sukan bina badan,” jelas Persatuan Bina Badan Miri yang cukup merasakan kehilangan pertama sukan negara.
Allahyarham dikatakan tidak sedarkan diri ketika berada di kediamannya di Pujut Tanjung Batu, Miri.
BACA: Kisah Inspirasi Atlet Gusti Tanpa Kaki, Semangat & Impian Luar Biasa
Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Miri, namun disahkan sudah meninggal dunia pada pukul 3 pagi, Isnin.
Untuk rekod, Allahyarham juga merupakan seorang anggota polis berpangkat Koperal.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: Sinar Harian
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI