Tepat tarikh 30 Januari 2024, maka tamatlah tempoh lima tahun pemerintahan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Yang di-Pertuan Agong.
View this post on Instagram
Tampuk kepimpinan negara kini diambil alih oleh Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk tempoh lima tahun ke hadapan.
Memetik laporan Sinar Plus, ini antara 10 fakta menarik mengenai Yang di-Pertuan Agong ke-17 ini.
- Baginda diputerakan pada 22 November 1958 dan merupakan anakanda ketiga dan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom binti Abdullah.
- Baginda mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan untuk pegawai muda di Fort Benning, Georgia USA dan latihan ‘American Special Forces‘ dan ‘Pathfinder. Ketika itu baginda telah membuat 19 terjunan payung terjun yang mana lapan darinya pada waktu malam.
- Pemerintah berjiwa rakyat ini juga dipilih dan ditauliahkan sayap dan dijadikan sebagai seorang komando dan anggota pasukan SEAL.
- Tuanku pernah dilantik sebagai Timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri dan menjalani latihan juruterbang helikopter dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hingga dikurniakan dan menerima sayap pada 26 April 1982.
- Selain itu, Sultan Ibrahim juga juga menyertai selama tiga bulan latihan tentera laut di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia Lumut, sekali gus melengkapkan Tuanku sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara.
- Bagi mengimbangi latihan ketenteraan dan untuk menjadikan Raja yang berwibawa dan dihormati, baginda meneruskan pelajaran di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat. Tuanku menyertai dan melengkapi dua kursus, Southeast Asian Strategic Studies dan International Laws of the Seas.
- Tuanku berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatkan di antara lain di Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertanian untuk mempelajari selok belok pengurusan dan pentadbiran negeri.
- Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Mulai 25 April 1984 hingga 25 April 1989 Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja semasa ayahanda, Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang DiPertuan Agong.
View this post on Instagram
9. Sultan Ibrahim juga merupakan kakanda kepada Raja Permaisuri Agong terdahulu, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga Tengku Puan Pahang. Maka, pelantikannya kali ini menggantikan kakanda iparnya sendiri sebagai Yang di-Pertuan Agong.
10. Tunku Mahkota Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar. Baginda mendirikan rumah tangga dengan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Keluarga diraja ini dikurniakan lima putera dan puteri iaitu
a) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
b) Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim
c) Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor
d) Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor
e) Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor
f) Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
View this post on Instagram
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI