Lelaki bila kemurungan akan lebih agresif, cepat marah dan sangat mudah berasa sedih berbanding wanita. Kemurungan ini menyebabkan lelaki sukar tidur, sering terjaga di waktu malam, rasa kurang upaya dan mood terjejas.
Ia juga boleh menyebabkan hilang rasa minat terhadap apa-apa aktiviti seperti makan dan melakukan hubungan intim dengan pasangan. Serangan kemurungan ini tidak mengira tempat dan masa. Apabila ia datang, individu tersebut akan mengalami nervous breakdown (gelisah) ataupun emotional breakdown (gangguan emosi) secara tiba-tiba.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pakar perubatan, kemurungan bukan disebabkan oleh faktor pemakanan. Bagi lelaki yang kemurungan, dapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar perubatan segera sebelum terlambat.
Penyakit kemurungan yang tidak dirawat menyebabkan pesakit boleh melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan mencederakan diri sendiri. Pesakit kemurungan yang tidak mendapatkan bantuan pakar, selalunya berakhir dengan kematian disebabkan membunuh diri.
1. Major Depressive Disorder (Major Depression)
Kebanyakan pesakit kemurungan diklasifikasi sebagai penghidap major depressive disorder. Bergantung kepada pesakit, ia boleh menyerang selama satu hari atau lebih daripada satu hari bergantung kepada cara dan tindak balas pesakit. Biasanya pesakit akan hilang selera makan, tidak cukup tidur dan hilang minat terhadap melakukan sesuatu perkara.
2. Dysthymic Disorder (Dysthymia)
Pesakit yang mengalami kemurungan di peringkat ini biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk kembali pulih. 1 daripada 10 orang akan mengalami dysthymia pada satu tahap hidup mereka.
3. Psychotic Depression
Pesakit pyschotic depression akan mengalami gangguan emosi yang membolehkan mereka hilang kawalan dengan realiti sehingga menyebabkan mereka mengalami halusinasi.
4. Postpartum Depression (Postnatal Depression)
Postpartum depression hanya menyerang wanita yang baru melahirkan anak. Berbanding dengan ‘baby blues’ yang sering dirasai oleh kebanyakan wanita yang baru sahaja melahirkan bayi, postpartum depression terjadi kepada kaum wanita setelah beberapa minggu melahirkan bayi.
5. SAD (Seasonal Affective Disorder)
Penyakit kemurungan SAD hanya terjadi di luar negara khususnya Kanada dan United Kingdom. Ianya disebabkan oleh musim sejuk yang berpanjangan dan penyakit ini akan hilang apabila musim luruh dan musim bunga menjelma. Dapat dirawat melalui terapi cahaya (light therapy).
6. Bipolar Disorder (Manic-Depressive Illness)
Pesakit yang mengalami kemurungan bipolar disorder akan mengalami dua peringkat yang cukup ekstrem dalam kehidupan seharian mereka. Mereka akan berasa terlalu sedih pada satu tahap dan terlalu gembira pada satu tahap yang lain.
Apa perlu buat?