Bahana gambar tular wajah lelaki bertukar menjadi muka wanita di sosial media menggunakan aplikasi FaceApp, disifatkan sebagai menyalahi etika kemanusiaan walaupun sekadar gurauan.
Menurut Dr Zulkifli, ALLAH telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian, jadi tidak perlu ditukarkan dengan cara yang lain.
Menurutnya lagi ini adalah untuk membezakan antara satu sama lain, jadi apabila kita tukar wajah dengan lelaki ditukar kepada perempuan dan seumpamanya, maka konsep yang sepatutnya kita kenal identiti mereka akan berubah dan merupakan sesuatu yang tidak baik.
Sumber Sepenuhnya: Sinar Harian